Setiap ibu mengandung haruslah memastikan zat dalam badan mencukupi.
Hal ini kerana zat dalam badan ibu tersebut akan dikongsikan bersama anak dalam kandungan.
Terdapat banyak makanan sihat untuk ibu mengandung. Makanan yang sihat ini dapat membantu ibu mengandung yang memerlukan kalori tambahan.
Pemakanan yang baik hendaklah diamalkan oleh para ibu mengandung lagi-lagi apabila berada dalam tempoh trimester dan ketiga.
Pemakanan yang diambil hendaklah menepati dengan keperluan ibu mengandung.
Dalam artikel anda akan mengetahui mengapa ibu mengandung perlu makan makanan yang sihat dan 12 makanan sihat dan sedap untuk ibu mengandung.
Mengapa Ibu Mengandung Perlu Mengambil Makanan Sihat?
Seperti yang kita tahu, pemakanan yang sihat amat diperlukan untuk para ibu mengandung. Makanan yang diamalkan oleh ibu akan dikongsi dengan anak dalam kandungan.
Makanan sihat untuk ibu mengandung haruslah diutamakan di mana-mana tempat supaya bekalan untuk mereka sentiasa ada.
Oleh itu, sangatlah penting kepada ibu mengandung mementingkan pemakanan mereka.
- Pastikan Janin Berada Dalam Keadaan Sihat
Seperti mana yang kita ketahui, janin smemangnya akan mengambil zat-zat dan nutrien daripada ibu, maka bekalan yang diberikan hendaklah sihat.
Oleh itu, pemakanan yang sihat dapat memberikan janin kelebihan yang berada dalam perut ibu mengandung.
- Pastikan Ibu Mengandung Berada Dalam Keadaan Sihat
Seorang ibu mengandung akan memberikan sedaya upayanya untuk memastikan janin dalam kandunganya berada dalam keadaan yang sihat.
Sama juga untuk ibu mengandung, dalam memastikan janin itu berada dalam keadaan sihat, jangan lupa kepada diri sendiri. Apabila diri sendiri sihat, maka janin berada dalam kedaan sihat.
- Pastikan Ibu Mempunyai Tenaga Yang Mencukupi
Pemakanan yang sihat haruslah diamalkan supaya ibu mengandung mempunyai berat yang sesuai . ini adalah untuk memberi kekuatan untuk membawa janin dalam kandungan.
Tenaga amatlah penting kepada ibu mengandung kerana mereka perlu membawa perut yang berisi janin tersebut kemana-mana. Jadi pemakanan yang memberi tenaga amatlah penting.
12 Makanan Sihat (Dan Sedap) Untuk Ibu Mengandung
Jadi, kenapa makanan sihat untuk ibu mengandung anda sudah ketahui. Maka, anda juga perlu mengetahui jenis makanan yang boleh diamalkan.
- Telur
Seperti mana yang kita tahu, telur ini satu makanan yang selalu diamalkan oleh orang yang ingin membina badan.
Telur juga ada kelebihannya kepada ibu mengandung. Telur ini mempunyai kandungan lemak dan juga protein yang tinggi.
Selain itu, telur juga mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang tinggi.
Dengan adanya kolin dalam telur ini, proses pertumbuhan badan dapat berjalan dengan baik dan juga dapat memastikan kesihatan otak berada dalam keadaan baik.
- Bijirin Penuh
Bijirin penuh ini kaya dengan kandungan serat dan juga vitamin serta sebatian tumbuhan.
Semasa fasa kehamilan, bijirin penuh ini sangat membantu kepada ibu mengandung kerana ia mempunyai kandungan protein.
Selain daripada protein, bijirin penuh juga mempunyai vitamin B, serat dan magnesium dimana kandungan ini amatlah diperlukan oleh badan para ibu mengandung.
- Pisang
Pisang merupakan buahan yang sering menjadi pilihan kepada setiap individu terutamanya dalam mencari tenaga.
Buah pisang ini kaya dengan potassium. Ibu mengandung sangatlah memerlukan tenaga. Tambahan pula, pisang juga dapat memeberi kekenyangan kepada sesiapa yang amalkannya.
- Sayur Bayam
Bayam ini sangat dikenali kerana kaya dengan antioksidan dan nutrien. Sayur ini sangatlah diperlukan oleh para ibu mengandung dan juga janin yang sedang membesar.
Sayur ini juga penting kepada kandungan kerana ia dapat membantu meningkatkan kesihatan penglihatan serta pertumbuhan kulit mahupun tulang. Ia kerana adanya Vitamin A.
- Buah Delima
Buah delima merupakan buah yang sering diperkatakan oleh para ibu kepada ibu mengandung. Banyak kelebihan yang diperkatakan yang boleh memberi manfaat kepada ibu mahupun janin.
Buah delima kaya dengan zat besi, kalsium, protein dan juga ada vitamin. Kandungan sebegini dapat memeberi kebaikan kepada ibu mngandungi mahupun janin.
Buah delima juga ada disebut dalam al-Quran. Ini menunjukkan lagi buah delima dapat memberikan kelebihan kepada manusia.
- Ikan Salmon
Ikan salmon ini mengandungi asid lemak seperti DHA dan EPA. DHA dan EPA ini dapat membantu meningkatkan IQ dan dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah neurologi.
- Produk Tenusu
Kita tahu yang produk tenusu ini sememangnya menjadi pilihan untuk penjagaan kesihatan.
Produk tenusu ini mengandungi jumlah protein yang tinggi dan juga kalsium yang tinggi. Janin juga memerlukan jumlah kalsium yang tinggi sama juga seperti ibu mengandung.
- Ubi Keledek
Ubi keledek kaya dengan beta-karotin dan vitamin A. dua kandungan ini membantu pertumbuhan dan perkembangan janin yang sihat.
Pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan ketoksikan dalam badan.
- Kurma
Kurma ini merupakan makanan Sunnah. Ini bermakna kurma sememangnya dapat memberikan kebaikan kepada manusia.
Antara kelebihan kurma ialah dapat membantu mengawal kadar denyutan jantung dan juga tahap tekanan darah.
Buah lain selain kurma yang boleh diamalkan ialah buah tin, apricot, kismis dan banyak lagi.
- Daging Ayam
Kandungan protein dalam daging ayam yang tinggi sememangnya diperlukan oleh ibu mengandung. Protein dapat membantu memberi kekuatan kepada para ibu mengandung.
Bahagian yang boleh dimakan ialah bahagian dada kerana disitu kurang lemak.
- Madu Lebah
Madu ialah makanan yang mengandungi air, enzim, mineral, vitamin dan pinocembrin iaitu satu antioksidan yang membantu meningkatkan fungsi otak.
- Buah Beri
Buah beri ini mengandungi air dan njuga karbihidrat sihat, vitamin C dan antioksidan. Vitamin C dapat membantu tubuh badan untuk menyerap zat besi.
Vitamin C dapat memberi kesihatan kepada kulit dan juga menguatkan imun tubuh.
Kesimpulannya, makanan sihat untuk ibu mengandung haruslah dilihat sebagai satu perkara yang penting. Ini adalah kerana manfaatnya adalah untuk ibu dan juga janin.
Kurma Hidayah Plus turut sesuai untuk ibu mengandung bagi memelihara kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan.
Di samping itu, ia juga boleh membantu menjana perkembangan minda para pelajar, kanak-kanak dan bayi dalam kandungan.
Anda boleh dapatkan Seraimas Hidayah Gold untuk dijadikan sebagai pembantu anda dalam mengekalkan badan yang sihat.
Seraimas Kurma Hidayah ini mengandungi pelbagai makanan yang terbaik seperti:
- Delima
- Goji
- Kismis
- Buah Tin
- Kurma
- Madu