Penyakit GERD: Punca Dan Rawatan

penyakit gerd

Table of Contents

Gastroesophageal Reflux Disease atau GERD ini merupakan penyakit yang melibatkan aktiviti pencernaan dalam badan.

Penyakit ini boleh berlaku kepada orang dewasa dan juga kepada kanak-kanak. 

Penyakit ini berlaku disebabkan gangguan yang berlaku dalam perut. Perkara ini berlaku apabila bahan yang perlu dicerna tidak dapat dicerna dan terpaksa berpatah balik ke bahagian esofagus.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui apa sebenarnya GERD, punca adanya GERD dan juga rawatan kepada masalah ini.

Apa Itu Penyakit GERD?

penyakit gerd

GERD atau nama sebenarnya Gastroesophageal Reflux Disease ini merupakan penyakit yang melibatkan aktiviti pencernaan dalam badan.

Penyakit GERD ini dikenali dengan Asid refluks iaitu keadaan dimana berlakunya refluks terhadap asid dalam perut seterusnya akan naik semula ke bahagian esofagus.

Saluran makanan yang kita tahu iaitu dari bahagian mulut, seterusnya ke bahagian esofagus dan ke bahagian perut. Di bahagian perut kebiasaannya berlakunya pencernaan makanan.

Di bahagian perut, terdapat jus gastrik yang bertindak untuk mencernakan makanan yang melalui bahagian perut. Jus gastrik ini mengandungi asid hidroklorik yang berfungsi untuk membunuh kuman.

Apa yang menyebabkan penyakit GERD ini adalah apabila asid yang dirembeskan ini mengalami refluks ataupun asid itu naik semula ke saluran esofagus. 

Antara symptom yang anda akan rasa adalah seperti pedih ulu hati dan sakit dada.

Asid refluks ini boleh mencapai pada tahap yang teruk iaitu boleh naik ke bahagian tekak. Apabila asid ini sudah sampai ke bahagian tekak, anda akan rasa masam terutama bila anda baru bangun dari tidur.

Asid refluks yang teruk juga boleh menyebabkan masalah untuk menelan makanan dan juga boleh meyebabkan asma.

Punca Penyakit GERD

penyakit gerd

Punca terjadinya asid refluks ini adalah kerana otot sfinkter mengalami masalah untuk mengecut sepenuhnya.

Otot sfinkter ini merupakan otot di bahagian bawah esofagus yang membantu pergerakan makanan yang hendak dicerna ke dalam perut.

Tugas utama otot sfinkter adalah untuk mengecut sepenuhnya supaya makanan yang telah memasuki bahagian perut tidak akan berpatah balik ke bahagian esofagus.

Apabila terdapat masalah pada otot sfinkter itu, maka masalah seperti penyakit GERD ini akan muncul.

Makanan dari bahagian perut akan naik semula ke bahagian esofagus seterusnya menyebabkan keradangan.

Ini akan menyebabkan anda rasa pedih ulu hati dan juga sakit dada.

Terdapat juga beberapa faktor yang boleh mendorong berlakunya perkara seperti ini iaitu:

  • Berat badan berlebihan
  • Berada dalam keadaan stress
  • Pengambilan makanan secara berlebihan
  • Pengambilan makanan yang pedas, inuman berkaronat, coklat dan kopi.

Anda boleh mengetahui bahawa anda mengalami penyakit GERD atau tidak berdasarkan simptom berikut:

  • Pedih ulu hati
  • Mempunyai masalah semasa menelan
  • Perut rasa sebu walaupun belum makan
  • Sakit dada
  • Tekak rasa masam
  • Sesak nafas
  • Kerap sendawa

Sekiranya anda mengalami simptom berikut, anda dinasihatkan untuk berada dalam keadaan bersiap sedia dengan ubat-ubatan.

Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak ataupun bayi juga boleh mengalami penyakit GERD ini.

Kanak-kanak atau bayi akan mengalami tanda tersebut:

  • Menangis dengan berterusan
  • Bayi berada dalam keadaan tidak selesa
  • Kurang menyusu
  • Asyik batuk

Ibu bapa atau penjaga perlu berjaga-jaga sekiranya anak-anak mengalami tanda ini:

  • Berat bayi tidak bertambah
  • Tidak mahu menyusu
  • Bernafas dengan laju
  • Muntah 

Rawatan Penyakit GERD Berkesan

penyakit gerd

Setiap masalah pastinya ada rawatan atau penyelesaiannya. Antara rawatan yang boleh digunakan untuk merawat penyakit GERD:

  1. Amalkan Gaya Hidup Sihat
penyakit gerd

Tidak dapat dinafikan lagi, aktiviti seperi bersukan atau bersena dapat membantu badan berada dalam keadaan yang sihat dan bagus. Seterusnya dapat menurunkan berat badan.

Untuk penyakit ini, anda disarankan untuk mengawal berat badan anda. Ini akan membantu badan anda berfungsi dengan lebih lancar.

Kurangkan atau elakkan pengambilan kopi, air berkarbonat dan juga makanan yang pedas.

Elakkan baring selepas makan. Tunggu beberapa jam. Apabila tidur, naikkan kepala sedikit.

  1. Pengambilan Ubat-Ubatan
  • H- receptor antagonist: ubat ini bertindak untuk mengurangkan rembesan jus gastrik ke dalam perut. Ubat ini juga dapat mengurangkan penghasilan asid dalam perut.
  • Antacids: ubat ini bertindak untuk meneutralkan asid yang berada dalam perut. Ubat ini bersifat alkali.
  • Proton-pump inhibitor: ubat ini bertindak untuk menghentikan penghasilan asid hidroklorik dalam perut. 
  1. Pembedahan

Pembedahan ini merupakan jalan terakhir sekiranya dua rawatan seperti amalan gaya hidup sihat dan juga ubat-ubatan tidak dapat membantu anda. 

Pembedahan dilakukan di bahagian atas perut yang dipanggil fundus yang akan dijahit mengelilingi bahagian bawah esofagus. 

Pembedahan ini dilakukan untuk menguatkan lagi otot sfinkter supaya dapat menghindari asid berpatah balik. Pembedahan ini dinamankan ‘Fundiplication’.

Kesimpulannya, penyakit GERD ini satu penyakit yang juga digeruni oleh setiap individu. Penyakit sememangnya tidak begitu teruk, tetapi bahaya kepada kanak-kanak dan bayi.

Setiap individu hendaklah peka dengan kesihatan diri sendiri. Risiko untuk maut kepada penyakit ini mungkin jauh, tetapi sebarang kemungkinan boleh berlaku. 

Sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat agar badan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bagus untuk melakukan aktiviti harian.

Namun, jika anda berminat untuk mengambil langkah awal dalam mencegah masalah seperti GERD, kami sarankan Seraimas Kurma Hidayah Plus keluaran Seraimas.

penyakit gerd

Oleh kerana kurma mempunyai kandungan serat yang tinggi, Seraimas Kurma Hidayah adalah sangat bagus untuk diambil bagi kesihatan pencernaan.  

Jadi selepas mengambil Seraimas Kurma Hidayah Plus ini, masalah sembelit anda akan dapat diatasi.

Seraimas Kurma Hidayah ini mengandungi pelbagai makanan

yang terbaik seperti:

  •  Delima
  •  Goji
  •  Kismis
  •  Buah Tin
  •  Kurma
  •  Madu

Selain itu, Seraimas Kurma Hidayah Plus ini juga sesuai untuk ibu mengandung, selepas bersalin, kanak-kanak dan membantu meningkatkan kecerdasan kanak-kanak.

Dapatkan Kurma Hidayah Plus Di Sini

More Posts

en_USEN