Sakit sendi ini boleh diklasifikasikan antara penyakit yang sering dihadapi oleh sesiapa pun.
Kesakitan yang dirasai ini dapat dirasai di mana-mana bahagian badan sahaja.
Kesakitan ini kebiasaannya datang hanya apabila mereka melakukan kerja yang berat sahaja. Masalah ini hadir dalam masa yang singkat sahaja dan akan sembuh dengan sendirinya.
Kesakitan ini semakin bertambah sekiranya individu itu tidak berehat dan mendapatkan rawatan.
Sakit sendi ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia mampu mengganggu aktiviti harian.
Apa itu Sakit Sendi?
Sendi ini merupakan penghubung antara tulang ke tulang yang membantu melicinkan pergerakkan. Sendi ini hadir pada bahagian tubuh seperti bahu, pergelangan tangan, lutut dan sebagainya.
Sakit sendi hadir tanpa mengenal erti usia. Ini bermaksud yang tua mahupun yang muda mempunyai risiko untuk terkena masalah ini.
Mana-mana individu yang menghadapi masalah ini, mereka tidak akan berada dalam keadaan yang selesa. Mereka akan berasa sakit pada bahagian yang terkena tersebut.
Punca Sakit Sendi
Masalah ini bukan masalah sedia ada, malah masalah ini boleh datang apabila berlaku kesilapan dalam pergerakan anggota badan.
- Kecederaan
Kecederaan merupakan punca yang selalu diperkatakan oleh mana-mana individu. Kecederaan ini berpunca daripada pergerakkan anggota badan yang tidak betul.
Contohnya ialah cara mengangkat barangan berat yang tidak betul. Ini akan menyebabkan berlakunya sakit sendi pada bahagian pinggan.
- Masalah Tulang
Masalah tulang yang tidak kuat ataupun rapuh boleh menyebabkan kesakitan ini muncul. Tulang dalam badan hendaklah kuat untuk melakukan aktiviti harian.
Banyak kawasan tulang yang perlu dititkberatkan. Antaranya ialah tulang belakang, tulang leher, tulang pada lutut dan banyak lagi.
Sekiranya kawasan ini terganggu, maka pergerakan harian anda akan menjadi tidak selesa.
- Jangkitan Virus dan Bakteria
Sebagaimana yang kita tahu, bakteria dan virus ini sememangnya akan memberikan kemerosotan kepada kesihatan kita. Ada kalanya akan menyebabkan berlakunya demam.
Apabila anda demam, anda akan merasakan badan anda kurang bertenaga dan tidak bermaya. Itu sebenarnya kesan daripada virus dan bakteria.
Virus dan bakteria akan menyebabkan sendi anda menjadi kurang efisien.
- Berat Badan yang Berlebihan
Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan berlakunya tekanan yang tinggi terhadap sendi-sendi badan. Ini akan menyebabkan berlakunya geseran antara lutut dengan lutut.
Kebiasaannya berlaku pada bahagian lutut dan pinggan. Disebabkan inilah individu yang berat bandannya berlebihan pergerakkannya agak terhad.
3 Cara Merawat Sakit Sendi
Setiap penyakit dan masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh individu untuk mengatasi maslaah ini.
Cara merawat sakit sendi ini dapat dilakukan dengan banyak cara. Antara melalui terapi fizikal, ubat-ubatan danrawatan di rumah.
- Terapi Fizikal
Terapi fizikal ini kebiasaannya melibatkan fizikal seseorang individu tersebut. Antaranya ialah dengan melakukan senaman.
Melalui senaman, anda dapat meningkatkan kecergasan badan anda seterusnya dapat menguatkan otot-otot di sekitar sendi anda. Sekiranya ada masalah, anda boleh menggunakan pendakap.
Selain itu, anda juga boleh berusaha dalam menurunkan berat badan anda. Penurunan berada badan ini menjadi salah satu penyebab yang membolehkan osteroartritis dapat dihindari.
Ini membantu mengurangkan tekanan pada bahagian bawah badan anda.
- Ubat-Ubatan
Antara ubatan yang boleh diambil ialah ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit ini dapat membantu anda untuk menahan kesakitan yang dialami. Ubat ini tidak akan memberi kesan sampingan.
Seterusnya ialah ubat anti-radang nonsteroid (NSAID). NSAID ini dapat membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.
Sebagai peringat, pengambilan ubat ini haruslah melalui perbincangan dengan doktor atau orang yang lebih pakar.
Seterusnya ialah ubat sapu. Terdapay beberapa jenis ubat sapu yang dapat memberi kelegaan daripada kesakitan. Ada krim yang perlu disapu pada bahagian kecederaan.
- Rawatan Di Rumah
Banyak rawatan yang boleh dilakukan apabila anda di rumah. Antaranya ialah dengan melakukan senaman. Senaman ini dapat diakukan di rumah.
Ini bermakna senaman yang dilakukan tidaklah berat. Anda boleh melakukan senaman ringan seperti melakukan regangan atau melakukan sedikit pergerakan.
Seterusnya ialah menguruskan atau menurunkan berat badan. Dengan melakukan penurunan berat badan, anda dapat membantu mengurangkan tekanan yang dialami oleh badan anda.
Dengan menurunkan berat badan juga anda akan dapat menghindari daripada menghidap obes.
Terakhir ialah menggunakan alat bantuan. Alat bantuan ini dapat berupa dalam banyak bentuk. Antaranya ialah tongkat.
Tongklat ini digunakan sekiranya anda menghadapi masalah sakit sendi pada bahagian bawah badan seperti lutut atau kaki.
Sekiranya pada bahagian badan, anda boleh memakai pendakap. Pendakap dan tongkat ini akan memberi sokongan terhadap tekanan yang dikenakan.
Kesimpulannya, masalah ini tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana individu. Ini kerana ia dapat mengganggu aktiviti harian anda.
Masalah ini juga dapat mengganggu perasaan dan mood anda pada ketika itu. Dapatkan rawatan segera sekiranya menghadapi masalah.
Setiap penyakit akan ada ubatnya. Ubat yang anda boleh ikhtiarkan adalah dengan Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen.
Selain daripada merawat sakit-sakit badan, Jus Hidayah Gold juga mampu memberi kelegaan seperti:
- Membantu merawat masalah keletihan / lemah badan / lesu tidak bermaya.
- Membantu merawat masalah sakit sendi, lutut, tumit, tangan dan kaki.
- Mencegah rasa mengantuk, memberi tenaga dan menambahkan stamina untuk melakukan tugas seharian.
- Membantu menstabilkan hormon.
Bahan-bahan yang digunakan adalah selamat dan sangat baik untuk kesihatan seperti madu, delima, rumpai laut, habbatus sauda, mengkudu, kismis, aprikot, senduduk putih dan banyak lagi.
Antara kelebihan juga anda boleh mengambil Seraimas Hidayah Gold ketika perut kosong. Ini akan membantu anda untuk terus rasa bertenaga dalam hari-hari anda.
Seraimas ini menjaminkan produk yang halal dan juga diolah daripada herba dan makanan Sunnah. Produk Seraimas ini adalah sesuai untuk keguaan seisi keluarga.