Apabila bercakap mengenai kolestrol, ramai yang beranggapan mereka yang berbadan besar sahaja yang akan berhadapan dengan masalah ini. Sebenarnya kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah tidak bergantung pada saiz badan seseorang.
Tidak pelik jika seseorang memiliki badan kurus tetapi mempunyai masalah kolesterol. Tapi kita perlu peka terhadap gejala-gejala kolesterol agar dapat membantu anda menurunkan kadar kolesterol dalam darah anda.
Makanan kurang kolesterol bukan sahaja boleh membantu individu untuk mengawal paras kolesterol di dalam darah, namun ia juga boleh menghindarkan dariada serangan sakit jantung.
Kolesterol juga boleh didapati daripada makanan berasaskan haiwan seperti daging lembu, ayam dan sebagainya. Jika ia berada pada paras tinggi dan tidak terkawal, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan.
Jom jaga kolestrol pada jantung kita!
Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan kurang sihat, lebih-lebih lagi dipadankan dengan gaya hidup kurang aktif sudah tentu akan memberi kesan pada jantung.
1. Amal pemakanan ‘jantung sihat’
Makanan berlemak dan berkolesterol tinggi meningkatkan faktor risiko penyakit jantung. Kurangkan makanan bergoreng, pilih yang dikukus, dipanggang atau dibakar.
Hadkan juga makanan yang tinggi dengan gula, minyak dan garam. Tingkatkan pengambilan serat makanan. Ia membantu mengawal paras kolesterol dan glukosa dalam darah.
2. Ketahui status kolesterol
Penyakit jantung sering dikenali sebagai pembunuh senyap. Lakukan saringan kesihatan secara berkala untuk mengesan paras kolesterol tinggi. Ujian kolesterol itu boleh dibuat di klinik swasta, klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran dan makmal persendirian.
3 .Kekal aktif
Aktiviti fizikal terutamanya senaman aerobik membantu menguatkan otot jantung, mengurangkan stres, memperbaiki metabolisme dan meningkatkan paras kolesterol baik dan Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan senaman selama 30 minit sehari, sekurang-kurangnya lima hari seminggu.
Sebagai permulaan lakukan aktiviti di sekeliling anda seperti menggunakan tangga berbanding lif. Guna pengangkutan awam atau berjalan kaki ke tempat restoran berdekatan berbanding menaiki kereta.
Mesti anda nak paras kolestrol anda cantik kan? Ni cara untuk kekalkannya dengan 3 jenis makanan
- Sayur-sayuran dan buah-buahan dapat kekalkan paras kolestrol
- Makanan tinggi lemak sihat bantu kekalkan kadar kolestrol seperti avakado, minyak zaitun, & kekacang dan bijan)
- Pilihlah kekacang tanpa tambahan garam
Perubahan gaya hidup ke arah lebih sihat sangat penting untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan berpanjangan. Anda juga boleh mencegah dan mengawal melalui perubahan gaya hidup yang sihat lantas menikmati kehidupan lebih gembira bersama orang disayangi. Perubahan terbabit bukan saja melindungi jantung anda tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
Selain itu, terdapat alternatif lain yang boleh diamalkan oleh golongan yang berusia. SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen ini boleh dijadikan sebagai minuman tambahan untuk golongan yang berusia 40 tahun ke atas lebih cergas untuk beramal.
AWAS! kepada kolestrol tinggi. Hindarilah makanan yang mempunyai tinggi lemak dan pilihlah makanan yang mempunyai nutrisi yang lebih sihat.
Penemuan 23 herba dalam 1 membantu pelbagai masalah kesihatan dengan penemuan 23 herba seperti Mengkudu, Habbatus Sauda, Aprikot, Delima, Kunyit, Buah pala, Senduduk Putih, Mahkota Dewa, Teja lawang, dan banyak lagi.
Kini, anda boleh dapatkan SeraiMas Kurma Hidayah Plus di mana-mana toko jamu yang berhampiran dengan anda atau di atas talian Facebook rasmi SeraiMas https://www.facebook.com/seraimasHQ dan website https://seraimas.my/backup
atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 013-7825282.
#KanMakDahCakap jaga kesihatan selalu, bukan di hari tua baru anak jaga.