SERAIMAS KETENGAHKAN BAZAR BERKONSEP MAKANAN SUNNAH

Table of Contents

Sebermulanya, Kempen Bazar Ramadhan SeraiMas ini pada 17 Mei sehingga 30 Mei 2018 adalah bertujuan untuk mengetengahkan pemakanan tambahan yang berasaskan Sunnah. Menerusi amalan pemakanan sunnah ini, ia bukan sekadar memberikan pelbagai khasiat terbaik kepada tubuh badan pengguna malah, ia turut memberi kesan kepada kehidupan mereka. Di mana dengan penjagaan kesihatan tubuh badan ia dapat memberi keseimbangan pada aspek mental, fizikal, emosi dan rohani dalam diri kita.

Menariknya, menerusi pelancaran kempen ini ia turut melibatkan kolaborasi antara Bazar Ramadhan SeraiMas dengan #CeritaSeraiMas. Perincian #CeritaSeraiMas adalah rancangan yang memaparkan realiti kehidupan pengguna sebelum, semasa dan selepas menggunakan rangkaian produk SeraiMas Herbs. Objektif rancangan ini adalah untuk melihat kesan kebaikan yang diperolehi pengguna sewaktu mengamalkan makanan sunnah ini. Seterusnya, bagi peraduan #WefieRayaJusHidayahGold pula adalah kesinambungan kempen kepada bulan Syawal di mana pengguna perlu mengambil gambar bersama produk dan berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM10,000.

Selari dengan peredaran masa, ketibaan bulan yang penuh barakah ini telah menjadi inspirasi kepada kami untuk menawarkan pelbagai promosi kepada pengguna dengan mengadakan Kempen Bazar Ramadhan SeraiMas. Antara promosi produk yang ditawarkan adalah Jus Hidayah Gold, Jus Kurma Hidayah, Kismis Hidayah dan Astanita. Oleh itu, dalam kita melaksanakan ibadah yang wajib, ajaran Sunnah yang dititip oleh Nabi Muhammad S.A.W juga perlu dijadikan pedoman kepada seluruh umat yang berpaksikan ajaran Islam:

“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu”.

(Hadis Riwayat Bukhari)

More Posts

en_USEN