Kolesterol Tinggi? 5 Langkah Yang Anda Perlu Ambil Segera

kolesterol

Table of Contents

Sebut sahaja “kolesterol”, apakah yang terlintas dalam kotak fikiran anda? 

Penyakit darah tinggi, strok, malah serangan jantung? 

Tidaklah dinafikan bahawa sangkaan anda itu berkemungkinan tepat.

Namun, perlu kita ketahui tidak semua kolesterol adalah ‘jahat’ untuk badan kita.  

Jom baca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang kolesterol, punca masalahnya dan juga langkah untuk mengatasi. 

Apa itu Kolesterol?

kolesterol

Kolesterol merupakan bahan berunsur lemak yang dihasilkan di bahagian hati. 

Kolesterol boleh dijumpai dalam kebanyakan jenis makanan yang berasaskan haiwan. 

Pentingnya kolesterol supaya badan dapat berfungsi dengan baik.

Namun, jika kolesterol anda berlebihan sehingga mencecah tahap yang membimbangkan, anda berisiko menghidap penyakit-penyakit merbahaya.

Punca Masalah Kolesterol

Punca masalah kolesterol tinggi berpunca daripada beberapa perkara.

Kolesterol diangkut ke dalam badan oleh sejenis molekul yang dikenali sebagai lipoprotein.

Terdapat dua jenis kolesterol yang diangkut oleh lipoprotein berketumpatan rendah (low-density lipoprotein – LDL) dan lipoprotein ketumpatan tinggi (high-density lipoprotein – HDL).

LDL dikenali juga sebagai kolesterol ‘buruk’ kerana jika terlampau banyak dalam saluran darah, ia akan terlekat di dinding arteri.

HDL atau kolesterol ‘baik’ berulang-alik dari hati ke seluruh badan dan akan terurai sebagai bahan kumuhan.

Trigliserida pula adalah lemak (lipid) yang tersimpannya kalori tatkala anda perlukan tenaga. 

Kadar trigliserida yang tinggi akan menyumbang kepada peningkatan risiko sakit jantung.

5 Langkah Yang Anda Perlu Ambil Sekarang

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Hakikatnya, memang agak sukar untuk menurunkan berat badan.

Namun, jangan risau. Ikuti langkah-langkah dibawah dengan konsisten.

Lima langkah yang anda perlu ambil untuk mengurangkan kolesterol dalam badan anda:

  • Turunkan berat badan

kolesterol

Usaha menurunkan berat badan kepada tahap yang lebih ideal akan membantu menurunkan kolesterol anda ke tahap yang lebih selamat.

Malah, ia juga akan membantu merendahkan paras trigliserida anda. 

Indeks jisim tubuh badan yang sihat untuk seorang warga Asia adalah dalam lingkungan 18.5 ke <23kg/m².

  • Ubah gaya pemakanan

Banyakkan makan makanan yang mengandungi lemak kurang tepu seperti kekacang, minyak sayuran dan sapuan.

Makanlah pelbagai makanan yang berunsurkan serat seperti ubi kentang, oat dan juga barli.

Selain itu, anda boleh memilih opsyen hasil tenusu kurang lemak.

Yang paling penting, kurangkanlah pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol, lemak tepu dan lemak trans yang tinggi. 

Makanan sebegini termasuklah biskut, kek, pai daging dan mentega. 

Makanan sebegini memanglah enak tetapi anda juga boleh memilih pilihan yang lebih sihat seperti hirisan daging kurang minyak.

Ataupun pilihlah ayam atau itik yang tidak berkulit.

  • Mengamalkan senaman atau aktiviti fizikal

kolesterol

Tidak susah pun sebenarnya untuk mengurangkan berat badan. Senaman aerobik ringkas di halaman rumah pun sudah memadai.

Selain itu, anda boleh juga berjoging, berbasikal ataupun berjalan pantas di kawasan perumahan anda.

Tidak lama pun, dalam 30-45 minit setiap sesi sekurang-kurangnya lima kali seminggu pun sudah cukup.

Aktiviti fizikal sebegini sangat membantu dalam menurunkan paras trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL.

Tekanan darah juga dapat diturunkan, malah, secara keseluruhannya tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat!

  • Kurangkan pengambilan alkohol

Ramai yang tidak tahu bahawa pengambilan alkohol yang banyak dapat melonjakkan paras trigliserida plasma dalam badan.

Bukan itu sahaja, ia juga menyumbang kepada risiko anda untuk menghidapi darah tinggi.

Sejurus itu, menyumbang pula kepada penyakit pankreatitis.

  • Berhentilah merokok

kolesterol

Merokok adalah salah satu punca utama pesakit yang menghidap sakit jantung dan juga strok.

Untuk mengurangkan risiko berikut, anda perlulah berhenti secara beransur-ansur dan sepenuhnya.

Anda juga perlu mengelakkan berada di kawasan persekitaran yang terjebak dengan asap rokok.

Bagi perokok yang telah berhenti sepenuhnya, risiko untuk dijangkiti penyakit kronik dapat dilambatkan dalam satu ke dua tahun. 

Kesimpulannya, pastikanlah anda mengikuti langkah-langkah yang telah dicadangkan.

Hal ini agar kehidupan anda akan menjadi lebih sihat, lebih bahagia dan bermakna.

Malah bersama-sama harapan bahawa kolesterol anda akan menurun ke tahap yang tidak menjejaskan kesihatan. Anda juga boleh mencuba Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen.

kolesterol

Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen ini diperkuatkan dengan formula 23 raja herba dan boleh membantu merawat masalah sakit lutut.

Selain itu, Jus Hidayah Gold juga mampu:

  • Membantu merawat masalah keletihan / lemah badan / lesu tidak bermaya.
  • Membantu merawat masalah sakit sendi, lutut, tumit, tangan dan kaki.
  • Mencegah rasa mengantuk, memberi tenaga dan menambahkan stamina untuk melakukan tugas seharian.
  • Membantu menstabilkan hormon.

Jus Hidayah Gold juga dapat membantu merawat masalah penyakit kronik seperti:

✔ Darah Tinggi,

✔ Kencing Manis,

✔ Buah Pinggang,

✔ Masalah Urat Saraf dan sebagainya.

Antara herba yang digunakan ialah madu, delima, rumpai laut, habbatus sauda, mengkudu, kismis, aprikot, senduduk putih dan banyak lagi.

Jika dilihat kepada bahan herba yang digunakan sememangnya bagus kepada tubuh badan. Perkara bagus sebegini hendaklah diamalkan.

Sesuai kepada pesakit diabetes yang perlu mengawal pemakanan. Kandungan dalam Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen sememangnya bagus. 

Untuk mendapatkan kebaikan maksimum dari Hidayah Gold, disarankan untuk anda mengambil 1 jam sebelum makan atau ketika perut kosong.

Anda boleh mengambil Seraimas Hidayah Gold ketika perut kosong. Ini akan membantu anda untuk terus rasa bertenaga dalam hari-hari anda.

Anda boleh dapatkan Seraimas Hidayah Gold untuk dijadikan sebagai pembantu anda dalam mengekalkan badan yang sihat.

Seraimas ini menjaminkan produk yang halal dan juga diolah daripada herba dan makanan Sunnah. Produk Seraimas ini adalah sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

More Posts

en_USEN