Kelancaran Sistem Pencernaan Membantu Anda Kekal Bertenaga ketika berpuasa!

sistem pencernaan

Table of Contents

Sistem pencernaan dalam tubuh kita adalah sangat penting terutamanya pada bulan Ramadhan.

Ini kerana melalui proses pencernaan, tubuh kita akan memecahkan komponen makanan kepada nutrien yang lebih kecil mengikut kesesuaian diperlukan oleh tubuh kita.

Mengabaikan kesihatan proses pencernaan melalui pengambilan makanan tidak sihat memberi masalah kepada tubuh kita untuk menyerap nutrien.

Masalah proses pencernaan tak lancar kerap berlaku kerana perubahan rutin makan kita, lebih-lebih lagi pada minggu awal Ramadhan.

Kebimbangan kita adalah tentang keadaan selepas menjamah hidangan berbuka yang besar, ramai di kalangan kita tewas dengan godaan hawa nafsu, menyebabkan tiba-tiba perut terasa segah dan sebu. 

Dada pun jadi semput dan sukar bernafas.

doktor periksa pesakit perut

Akibatnya, ada yang tersandar kekenyangan di verandah masjid selepas solat Maghrib dan ada yang terbaring longlai akibat perut terasa ‘ketat’ selepas menjamah hidangan berbuka tadi.

“Baru je rancang nak berjemaah di masjid untuk solat Isya’ dan Terawih. Dah lebih setahun tak dapat berjemaah di masjid sepanjang PKP. Tapi apakan daya, perut pula tak bagi kerjasama malam ini.”

Kenapa masalah proses pencernaan tak lancar kerap berlaku semasa bulan Ramadhan?

Menurut Pakar Gastroenterologi dari PPUKM, Dr Raja Affendi Raja Ali berpendapat tiada definisi saintifik untuk menjelaskan sistem pencernaan tak lancar kerana banyak faktor perlu di ambil kira. 

Secara ringkasnya, sistem pencernaan adalah proses menukarkan makanan yang kita makan kepada bentuk lebih kecil dan mudah diserap oleh organ tubuh kita. 

Usus merupakan organ paling dominan dalam menentukan kelancaran proses pencernaan.

Usus yang sihat dapat digambarkan apabila seseorang itu tidak mempunyai gejala simptom seperti sembelit, cirit-birit, sakit perut, perut kembung dan sebagainya.

Masalah sistem pencernaan tak lancar berlaku di sebabkan kurang pengambilan nutrisi seimbang ketika Ramadhan seperti serat dari sayuran dan buah, sumber karbohidrat terlalu banyak serta kurang ambil protein.

Peranan serat dalam sistem pencernaan

Serat berfungsi membantu melancarkan sistem pencernaan terutama ketika berpuasa dengan menukarkan komponen makanan di ambil kepada bentuk lebih kecil untuk mudah diserap oleh sel-sel badan untuk fungsi dengan baik.

Pengambilan serat ketika bersahur penting kerana ia akan menjaga bahagian penting dalam usus dan perut kita. Menurut Dr. Raja Afendi, serat boleh di kategori kepada 2 jenis, serat larut dan serat tak larut. 

Serat larut boleh didapati dalam makanan seperti epal, oat dan kacang. Serat larut yang di ambil akan menebal dan mengembang dalam persekitaran berair dalam perut anda dan memberi kekenyangkan lebih lama kepada anda semasa berpuasa.

Serat tak larut pula diperoleh dari kebanyakan sayur-sayuran dan bijirin yang akan menyerap air di saluran bawah usus dan memudahkan pembuangan sisa melalui sistem penghadaman anda, dan membantu anda membuang air besar secara tetap.

Serat juga boleh bantu rendahkan kadar peningkatan gula dalam darah seterusnya mengurangkan rasa lapar semasa berpuasa.

Kebanyakan serat digunakan oleh tubuh kita dalam proses fermentasi bakteria di bahagian usus besar kita. Sumber terbaik serat semasa Ramadhan pastinya kurma.

Peranan protein kepada usus anda

Selain dari serat, komponen nutrien yang penting untuk sistem pencernaan kita berfungsi dengan lancar adalah protein. 

Sepanjang Ramadhan, kita boleh mendapat protein dari sumber ikan, daging dan ayam. 

Protein membekalkan tenaga mencukupi untuk organ dalam tubuh kita berfungsi. Peranan protein di umpama sebagai bahan bakar kepada tubuh kita untuk bekerja. 

Makanan sunnah dan herba Produk kesihatan dan kecantikan
Makanan sunnah dan herba Produk kesihatan dan kecantikan

Manfaat kurma kepada proses pencernaan anda:

  • Kaya dengan sumber serat. 
  • Jumlah kalori dalam sebiji kurma bersaiz sederhana hanya 20 kalori. Sesuai dimakan kuantiti 3 biji pada setiap pengambilan
  • Mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin A, C, B1 & B2. Ini membekalkan nutrien penting untuk tubuh. Pendek kata lengkap semua nutrien
  • Mengandungi gula ringkas seperti fruktosa dan dekstrosa yang bertindak sebagai tenaga segera yang mampu mengembalikan tenaga dan mencergaskan badan dengan cepat

Selain itu, anda juga boleh amalkan pengambilan SeraiMas Kurma Hidayah Plus semasa bersahur, berbuka puasa dan makan malam untuk bekalan zat-zat penting diperlukan tubuh anda sepanjang berpuasa juga bekerja.

Minuman SeraiMas Kurma Hidayah Plus adalah minuman kesihatan yang di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan turut mendapat pengiktirafan halal dari JAKIM. 

Jadi anda tak perlu risau kepada kesahihan keberkesanan minuman kesihatan ini.

Manfaat pengambilan SeraiMas Kurma Hidayah Plus di bulan Ramadhan

  1. Memberi tenaga kepada badan untuk mengatasi masalah sistem pencernaan tak lancar
  2. Membantu fungsi usus dalam proses penghadaman, 
  3. Juadah bersahur yang mudah disediakan dan lengkap semua khasiat diperlukan untuk proses pencernaan sepanjang berpuasa

Mekanisme SeraiMas Kurma Hidayah Plus

Antara kandungan penting membantu pulihkan tenaga ketika bulan Ramadhan adalah Kurma, Madu, Buah Tin dan Delima.

Makanan sunnah dan herba Produk kesihatan dan kecantikan
Makanan sunnah dan herba Produk kesihatan dan kecantikan

Madu (Proses penghadaman)

Madu baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia membantu sistem penghadaman berfungsi terutama ketika bulan Ramadhan.

Buah Tin (Proses penghadaman dan usus)

Kandungan serat yang tinggi dalam buah tin membantu melancarkan fungsi usus, seterusnya boleh mengelakkan sembelit. Bukan saja usus menjadi sihat, buah tin turut menyelesaikan masalah perut meragam dan juga cirit-birit ketika bulan Ramadhan.

Buah Delima (Membantu sistem penghadaman)

Kandungan dalam buah delima efektif untuk kurangkan masalah radang pada usus dan menjaga kesihatan sistem penghadaman badan kita.

Anda boleh dapatkan SeraiMas Hidayah Kurma Plus di farmasi dan toko jamu terdekat

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan ibadat seperti solat sunat Terawih, tadarus dan khatam Al-Quran di samping meningkatkan fokus kita ketika menunaikannya.

Semoga kita dapat bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini dengan badan yang sihat, penuh tenaga dan boleh memberi tumpuan kepada ibadat.

Klik di sini untuk semak lokasi berdekatan anda.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1442H

Daripada,

SeraiMas, 

Raja Segala Herba dan Makanan Sunnah

More Posts

en_USEN