YANG SUKA MAIN SAHAM TU TAK NAK CUBA KE SAHAM NI…

Table of Contents

Kita harus seimbangkan kehidupan antara dunia dan akhirat..Tapi zaman sekarang ni terbalik pula, ramai yang kejarkan dunia sahaja akhirat di abaikan..

Sesungguhnya dunia ni adalah tempat persinggahan yang sementara jer,walaupun sementara tapi macam-macam boleh buat kat dunia ni untuk kita kumpul saham akhirat cumanya kita tak rebut peluang tu..

Sedikit perkongsian daripada Hidayah Talk by Dai Wan yang boleh di kongsi bersama dalam tajuk “Saham Akhirat Wujud Di Dunia” seperti di bawah :

  •  Sungai di alirkan untuk kepentingan orang ramai

Mengalirkan air secara baik dan bersih ke tempat-tempat orang yang memerlukannya seperti untuk sumber makanan dan minuman.

  •  Sedekah amal jariah

Amalan yang terus mengalir pahalanya seperti memperbanyakkan sedekah kepada anak – anak yatim contohnya memberi makanan kepada mereka atau perkara -perkara yang memberikan manfaat kepada mereka seperti membina jalan raya.

  •  Wariskan kitab-kitab agama

Menyumbangkan kepada orang yang memerlukan seperti menyumbang al-quran di sekolah-sekolah, surau r&r dan masjid-masjid.

  • Ilmu yang bermanfaat

Berkongsi ilmu yang boleh memberi manfaat kepada orang lain dan jika ilmu itu digunakan oleh orang lain Inshaallah kita akan dapat pahala tu juga.

  •  Menginfakkan harta benda

Harta yang diberikan sebagai sedekah, termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembangunan seperti mendirikan rumah anak yatim, maahad tahfiz, tanah perkuburan dan rumah oarng-orang tua.

  •  Doa daripada anak yang soleh

Anak yang soleh akan selalu berbuat kebaikan di dunia dan anak soleh juga pahalanya akan sampai kepada orang tua yang mendidiknya.

  •  Membina tempat untuk orang bermusafir

Membangun rumah musafir atau pondok bagi orang-orang yang bermusafir untuk berehat sebentar mahupun untuk bermalam dan memberi kebaikan adalah suatu amalan sangat di tuntut dalam islam.

Dunia boleh kita kejar, tak kan saham akhirat tak boleh kan?? Jom ramai-ramai kita kumpul bekalan saham akhirat ni.. Rugi kalau tak ambil peluang yang ada ni dan jangan menyalah gunakan bagi tujuan lain seperti di dalam hadis Rasulullah S.A.W bersabda :


– ”Barangsiapa tujuan hidupnya adalah dunia, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya”

– “Barangsiapa yang niat atau tujuan hidupnya adalah negeri akhirat, Allah akan mengumpulkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina. ”

TERKINI:

SeraiMas HQ akan memberikan 5,000 sample SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen secara percuma.

Caranya, anda perlu saksikan Hidayah Talk by Dai Wan di page Fb SeraiMas HQ

dan jangan lupa follow untuk ketahui segala maklumat dan aktiviti kempen yang dijalankan oleh SeraiMas.

Selamat Menonton

More Posts

ms_MYMS