PERMULAAN EMPAYAR SERAIMAS HERBS SDN BHD
Kisah kejayaan Pengasas Seraimas, Puan Sunita Bibi Ali Akhbar ini telah mendapat perhatian oleh RHA Media Sdn. Bhd iaitu salah sebuah majalah berbahasa Inggeris yang meraikan kisah-kisah perniagaan dari kalangan usahawan dan individu yang berjaya untuk dijadikan inspirasi masyarakat di Malaysia. Ini adalah salah satu penghormatan dan peluang terbaik yang diterima oleh Puan Sunita Bibi Ali Akhbar dari pihak media apabila kisahnya telah diterbitkan dalam Majalah Top 10 Of Malaysia baru-baru ini.
Membina perniagaan bukanlah satu perkara mudah. Hakikatnya, jika tidak mahu mencuba atau tidak berani menempuh cabaran, belum pasti kejayaan akan mudah dikecapi. Puan Sunita Bibi Ali Akhbar adalah usahawan yang patut dicontohi kerana beliau telah berjaya membina empayar perniagaan yang dimilikinya sehingga dikenali ramai dan menyediakan produk kualiti tinggi dan semulajadi yang selamat untuk semua pengguna iaitu SeraiMas Herbs Sdn. Bhd.
SeraiMas Herbs merupakan sebuah syarikat pengeluaran produk-produk kesihatan dan kecantikan yang menggunakan herba semulajadi sebagai bahan utama. SeraiMas Herbs telah mensasarkan lebih 1 juta pengguna produk SeraiMas yang mana telah banyak membantu pengguna dalam meningkatkan taraf kesihatan disamping memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan di Malaysia.
MINAT PERTAMA DALAM PERNIAGAAN
Ujar Puan Sunita, sejak dari muda lagi beliau berimpian untuk mempunyai perniagaan sendiri. Ini adalah bigwhy pertama beliau ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan tambahnya lagi minat dari kecil juga menjadi pendorong utama beliau mula mendalami bidang perniagaan walaupun ketika itu bermula dengan hanya menjual pelbagai jenis makanan dan buah-buahan di tepi jalan.
Minat Puan Sunita dalam bidang kesihatan dan kecantikan menjadi asbab beliau berjaya buka gerai pertamanya walaupun dengan hanya menjual produk jenama kesihatan orang lain. Perkara itu tidak mematahkan semangat beliau bahkan beliau berjaya mengumpul pengalaman dan pengetahuannya dalam industri kesihatan sehingga berjaya menubuhkan empayar miliknya sendiri iaitu SeraiMas pada tahun 2005 ketika itu.
CABARAN SERAIMAS DALAM PERNIAGAAN
Memulakan perniagaan pasti ada cabaran tersendiri. SeraiMas sendiri juga pernah menghadapi beberapa cabaran sebelum berjaya capai apa yang telah mereka capai ketika ini. Pernah mengalami kerugian hampir RM 200,000 pada tahun 2006 apabila 3 lot kedai musnah akibat banjir di Segamat, Johor. Bukan itu sahaja, tahun 2011 sekali lagi, SeraiMas diuji dengan cabaran apabila kehilangan hampir ke semua bahan mentah akibat masalah banjir yang berlaku pada ketika itu.
Pada tahun 2020, dunia dikejutkan dengan wabak pandemik yang mana telah menyebabkan ramai usahawan yang mempunyai bisnes dan perniagaan lumpuh akibat pandemik berpanjangan ini. Di Malaysia sahaja ramai usahawan terjejas dengan pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), namun alhamdulillah SeraiMas berjaya survive sebaliknya membuka peluang pekerjaan.
1 JUTA PENGGUNA DI SELURUH ASIA TENGGARA
Semenjak tahun 2005 lagi SeraiMas berjaya memanfaatkan kira-kira 1 juta pengguna di seluruh Asia Tenggara dan apa yang membanggakan cawangan SeraiMas kini bukan sahaja terletak di Malaysia bahkan kini terdapat di Brunei dan juga Indonesia.
Antara produk-produk keluaran SeraiMas yang berjaya mendapat perhatian di mata masyarakat ialah SeraiMas Kurma Hidayah dan Seraimas Siedaara yang merupakan produk untuk kesihatan wanita, Losyen Terapi Anggun, Seraimas Terapi Warisan Minyak Aromaterapi yang didatangkan dalam variasi limau purut dan kayu putih dan Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen khusus untuk golongan warga emas.
BILA ADA KEMAHUAN, PASTI ADA JALANNYA
Puan Sunita adalah seorang pemimpin yang mempunyai disiplin yang sangat tinggi. Impiannya dalam perniagaan adalah untuk melihat SeraiMas menjadi syarikat terkenal yang menyediakan produk berkualiti tinggi dan semula jadi yang selamat untuk pelanggan. Alhamdulillah walaupun terpaksa hadapi cabaran dalam membina bisnes berjaya namun Puan Sunita berjaya menetapkan matlamat dan berusaha untuk lebih berdaya saing. Bak kata pepatah, ‘bila ada kemahuan, pasti ada jalannya’
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Puan Sunita Bibi Ali Akhbar, Pengasas SeraiMas Herbs Sdn Bhd. Diharapkan agar kejayaan dan pengiktirafan seperti ini menjadi pendorong untuk syarikat SeraiMas lebih berkembang dan membantu seluruh masyarakat Malaysia dalam penjagaan aspek kesihatan seharian.