Kenapa sakit sangat ni?
Pernah tak sewaktu anda menjalani hari yang indah bersama keluarga, mungkin ketika bercuti atau ketika berada dirumah, tiba-tiba ada satu perasaan yang susah untuk diungkapkan.
Bukan, ini bukan perasaan senang atau gembira, tetapi seperti ada satu signal dari anggota badan utama anda. Ya, anda mengalami luka tetapi kali ini darah yang keluar tidak henti!
Anda tak pasti signal apa yang cuba diberi oleh anggota badan utama itu, lalu anda menjalani hari demi hari dengan masih mengamalkan cara hidup yang sama dan yang paling utama adalah makanan yang masuk ke perut itu masih pada tahap yang sama.
Sama dari segi apa?
Dari segi pengambilan gula, kalori, lemak, karbohidrat pada jumlah yang lebih dari sepatutnya.
Tahu tak jika anda mengamalkan perkara diatas, sebenarnya peluang untuk anda menghidap penyakit tiga serangkai amat cerah. Penyakit tiga serangkai?
Apa tu? Penyakit ini popular dikalangan mereka yang sudah mencecah 30an dan keatas, iaitu: kencing manis (diabetes), sakit jantung dan darah tinggi. Artikel ini lebih berfokus kepada penyakit kencing manis (diabetes) yang mungkin jarang diambil peduli oleh mereka yang sudah masuk ke alam 4 series, malah sudah 5 series lalu masih mengamalkan cara pemakanan yang tidak seimbang dari segi input dan output lifestyle yang kurang sihat.
Macam mana nak tahu kalau saya ada risiko kencing manis?
Pertama, boleh lihat dari segi cara anda berinteraksi dengan makanan. Mari kita lihat situasi dibawah:
“Nak ayam ke kerang harini? Ke nak dua-dua sekali macam selalu?
“Macam biasa la makcik, ikan iblis dan kacang bagi lebih sikit ya”
Atau
“Bos mau apa?”
“Harini diet bos, bagi roti kahwin dengan teh tarik satu.”
Atau
“Bagi roti bakar jelah bang. Dengan telur suku masak dua biji. Erm, dengan teh ais.”
“Alamak, macam familiar la ayat kat atas, macam mana ni, memang dah lama nak mula kurangkan pemakanan yang kurang sihat tapi susah la, nafsu makan kuat, lagipun muda lagi, baru 40an kot”
“Rileks lah, muda lagi, peristiwa indah 20 tahun lepas bagai semalam berlaku”
Jangan risau, jika anda masih ‘rasa muda’, itu betul, jiwa anda masih muda, tapi kena sedar mungkin ‘dalaman’ anda sudah tak muda lagi. Ini kerana organ anda terpaksa bekerja lebih masa.
Mungkin kena ambil ‘OT’ setiap hari kerana terlalu banyak makanan yang masuk, jadi organ yang terlibat dalam proses pencernaan akan dipaksa berfungsi lebih dari kadar selamat.
Sekarang, cuba terbalikkan headline diatas, ia akan berbunyi begini “Rasa macam baru semalam melancong ke sana sini, rupa-rupanya sudah 20 tahun berlalu!”
Contoh rasa muda bagaimana? Contohnya bila anda mengalami penurunan berat badan yang drastik. Ya, anda mungkin gembira kerana berat badan mula susut dan anda mula rasa muda.
Tetapi, cuba perhatikan gaya hidup anda, adakah masih sama atau makin praktikkan gaya pemakanan sihat? Jika jawapan anda masih sama, bersedialah dengan sepenuh hati menerima yang anda kemungkinan besar menghidapi kencing manis (diabetes).
Ini kerana organ anda gagal bekerja seperti biasa untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.
Jadi, makanan yang bagaimana perlu diamalkan untuk pesakit kencing manis?
Kajian mendapati bahawa punca kencing manis (diabetes) adalah kerana penyakit warisan turun temurun oleh keturunan diatas.
Akan tetapi, punca lain adalah kerana tabiat pemakanan dalam hidup walaupun waris anda tidak menghidap diabetes.
Disebabkan itu, kita selalu dengar bahawa doktor perubatan menasihatkan setiap keluarga mengamalkan amalan pemakanan sihat dan ia sepatutnya menjadi rutin yang diamalkan setiap hari.
Ini bagi mengelakkan setiap ahli dalam keluarga sama ada ibu bapa, anak-anak dan juga cucu-cucu kurang kemungkinan untuk menghidap diabetes kerana setiap manusia sebenarnya terdedah kepada risiko ‘membina jambatan’ dengan diabetes melalui amalan pemakanan yang tidak sihat.
Lalu, bagaimana nak elak terkena kencing manis ni?
Untuk mengubah corak pemakanan adalah tugasan yang berat dan memerlukan komitmen dan target yang jelas kerana anda akan terpaksa melupakan makanan kegemaran seperti contoh yang dinyatakan diatas kerana faktor kesihatan.
Ramai yang tak mampu menahan dugaan ini lalu mula terlantar diatas katil-katil hospital, ini juga antara sebab katil-katil di hospital mula dipenuhi golongan ini.
Akan tetapi, untuk mengamalkan gaya hidup sihat, anda perlu berkorban dan perlu berpegang teguh dengan target yang anda bina seperti mengamalkan gaya hidup sihat agar tidak lagi bergelumang dengan pelbagai penyakit.
Antara perkataan yang kerap diungkap kepada pesakit diabetes adalah “turunkan berat badan dan gula, nanti badan akan semakin pulih”.
Juga, disebabkan untuk mengubah tabiat adalah satu perkara yang sukar, anda perlukan motivasi yang tinggi dan azam yang kukuh agar tidak terhenti ditengah jalan atau sekadar ‘melepaskan betuk ditangga’.
Perlu difahami bahawa mereka yang mempunyai kencing manis (diabetes) akan ada masalah pada insulin yang menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.
Pankreas dalam pesakit diabetes sama ada tidak mengeluarkan insulin yang cukup atau insulin mempunyai masalah untuk memberi respon kepada sistem badan. Kedua-dua masalah ini disebabkan oleh jenis diabetes berbeza.
Secara umumnya, untuk mengamalkan gaya hidup dan corak pemakanan yang sihat, anda perlu mengamalkan pemakanan karbohidrat diantara 45 peratus sehingga 65 peratus dari keseluruhan kalori yang diambil.
Cara pemilihan dan waktu pengambilan karbohidrat yang tepat akan bantu anda mengelakkan dari paras gula dalam darah yang sentiasa meningkat atau sentiasa berada pada paras yang membimbangkan.
Kuantiti yang tepat juga perlu diambil bagi mengelakkan kemasukan makanan yang lebih dari diperlukan untuk badan anda tambahan pula untuk pesakit kencing manis.
Juga kerana karbohidrat mempunyai kesan yang cepat kepada kadar gula dalam darah kerana ia dipecahkan menjadi gula sewaktu proses pencernaan.
Untuk info yang lebih berkesan, anda perlu mendapat khidmat nasihat Doktor kerana mereka akan bertanya soalan yang spesifik bagi memahami kadar keperluan untuk mengamalkan gaya hidup sihat sebaiknya.