Kehamilan adalah waktu yang paling bahagia buat semua bakal ibu. Kehadiran cahaya mata adalah rezeki yang diberikan oleh Allah SWT untuk pasangan yang sedang melalui fasa-fasa bahtera perkahwinan.
Penting untuk bakal ibu mengetahui apa yang perlu dilakukan dan perlu dielakkan ketika hamil bahkan artikel ini juga sesuai dibaca terutamanya untuk ibu hamil yang baru pertama kali mengandung dan sedang melalui fasa Trimester Pertama.
APA ITU TRIMESTER PERTAMA & SIMPTOM YANG BERLAKU?
Trimester pertama adalah fasa awal yang perlu ditempuh oleh bakal-bakal ibu. Tempoh bagi Trimester pertama ini ialah 1 – 3 bulan (1 Minggu – 12 Minggu). Penting untuk bakal ibu menjaga kandungan pada fasa ini kerana pembentukan janin sedang berlaku di dalam badan dan bakal ibu juga akan mengalami perubahan fizikal & tubuh badan.
Antara simptom yang kerap berlaku dalam fasa ini adalah :
- Mual-Mual
- Badan lemah
- Pening kepala
- Sakit perut
- Berat badan bertambah
- Emosi tidak menentu
Namun diingatkan setiap simptom yang berlaku ini berbeza-beza mengikut tahap kesihatan ibu hamil. Jadi penting untuk bakal ibu sentiasa pantau kesihatan kendiri dan kandungan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
PANTANG LARANG SEMASA TRIMESTER PERTAMA
Bagi yang pertama kali melalui proses kehamilan amat penting untuk anda elakkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan keburukan ketika kehamilan. Jadi ini antara perkara & perbuatan yang boleh dielakkan ketika anda berada dalam fasa Trimester Pertama.
- Minum minuman berkafein
- Mengambil produk tenusu
- Makan makanan laut yang tinggi merkuri
- Menghisap rokok
- Menyalahgunakan dadah
Segala perbuatan yang di atas perlu dielakkan untuk mengurangkan risiko kepada kerosakan janin dalam kandungan hingga menyebabkan komplikasi seperti kecacatan, keguguran atau kelahiran bayi pra matang.
RASA LETIH & LESU KETIKA AWAL KEHAMILAN
Kami percaya kebanyakan dari ibu hamil tentunya sering berasa letih dan kurang tenaga seharian. Mana tidak pembawakan bayi yang berterusan kadang kala memberi kesan sampingan khususnya tenaga ibu hamil.
Bukan itu sahaja, kami juga percaya ibu hamil juga kerap berasa mual, loya, sembelit dan ini menambahkan lagi kerisauan jika simptom kronik berlaku seperti High Blood (HB) Low atau Ibu hamil mengalami masalah kencing manis atau Gestational Diabetes (GDM).
Kurma Hidayah Plus sinonim dengan jus mampu milik yang menggabungkan pelbagai khasiat seperti Madu, Kurma Buah Tin, Kismis, Goji dan Delima. Bagi anda yang tidak tahu, buah delima adalah buah yang sesuai dimakan untuk ibu hamil dan terdapat banyak khasiat didalamnya. Antara khasiat yang ada ialah :
- Kaya dengan Asid Folic
- Kaya dengan Zat Besi
- Dapat mengelakkan Kekejangan (Cramp)
- Vitamin C
- Kaya dengan Anti-Oksida
Jus Kurma Hidayah Plus ini amat sesuai diamalkan kerana ianya membantu menyihatkan kesihatan ibu hamil sebelum dan selepas bersalin serta dapat membantu mengurangkan faktor kesihatan lain seperti batuk, resdung, sembelit, gastrik dan beri tenaga tambahan kepada ibu hamil.
Sempena Year End Sale kembali lagi dan sudah semestinya SeraiMas tidak terlepas memberikan potongan harga yang istimewa kepada pelanggan tetap dan pelanggan baru SeraiMas. Jom dapatkan harga promosi produk SeraiMas sekarang bermula dari 1 Disember 2021 sehingga 7 Januari 2022. Boleh klik link disini untuk sebarang pertanyaan wasap.my/+60137825282/YES
Kini, anda boleh dapatkan SeraiMas Kurma Hidayah Plus di atas talian Facebook rasmi SeraiMas https://www.facebook.com/seraimasHQ dan website www.seraimas.my atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 013-7825282.
Jom dapatkan SeraiMas Kurma Hidayah Plus sekarang!