AWAS! PENYAKIT 3 SERANGKAI BOLEH MEMBAWA MAUT JIKA TAK DICEGAH & DIRAWAT

Table of Contents

Pernah tak anda dengar Penyakit “3 Serangkai”? Mungkin anda pernah dengar dari kaum keluarga anda yang pernah mempunyai sejarah penyakit seperti Masalah Jantung, Diabetes atau Masalah Darah Tinggi. 

Ya, betul 3 Serangkai yang dimaksud adalah gabungan daripada 3 penyakit kronik yang boleh membawa maut. Penyakit ini sekiranya tidak dirawat atau dicegah dengan lebih awal boleh membawa maut. Jadi penting untuk anda sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan awal dalam diri. 

PENYAKIT JANTUNG

Simptom penyakit jantung koronari (Coronary Artery disease) atau jantung tersumbat boleh dikenalpasti jika anda mengambil langkah awal.Pemeriksaan kesihatan sekali setahun sangat-sangat membantu dalam mengenal pasti segala jenis penyakit termasuk penyakit 3 serangkai.

Tetapi ada beberapa tanda awal yang boleh anda perhatikan jika penyakit jantung koronari berlaku. Jom Baca : 

    • Sakit dada/Rasa sesak dibahagian dada
    • Selalu mengah atau tak cukup nafas
    • Rasa sakit, kebas atau rasa lemah dan sejuk dibahagian kaki dan tangan yang disebabkan oleh salur darah tersumbat
    • Rasa sakit dibahagian tekak, rahang, leher atau bahagian belakang

Sudah tentu setiap penyakit ada punca, setiap punca ada pengubatnya. Jika anda amalkan cara pencegahan yang betul, sudah tentu anda pun boleh elakkan penyakit 3 serangkai ini berlaku. 

Dibawah ini merupakan cara mencegah penyakit jantung koronari yang berkesan untuk anda. 

    • Berhenti merokok 
    • Elakkan mendapat penyakit lain seperti penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, dan kolesterol tinggi 
    • Rajin bersenam dan aktiviti berat sekurang-kurangnya 30 minit setiap
    • Makan makanan yang kurang kandungan garam dan lemak
    • Kekalkan BMI yang normal dan elakkan
    • Elak stress dan masalah 
    • Amalkan memakan makanan dan persekitaran yang bersih

KENCING MANIS & DIABETES 

Penyakit kencing manis atau diabetes merupakan penyakit yang berpunca daripada jumlah gula yang berlebihan dalam darah. Ia juga salah satu penyakit 3 serangkai. 

Penyakit ini bukan sahaja orang yang mempunyai masalah berat badan sahaja yang alami. Orang yang berbadan kurus pun boleh menghidap penyakit kencing manis, sama ada tahap I atau pun kencing manis tahap II. 

Antara tanda awal yang boleh dialami oleh mereka yang menghidap penyakit ini ialah seperti dibawah:

    1. Sering rasa lapar – Walaupun kandungan gula dalam badan pesakit kencing manis tinggi, tapi gula tersebut tak dapat digunakan sebagai tenaga kerana tiada hormon insulin untuk menukarkan gula tersebut kepada tenaga. Inilah sebabnya pesakit mudah berasa lapar.
    2. Cepat rasa haus & kerap buang air kecil – Selain mudah berasa lapar, pesakit diabetes pada peringkat awal juga acap kali berasa haus. Hal ini kerana, kandungan gula dalam darah adalah tinggi. Badan pula akan bertindak untuk mengurangkan kepekatan gula melalui air kencing. Hal ini akan mengakibatkan kehilangan banyak air dalam badan dan secara tindak langsung pesakit akan mula berasa haus. 
    3. Turun berat badan – Insulin yang sepatutnya bertanggungjawab dalam mencerna gula untuk digunakan oleh sel badan berkurangan ataupun tak dihasilkan. Kesannya, badan akan membakar lemak atau otot sebagai sumber tenaga.
    4. Alami jangkitan kulit – Pesakit kencing manis juga selalunya mengalami masalah imuniti yang rendah. Imuniti ini bermaksud tahap kekebalan sel dalam badan seseorang melawan penyakit. Imuniti yang rendah menyebabkan pesakit mudah untuk dijangkiti kuman terutama pada kulit.

Masalah kencing manis jenis I terjadi apabila hormon insulin yang berfungsi mencerna kandungan gula, gagal untuk dihasilkan oleh badan. Pankreas pula ialah organ yang bertindak menghasilkan insulin.

Antara punca masalah diabetes yang boleh berlaku ialah:

    • Kerosakan pada organ pankreas
    • Keadaan autoimmune kepada antibodi dalam badan dan menyerang sel pankreas.
    • Minum minuman beralkohol
    • Merokok
    • Radang pankreas atau jangkitan kuman 

DARAH TINGGI / HIPERTENSI 

Jika anda ambil berat, selalunya tanda-tanda darah tinggi boleh sahaja dikenal pasti di peringkat awal melalui pelbagai saringan kesihatan. Penyakit ini dikenali sebagai ‘pembunuh senyap’ kerana simptom penyakit ini kadang kala susah untuk dikenal pasti di peringkat awal jika tidak berjumpa dengan doktor.

Sesetengah orang akan merasakan tanda-tanda darah tinggi sebagai penyakit biasa sahaja. Ini kami senaraikan 4 tanda darah tinggi yang boleh berlaku kepada anda, cuba periksa satu persatu mana yang padan dengan anda:

    • Sakit Kepala – Kebanyakan individu yang berpotensi menghidap penyakit darah tinggi mula-mula sekali mereka akan berasa sakit kepala yang agak kerap.
    • Sesak Nafas – Banyak punca sesak nafas yang boleh berlaku, boleh jadi anda mungkin menghidap pulmonary hypertension. Pulmonary hypertension merupakan salah satu penyakit darah tinggi yang mengganggu sistem pernafasan.
    • Hidung Berdarah – Bahagian dalam rongga hidung mempunyai permukaan tisu yang lembab dan penuh dengan salur darah. Apabila tisu ini luka atau pecah akibat tekanan darah tinggi, hidung akan mula berdarah.
    • Kulit Kemerah-Merahan – Kulit kemerah-merahan atau Flushing merupakan salah satu simptom darah tinggi yang boleh berlaku apabila tekanan darah meningkat lebih dari kadar biasa. 

Jom kita lihat perkongsian dan pengalaman dari Puan Rohaini Ahmad

KEMPEN TERIMA KASIH SERAIMAS & PERADUAN KONGSI DAN MENANG

Sempena Kempen Terima Kasih SeraiMas yang bermula pada 25 Januari 2022 ini hingga 14 Februari 2022, jangan terlepas peluang untuk dapatkan promosi harga Tahun Baru Cina dan peluang untuk memenangi hadiah istimewa dengan menyertai “Peraduan Kongsi & Menang”

Caranya sangat mudah, anda perlu selfie bersama produk-produk SeraiMas yang pernah anda gunakan sebelum ini dan kongsikan detik-detik indah itu beserta caption penghargaan dan #TerimaKasihSeraiMas di dalam Facebook atau Instagram anda. Pemenang bertuah akan dipilih dan hadiah Istimewa menanti anda. 

Untuk anda yang ingin dapatkan SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen. Anda boleh dapatkan produk di atas talian Facebook rasmi SeraiMas https://www.facebook.com/seraimasHQ dan website www.seraimas.my  atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 013-7825282.

Jom dapatkan SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen sekarang!

 

More Posts

en_USEN