Amat menjengkelkan apabila anda sedang nyenyak tidur tiba-tiba kaki anda bagaikan direntap sehingga mengalami kesakitan melampau akibat dari simpul biawak atau kejang di bahagian otot betis. Siapa pernah melalui situasi ini?
Bagi anda yang pernah mengalaminya pasti akan terkejut dan lantas memberikan tindak balas cepat untuk bangun sambil mengurut kesakitan yang dialami di bahagian betis yang mana kadang kala kesakitannya itu berlanjutan selama beberapa minit.
GOLONGAN YANG KERAP MENGALAMI KEKEJANGAN KAKI
Kejang kaki dikatakan berlaku hasil daripada asid yang terkumpul dalam serat otot yang menyebabkan otot menjadi tegang dan ianya kerap berlaku secara tiba-tiba pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk.
Kejang kaki ini bukan sahaja kerap berlaku dalam kalangan mereka yang gemar melakukan aktiviti luar seperti jogging, berbasikal atau hiking tapi ianya juga kerap berlaku bagi wanita terutama wanita yang sedang hamil.
Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi Dr Wan Masliza Wan Daud, kejang kaki adalah masalah biasa ketika hamil yang kerap dialami ketika trimester kedua dan ketiga. Ia tidak diketahui puncanya, namun pakar perbidanan berpendapat ia disebabkan perubahan hormon kehamilan progesteron, yang boleh memberi kesan kepada otot kaki.
PUNCA – PUNCA KEKEJANGAN OTOT
SENAMAN YANG TIDAK MEMPUNYAI SESI “Warm-Up”
- Bagi golongan yang aktif bersukan dan melakukan aktiviti luar penting untuk anda melakukan sesi warm up sebelum memulakan aktiviti fizikal anda, ini kerana kebanyakkan mereka yang mengalami masalah ini akibat dari tidak melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum sesuatu aktiviti bersukan.
- Aktiviti memanaskan badan ini penting kerana ianya membantu otot kita mengembang dan mengecut dengan sempurna supaya dapat menyediakan tubuh badan untuk kegiatan sukan tersebut.
- Apabila tidak melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum kegiatan bersukan ini, otot dalam badan akan mengalami kesukaran untuk berkembang & mengecut dengan efisien lalu mengakibatkan kekejangan bersertakan sakit yang melampau.
KELEMAHAN OTOT YANG KURANG AKTIF
- Hal ini kerap berlaku kepada ibu-ibu yang sedang hamil kerana bebanan dari memikul kandungan yang berat.
- Pergerakan mereka terbatas dan ini mengakibatkan mereka sering terlantar dan jarang untuk melakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan. Akibat dari situasi ini, otot akan mengalami pengecutan saiz dan mengakibatkan kekejangan sering berlaku.
KEKURANGAN AIR & DEHYDRATION
- Salah satu punca berlakunya masalah kekejangan otot ialah kekurangan air dalam badan atau dehidrasi. Air juga merupakan salah satu sumber oksigen kepada otot dalam tubuh badan kita.
- Oleh itu, jika kita mengalami masalah dehidrasi maka sememangnya masalah ini akan menyebabkan berlakunya kekejangan otot kerana kekurangan oksigen dalam badan.
CARA CEGAH KEKEJANGAN OTOT
- Cara pencegahan awal yang tepat untuk anda lakukan bagi mengelakkan diri dari terkena masalah kejang otot adalah dengan memastikan badan kita menerima jumah air yang mencukupi. Air adalah sumber utama oksigen. Pengambilan air yang mencukupi membolehkan proses pengembangan dan pengecutan otot berlaku dengan sempurna.
- Selain itu juga, kita juga perlu memastikan bahan mineral dalam badan kita sentiasa dalam kuantiti yang mencukupi supaya dapat digunakan oleh otot dan mencegah berlakunya kekejangan otot. Ini dapat dilakukan dengan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak kerana inilah yang akan membantu meningkatkan kuantiti bahan mineral dalam badan.
Selain dari itu, ikhtiar terbaik yang boleh anda lakukan juga adalah dengan menggunakan SeraiMas Terapi Anggun Losyen Panas. Amat sesuai untuk anda yang aktif bersukan dan ibu yang sedang hamil.
Sapuan losyen yang terdiri pati serai wangi dan halia yang mudah menyerap, tidak berminyak, tidak melekit dan menjadi pilihan ramai kerana kelebihan panas berpanjangan. Ia juga membantu masalah sakit- sakit sendi, sengal-sengal otot, kebas-kebas, bisa badan, rekah tumit , kaki dan lain-lain.
PROMOSI YEAR END SALE
Sempena Year End Sale kembali lagi dan sudah semestinya SeraiMas tidak terlepas memberikan potongan harga yang istimewa kepada pelanggan tetap dan pelanggan baru SeraiMas. Jom dapatkan harga promosi produk SeraiMas sekarang bermula dari 1 Disember 2021 sehingga 7 Januari 2022. Boleh klik link disini untuk sebarang pertanyaan wasap.my/+60137825282/YES
Kini, anda boleh dapatkan SeraiMas Terapi Anggun Losyen Panas di atas talian Facebook rasmi SeraiMas https://www.facebook.com/seraimasHQ dan website www.seraimas.my atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 013-7825282.
Jom dapatkan SeraiMas Terapi Anggun Losyen Panas sekarang!