Ibu mengandung haruslah mengamalkan pengambilan makanan yang bagus dan baik. Supplement ibu mengandung ini amat diperlukan untuk kebaikan sebelum dan selepas melahirkan anak.
Supplement ibu mengandung ini merupakan makanan atau ubatan kecil yang merupakan makanan yang mengandungi nutrisi mikro seperti vitamin dan mineral.
Ibu yang mula disahkan hamil akan mula menjaga pemakanan mereka dan akan cuba menyediakan makanan yang baik untuk diri dan juga anak dalam kandungan.
Keperluan makanan yang baik ini bukan sahaja memberi manfaat kepada ibu, malah anak dalam kandungan juga akan menerimanya.
Supplement ibu mengandung yang mengandungi vitamin dan mineral seperti magnesium sangat membantu dalam fungsi sel anak dalam kandungan.
Tetapi, ibu haruslah peka dengan supplement yang diambil kerana tidak semua supplement ibu mengandung boleh diambil.
Supplement Baik Untuk Ibu Mengandung
- Vitamin B9 (Asid Folik)
Vitamin B9 merupakan vitamin yang perlu diambil oleh para ibu mengandung. Vitamin B9 ini adalah berfungsi untuk membantu penghasilan DNA, sel darah merah dan juga tumbesaran bayi.
Pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan kepada para ibu mengandung untuk mengambil sekurang-kurangnya 400 mcg asid folik setiap hari.
Hal ini kerana bagi memastikan keperluan nutrien dapat dipenuhi dan membantu sekiranya berlaku kehamilan tidak dirancang.
Tanpa kehadiran asid folik ini, bayi anda akan menghadapi masalah kecacatan tiub saraf. Kecacatan ini boleh menyebabkan gangguan tumbesaran otak dan saraf tunjang.
Kecacatan lain yang mungkin berlaku ialah gusi suing dan masalah fungsi jantung.
Oleh itu, pentingnya pengambilan asid folik kepada ibu mengandung.
- Vitamin D
Vitamin D berfungsi untuk menguatkan tulang. Tetapi, vitamin D ini juga dapat berfungsi untuk menguatkan sistem pertahanan badan dan membantu dalam proses pembahagian sel.
Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil vitamin D ini sebanyak 600 IU. Pakar juga menggalakkan pengambilan dos yang tinggi.
Vitamin D ini dapat membantu ibu mengandung untuk mengekalkan kesihatan dan juga bayi dalam kandungan.
Sekiranya vitamin ini kurang atau tidak diamalkan, maka ibu mengandung akan menghadapi beberapa masalah.
Antaranya ialah kelahiran pramatang, preeklampsia, diabetes gestasi dan juga dapat meningkatkan risiko untuk pembedahan cesarean.
Para ibu mengandung perlu berjumpa dengan doktor pakar sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih tentang vitamin D ini.
- Vitamin Pranatal
Vitamin pranatal ini merupakan sejenis vitamin yang dapat membantu ibu mengandung memenuhi keperluan nutrisi semasa hamil.
Vitamin ini sesuai diambil oleh para wanita yang merancang untuk hamil, atau semasa hamil dan juga sedang menyusu anak.
Vitamin ini merupakan salah satu vitamin yang disarankan dan selamat untuk diambil oleh para ibu mengandung. Ia tidak akan memberi kesan yang buruk kepada ibu mahupun bayi.
Pengambilan vitamin pranatal ini dapat membantu merendahkan risiko untuk menghidap masalah preeklampsia. Khususnya kepada wanita yang kurus atau kurang berat badan.
Kalsium, asid folik, zat besi, vitamin A, vitamin C dan banyak lagi merupakan kandungan yang terdapat dalam vitamin prenatal ini. Ini merupakan mineral dan nutrisi yang amat diperlukan ibu mengandung.
Pengambilan supplemen dan juga vitamin secara berlebihan dan juga tambahan tidak digalakkan. Anda diminta untuk meminta pandangan dan rujukan doktor terlebih dahulu.
- Asid Lemak Perlu
Asid lemak omega-3 DHA dan EPA merupakan asid lemak perlu. Asid emak ini diperlukan oleh ibu mengandung kerana ia penting untuk pembentukan otak dan saraf bayi.
Contoh makanan yang mengandungi DHA dan EPA ialah ikan. Ibu digalakkan untuk mengamalkan pemakanan berasaskan ikan. Tetapi pengambilan ikan ini juga perlu dikawal.
Hal ini kerana ikan mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Kandungan merkuri yang tidak juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pengawalan makanan sangatlah penting.
Terdapat juga supplemen yang menyediakan omega-3 yang bagus, tetapi sekiranya ibu mengandung sudah mengamalkan pemakanan yang mengandungi omeg-3, anda diminta untuk rujuk dengan doktor.
Tips Pengambilan Supplement Buat Ibu Mengandung
- Yang pertama, sebelum membeli ataupun makan sesuatu supplement ibu mengandung, bacalah terlebih dahulu arahan dan juga kandungan yang disediakan untuk supplemen tersebut.
Ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang perlu dilakukan dan berapakah kandungan dos yang diperlukan.
- Melakukan perbincagan dengan doktor atau ahli farmasi bagi mengetahui keperluan yang betul kepada diri sendiri. Berbincang bagaimana, apa dan berapa yang perlu.
- Elakkan daripada mengambilan supplement atau vitamin yang tidak dicadangkan oleh doktor atau ahli farmasi.
- Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil supplement pada waktu malam untuk mengelakkan daripada berasa loya.
Seterusnya ambil supplement selepas makan untuk mengelakkan daripada iritasi akibat perut kosong.
- Untuk pengambilan vitamin tambahan, ibu mengandung digalakkan untuk meminta pandangan doktor dan juga ahli farmasi.
Elakkan daripada mendapatkan supplement atau vitamin daripada tempat atau sumber yang tidak diluluskan oleh kementerian kesihatan.
Kesimpulannya, kesihatan ibu mengandung dan juga bayi haruslah diutamakan.
Jadi, jangan pernah mengabaikan kesihatan ibu dan bayi. Pemakanan makanan juga perlu dikawal mengikut keperluan yang diperlukan.
Pengambilan supplement ibu menagndung dan vitamin haruslah mengikut keperluan badan dan bayi juga. Jangan sesekali ambil tanpa memeriksa kandungan dan sumbernya terlebih dahulu.
Selain dari mengambil supplement, Seraimas Kurma Hidayah Plus turut sesuai untuk ibu mengandung bagi memelihara kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan.
Di samping itu, ia juga boleh membantu menjana perkembangan minda para pelajar, kanak-kanak dan bayi dalam kandungan.
Anda boleh dapatkan Seraimas Hidayah Gold untuk dijadikan sebagai pembantu anda dalam mengekalkan badan yang sihat.
Seraimas Kurma Hidayah ini mengandungi pelbagai makanan
yang terbaik seperti:
- Delima
- Goji
- Kismis
- Buah Tin
- Kurma
- Madu