KAMU JAGA SOLAT,ALLAH JAGA HIDUP KAMU..

Table of Contents

Kenapa kita sering culas (malas) dalam solat semasa sakit?? Bukankah lagi baik jika seseorang yang ditimpa sakit itu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sakit itu penghapus dosa, bukan penambah dosa menjadikan ia  sebagai alasan untuk tidak solat.

Solat adalah amalan wajib umat Islam yang perlu dilakukan. Tak boleh sesekali “miss” tanpa sengaja.. Tak ada suatu penyakit pun tak boleh solat melainkankan penyakit yang menyebabkan hati dan akal langsung tidak berfungsi iaitu mati.

Islam ini mudah sebenarnya. Tetapi mengapa kita yang sering menjadikan solat itu berat dan rumit?

Banyak cara yang Islam ajar kepada kita tentang solat sama ada ketika sihat ataupun ketika sakit.

Antaranya, jika seseorang itu tidak boleh solat secara berdiri, mereka boleh duduk. Jika seseorang itu tidak boleh duduk, mereka boleh baring. Jika tidak boleh baring, mereka boleh mengiring.

Jika mereka masih tidak boleh solat dalam posisi mengiring ke kiri atau ke kanan, mereka juga boleh menggunakan gerakan kepala dan mata . Namun jika seseorang itu mengalami kesakitan yang parah sehingga tidak mampu menggerakkan mana-mana fizikal pun, mereka dibenarkan beribadah solat hanya dengan niat didalam hati.

Sebenarnya, ketika sedang sakit inilah peluang yang diberikan oleh Allah swt untuk kita bertaubat kepadaNya.

Bukan menjadikan ia alasan untuk “menikmati” indahnya meninggalkan solat. Dibawah adalah sedikit tips solat yang boleh di lakukan dalam keadaan sakit atau pun uzur yang di telah dikongsikan oleh Dai Wan dalam Live Hidayah Talk bertajuk “Sakit Bukan Alasan”

  • Menjama’kan solat

Melakukan solat jamak seperti menghimpunkan dua solat fardu seperti zohor dan asar. Contohnya menunaikan solat zohor pada hujung waktu dan di sambung pula kepada solat fardu asar. Tetapi ada 3 sebab yang yang tidak perlu menjamak solat seperti ketika hujan, hari arafah, dan dalam keadaan musafir.

  • Meratakan air

Meratakan air wuduk di semua bahagian anggota badan supaya memenuhi syarat sah wudhu dalam solat.

  • Qadar solat

Ketika dalam keadaan koma contohnya mengalami kemalangan, seseorang boleh melakukan solat selepas sembuh daripada sakitnya seperti menggantikan atau qadar solat.

Sedikit perkongsian yang dapat di kongsikan khususnya kepada pesakit untuk mendirikan solat.

Apa yang dapat simpulkan adalah penyakit yang menimpa seseorang itu tidak pernah menggugurkan kewajipan solat selagi mana pesakit tersebut masih sedar dan boleh berfikir secara waras.

TERKINI:

SeraiMas HQ akan memberikan 5,000 sample SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen secara percuma..

Caranya, anda perlu saksikan Hidayah Talk by Dai Wan di page Fb SeraiMas HQ dan jangan lupa follow untuk ketahui segala maklumat dan aktiviti kempen yang dijalankan oleh SeraiMas.

Selamat Menonton

More Posts

en_USEN