AWAS! JANGAN AMBIL MUDAH JIKA ANDA KERAP ALAMI MASALAH SENGGUGUT YANG TERUK

Table of Contents

Masalah senggugut atau kesakitan haid bukan sesuatu yang luar biasa bagi kebanyakan wanita tanpa mengira usia selagi sistem reproduktifnya masih aktif.

Kejang perut, kembung, sakit pinggang dan pelbagai lagi antara gejala dialami dan tahap kesakitannya berbeza. Namun, senggugut yang teruk boleh mengganggu kualiti kehidupan seseorang wanita.

Masalah kekejangan ketika haid (senggugut) melibatkan gangguan ringan yang berlaku sehari atau dua hari sebelum haid, malah boleh berlanjutan sepanjang kitaran haid berlangsung. Kesakitannya boleh menjadi terlalu teruk hingga menjejaskan aktiviti harian.

Umumnya, senggugut teruk berlaku disebabkan oleh kontraksi rahim yang berlaku sebelum atau semasa permulaan kitaran haid. Tetapi apakah yang membuatkan kesakitan itu lebih teruk bagi sesetengah individu?

Menurut Portal Hello Doctor, masalah senggugut teruk juga boleh disebabkan oleh keadaan perubatan seperti:

SINDROM PRAMENSTRUASI (PMS) 

    • PMS adalah keadaan biasa disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh yang berlaku satu hingga dua minggu sebelum haid bermula. Gejala biasanya hilang selepas pendarahan bermula. 

FIBROID PADA RAHIM

    • Fibroid adalah tumor bukan kanser yang memberi tekanan pada rahim atau menyebabkan haid yang sakit dan tidak normal, walaupun selalunya tidak menimbulkan sebarang gejala. 

PENYAKIT RADANG PELVIS (PID) 

    • Jangkitan pada rahim, tiub fallopio atau ovari yang disebabkan oleh bakteria faraj yang mengakibatkan keradangan pada organ pembiakan dan kesakitan. 

ADENOMIOSIS 

    • Keadaan jarang berlaku ini melibatkan tisu yang biasanya melapisi rahim mula tumbuh pada dinding otot rahim, sekali gus menyebabkan keradangan, tekanan dan kesakitan. Ia juga mengakibatkan kitaran haid lebih lama dan berat. 

STENOSIS SERVIKS

    • Ini juga adalah keadaan yang jarang berlaku di mana serviks mengecil atau sempit sehingga melambatkan aliran haid. Ia kemudiannya menyebabkan peningkatan tekanan di dalam rahim lalu mengakibatkan senggugut teruk.

 

CARA HILANGKAN SENGGUGUT DAN SAKIT BELAKANG 

Mesti ramai yang tertanya-tanya khusus bagi kaum wanita yang sering mengalami masalah senggugut, apa rawatan terbaik untuk menghilangkan rasa ‘azab’ ketika senggugut ini? Berikut beberapa cara hilangkan senggugut yang boleh dicuba : 

PAD HABA

    • Letakkan pad panas atau botol berisi air panas yang dibalut tuala kecil pada bahagian belakang bagi mengurangkan kesakitan. Cara ini juga dapat membantu menenangkan otot pinggul, sekali gus meredakan rasa sakit.

PENJAGAAN MAKANAN 

    • Perbanyakan minum air dan makan buah-buahan, sayur-sayuran bersama makanan antiradang lain untuk mengurangkan keradangan dan melegakan gejala senggugut teruk seperti sakit belakang.

MAKANAN TAMBAHAN & VITAMIN 

    • Pengambilan suplemen dan vitamin sebagai makanan tambahan bersama vitamin B dan magnesium juga boleh mengurangkan kekejangan haid. Selain daripada itu, anda juga boleh mengamalkan Produk Seraimas Siedaara bagi anda yang mengalami masalah dalaman wanita. 

 

Jom kita lihat satu perkongsian daripada testimoni setelah menggunakan produk Seraimas Siedaara 

 

KEMPEN TERIMA KASIH SERAIMAS DAN PERADUAN KONGSI & MENANG 

 

Istimewa untuk anda Kempen Terima Kasih SeraiMas yang bermula pada 25 Januari 2022 ini dilanjutkan hingga 28 Februari 2022, jadi jangan terlepas peluang untuk memenangi hadiah istimewa dengan menyertai “Peraduan Kongsi & Menang”

Caranya sangat mudah, anda perlu selfie bersama produk-produk SeraiMas yang pernah anda gunakan sebelum ini dan kongsikan detik-detik indah itu beserta caption penghargaan dan #TerimaKasihSeraiMas di dalam Facebook atau Instagram anda. Pemenang bertuah akan dipilih dan hadiah Istimewa menanti anda. 

Untuk anda yang ingin dapatkan SeraiMas Siedaara. Anda boleh dapatkan produk di atas talian Facebook rasmi SeraiMas https://www.facebook.com/seraimasHQ dan website www.seraimas.my  atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 013-7825282.

Jom dapatkan SeraiMas Siedaara sekarang! 

 

More Posts

en_USEN