RISAU MASALAH KEPUTIHAN SERING BERLAKU? GOLONGAN WANITA WAJIB BACA!

Table of Contents

Menurut Portal My Health Kementerian Kesihatan Malaysia, statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan. Keputihan yang tidak normal sering dialami oleh wanita seperti keputihan yang berbau dan berketul. 

Lebih risau lagi apabila warna keputihan yang dialami mula menunjukkan perubahan warna yang mana sering dikaitkan dengan pelbagai gejala penyakit. Normal bagi golongan wanita apabila lelehan lendir yang berlaku berwarna putih, krim tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. 

Namun bagi lendiran yang tidak normal, lelehan yang berlaku akan mengeluarkan warna kuning, kelabu atau hijau serta mengeluarkan lendir bauan yang berbau busuk serta menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj akibat dari jangkitan bakteria atau kulat. 

 

FAKTOR KEPUTIHAN SERING BERLAKU 

 

Faktor Kebersihan

Kita digalakkan untuk menjaga kebersihan tidak kira kebersihan dalaman atau luaran kendiri sepertimana daripada Abu Malik Al-Ashari berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda: Kebersihan ini sebahagian daripada iman. 

Jadi sebagai seorang muslim dan beragama islam, kita perlu sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua perkara terutamanya yang melibatkan diri sendiri agar kebersihan boleh mendatangkan suasana yang tenang, kesihatan yang terjamin dan kesejahteraan kepada kita semua.

 

Faktor Gaya Hidup 

Gaya hidup juga mempengaruhi faktor keputihan berlaku. Sebagai seorang wanita muslim anda digalakkan untuk menjaga kehormatan diri. Tidak mendedahkan diri dengan aktiviti yang tidak sihat seperti gejala seks rambang, bertukar-tukar pasangan sehingga terdedah dengan penyakit berjangkit. 

 

Faktor Hormon

Hormon yang tidak stabil di dalam tubuh badan juga boleh mempengaruhi seseorang wanita untuk mendapat jangkitan keputihan.  Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan : 

  • Pengambilan ubat antibiotik yang berpanjangan 
  • Gangguan emosi 
  • Golongan wanita yang mengalami tekanan peribadi. 
  • Pengambilan pil perancang keluarga & pencegah kehamilan

 

Faktor Kesihatan

Pesakit wanita yang telah menghadapi masalah penyakit seperti Kencing Manis. Ia disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. 

 

CARA MENCEGAH PENYAKIT KEPUTIHAN 

Mencegah adalah lebih baik mengubati. Jadi penting untuk golongan wanita untuk sentiasa cakna dengan kebersihan kendiri luar mahupun dalaman. . Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita: 

  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang mengganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.

Siapa je yang tak risau jika lendiran terus keluar dan mengeluarkan bau busuk. Rasa malu dengan diri sendiri dan kadang-kala boleh mengganggu sesebuah hubungan suami isteri, setuju? 

 

Jangan risau SeraiMas Siedaara dikhususkan  khas untuk golongan wanita untuk tingkatkan kesihatan dalaman dan luaran. Bukan itu sahaja untuk produk ini juga dapat membantu golongan wanita yang mengalami masalah hormon iaitu kitaran haid yang tidak teratur dan juga sesuai untuk golongan wanita selepas berpantang. 

Sempena Year End Sale kembali lagi dan sudah semestinya SeraiMas tidak terlepas memberikan potongan harga yang istimewa kepada pelanggan tetap dan pelanggan baru SeraiMas. Jom dapatkan harga promosi produk SeraiMas sekarang bermula dari 1 Disember 2021 sehingga 7 Januari 2022. Boleh klik link disini untuk sebarang pertanyaan wasap.my/+60137825282/YES

Kini, anda boleh dapatkan SeraiMas Siedaara di atas talian Facebook rasmi SeraiMas https://www.facebook.com/seraimasHQ dan website www.seraimas.my  atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 013-7825282.

Jom dapatkan SeraiMas Terapi Anggun Losyen Panas sekarang!

 

More Posts

en_USEN