SeraiMas Herbs Sdn. Bhd. (1227131-D)
No. 20, Industri Ringan Teres 3 Tingkat Jalan Teguh 2, Taman Industrian Labis 85300 Segamat, Johor

+6012 784 8364
info@seraimas.my

Raja Segala Herba

Blog

Serai Mas – Kini Kami Berwajah Baru!

Salam sejahtera buat semua. Kenalilah kami untuk kita lebih memahami bagaimana warisan herba ini merupakan rahsia alam semulajadi.

[dropcap background=”” color=”” circle=”0″ size=”2″]S[/dropcap]elamat datang ke laman web kami yang baharu dan kini kami telahpun berwajah baru! Tahun 2017 ini menyaksikan bagaimana kesungguhan kami untuk sentiasa dekat di hati pengguna. Kami melihat dari segenap aspek yang mana kami boleh bangunkan, terutamanya dari segi penjenamaan baru Serai Mas untuk menjadikan kami jenama pilihan semua. Tidak kira bangsa mahupun jantina, malah pelbagai peringkat usia dan semuanya mampu untuk terus hidup dengan cara yang sihat. Disamping pengamalan produk-produk kami yang bermutu. Dengan pemantapan visi dan misi kami untuk menjadikan amalan kesihatan berasaskan herba ini bukan hanya trend semasa, tetapi produk mampu milik kami ini akan menjadi amalan harian sekeluarga. Bertepatanlah dengan slogan kami, Warisan Herba Sepanjang Zaman untuk menzahirkan bahawa kehidupan manusia yang hakiki adalah bersandarkan pemakanan sihat asas dari bahan semulajadi.

no-repeat;center top;;
auto
Heading

„Bertepatanlah dengan slogan kami, Warisan Herba Sepanjang Zaman untuk menzahirkan bahawa kehidupan manusia yang hakiki adalah bersandarkan pemakanan sihat asas dari bahan semulajadi.”

center
http://seraimas.my/old/wp-content/uploads/2014/03/home_eco_blog4.jpg
repeat;center;;
auto
80px 7% 70px
Desc

Dalam meniti 12 tahun dunia perniagaan, telah banyak pembelajaran yang telah kami lalui. Mematangkan kami, memahami keperluan dan meransangkan kami untuk terus dalam dunia herba ini.

Kerana bagi kami, pengetahuan dan inovasi ini harus dikongsi bersama. Pelbagai maklum balas positif yang kami terima dari pengguna meletakkan kami sebahagian usaha membantu dan membangunkan ummah.

[blockquote]Transformasi dari golongan tua juga sangat mengujakan kami. Ucapan demi ucapan kesyukuran kerana dapat mengamalkan ibadah dengan lebih baik, adalah perkongsian yang sangat bermakna bagi kami. Tidak terlepas juga kami turut serta merasa sangat bersyukur ke hadrat Ilahi dengan pemberian ini.[/blockquote]
[divider height=”40″]

Jadi dengan penjenamaan semula kami ini, tidak lain dan tidak bukan adalah hadiah untuk kita semua. Agar setiap wang yang dibelanjakan adalah bernilai bagi pengguna dan menjadikan Serai Mas sentiasa dekat di hati pengguna. Sehingga kita bertemu lagi. Sentiasa ikuti perkembangan kami.

no-repeat;center top;;
auto

Post a Comment