Gastrik merupakan salah satu penyakit yang membuatkan perut anda berasa tidak selesa. Meskipun ia kelihatan seperti sakit perut biasa, ia boleh memudaratkan sekiranya dibiarkan.
Penyakit ini seringkali berlaku di kalangan masyarakat Malaysia sehingga unit kecemasan di hospital sering di lawati oleh mereka yang menghidapi gastrik ini.
Ikuti artikel ini sehingga akhir untuk mengetahui tentang penyakit gastrik ini serta cara-cara yang anda boleh lakukan untuk merawat masalah gastrik.
Apa Itu Gastrik?
Penyakit gastrik atau juga dikenali sebagai gastritis, merupakan keradangan atau hakisan lapisan perut yang terjadi disebabkan tekanan, penggunaan alkohol berlebihan atau muntah kronik.
Bukan itu sahaja, ia juga boleh terjadi sekiranya anda menggunakan ubat-ubatan tertentu seperti aspirin.
Selain itu, penyakit ini boleh menyebabkan ulser, kanser perut, anemia dan refluks hempedu akibat bakteria yang hidup dalam lapisan lendir perut yang dikenali sebagai Helicobacter pylori.
Penyakit gastrik ini boleh berlaku secara tiba-tiba (acute) ataupun untuk jangka masa yang lama (Chronic).
Punca Gastrik
Penyakit gastrik ini boleh dihidapi oleh seseorang disebabkan pelbagai faktor.
Berikut merupakan antara punca-punca masalah gastrik:
- Radiasi
- Alahan kepada makanan
- Merokok
- Keracunan Makanan
- Pengambilan rokok yang mengandungi nikotin yang boleh membuatkan asid di dalam perut bertambah dan berlakunya masalah gastrik
Selain itu, pengambilan ubat tahan sakit juga boleh menyebabkan gastritis.
Hal ini kerana penghasilan prostaglandin yang berfungsi bagi merangsang penghasilan mukus untuk melindungi dinding perut telah berkurang di sebabkan ubat tahan sakit.
Penghasilan mukus pada dinding perut yang sedikit akan menyebabkan dinding perut terdedah terhadap hakisan asid dan menyebabkan seseorang itu mengalami gastritis.
Bukan itu sahaja, gastritis juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter pylori di mana ia merupakan bakteria yang berbentuk seperti pembuka gabus botol minuman (cockscrew).
Jangkitan bakteria ini sering berlaku akibat pengambilan makanan yang telah tercemar dengan H.Pylori.
Ia akan menyebabkan dinding perut anda meradang dan menganggu fungsi sel kalenjar untuk menghasilkan mukus yang melindungi dinding perut.
Keadaan ini akan membuatkan asid menghakis dinding perut dan membuatkan anda mengalami gelaja gastritis.
Tanda-Tanda Gastrik Terjadi
Masalah gastrik ini sering di ambil mudah oleh masyrakat disebabkan oleh gejalanya yang lebih kurang sama dengan sakit perut yang biasa.
Untuk mencegah masalah gastrik ini dari menjadi lebih kronik, di sini kami senaraikan beberapa simptom gastritis.
Berikut merupakan tanda-tanda anda mengalami masalah gastritis:
- Hilang selera makan
- Berat badan turun (pada peringkat kronik)
- Rasa senak, berangin atau pedih.
- Rasa tidak selesa dan kembung
- Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
- Sendawa berulang kali
- Kerap kentut selepas makan
- Rasa mual atau loya dan muntah
- Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)
Cara-Cara Merawat Gastrik
Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom di atas dan menghidapi gastritis, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk merawat penyakit tersebut.
Namun, jenis rawatan harus bergantung kepada jenis gastrik yang dihidapi.
Sebagai contoh, masalah gastrik yang disebabkan oleh ubat anti radang bukan alkohol dan steroid, anda harus menghentikan penggunaan bahan-bahan tersebut.
Sekiranya masalah gastrik yang anda hadapi bukan berpunca dari ubat anti radang bukan alkohol dan steroid, terdapat beberapa ubatan untuk merawatnya.
Di sini kami senarai kan ubat-ubatan yang digunakan untuk mengubati gastrik:
- Antasid yang meneutralkan asid perut
Antasid merupakan ubat yang sering diberikan oleh doktor untuk meneutralkan asid perut yang sedia ada dan boleh memberikan kelegaan kepada pesakit dengan cepat.
Namun begitu, ubat Antasid ini mempunyai kesan sampingan seperti cirit-birit ataupun sembelit bergantung kepada bahan utama ubat tersebut.
- Ubat untuk mengurangkan pengeluaran asid.
Histamin (H-2) merupakan ubat yang berfungsi untuk mengurangkan jumlah asid yang dikeluarkan ke dalam saluran pencernaan anda.
Histamin dapat melegakan kesakitan gastrik dan menggalakkan penyembuhan dan hanya disediakan mengikut preskripsi.
Terdapat juga beberapa jenis ubatan yang mempunyai fungsi yang sama iaitu nizatidin (Axid AR), famotidin (Pepsid), ranitidin (Zantac) serta simetidin (Tagamet HB).
- Ubat yang menghalang pengeluaran asid dan memberi penyembuhan.
Selain itu, anda juga boleh mencuba ubat Pam Perencat Proton.
Ia akan membantu mengurangkan asid dengan menyekat tindakan bahagian-bahagian sel yang menghasilkan asid.
Namun begitu, penggunaan ubat ini pada dos yang tinggi dalam jangka masa yang panjang boleh memberikan kesan sampingan.
Antara kesan sampingan terhadap pengguna ubatan tersebut adalah risiko pingul, pergelangan tangan dan patah tulang belakang.
- Ubat antibiotik untuk membunuh H. pylori
Seperti yang diterangkan di atas, bakteria H.pylori merupakan salah satu punca gastrik terjadi.
Bagi membunuh bakteria H.pylori ini, pastikan anda mengambil preskripsi antibiotik penuh selama 7 hingga 14 hari.
Antara antibiotik yang sering disyorkan oleh doktor adalah metronidazol (Flagil), klaritromicin (Biaxin) serta amoksisilin (Amoksil, Augmentin, yang lain).
Kesimpulannya, penyakit gastrik ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan boleh menjadi kronik sekiranya ia tidak dirawat dengan segera.
Pastikan anda mendapatkan rawatan sekiranya anda mengalami sakit perut yang teruk dan pastikan anda telah mendapatkan nasihat doktor sebelum membeli ubat di farmasi.
Bukan itu sahaja, pemakanan yang sihat juga perlu diamalkan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas dari penyakit yang tidak diingini.
Sekiranya anda mencari makanan tambahan yang bagus untuk tubuh badan anda, kami sarankan produk dari Seraimas iaitu Seraimas Kurma Hidayah Plus.
Seraimas Kurma Hidayah ini mengandungi pelbagai makanan yang terbaik seperti:
- Delima
- Goji
- Kismis
- Buah Tin
- Kurma
- Madu
Tambahan lagi, Seraimas Kurma Hidayah Plus sangat sesuai untuk ibu-ibu mengandung, selepas bersalin dan membantu meningkatkan kecerdasan kanak-kanak.
Ia juga bagus diamalkan secara berterusan dan dinikmati bersama seisi keluarga.