Raya tahun ni PKP lagi.. Seperti yang dijangka, pengumuman ‘tidak boleh balik kampung’ oleh Perdana Menteri Malaysia 4 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia. Berduyun-duyun netizen meluahkan perasaan mereka di media sosial. Rata-ratanya menzahirkan rasa rindu dan risaukan ibu bapa yang jauh di kampung.
Macam manalah agaknya keadaan mereka di sana.. Dengan kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, siapalah yang tak risau kan?
Rindu..
Ya, semua orang rindu keluarga tersayang. Lebih-lebih lagi mak ayah atuk nenek yang sudah lanjut usia. Kita risaukan kesihatan dan keselamatan mereka. Kudrat, tenaga dan kemampuan mereka sudah tidak seperti zaman muda dahulu. Perubahan fizikal menyebabkan tubuh mereka semakin tidak berdaya.
Menjengah masuk umur 50-an, ia adalah waktu yang amat signifikan dalam agama untuk menjalani proses persiapan kejiwaan dan kerohanian. Namun, dalam masa yang sama, kekuatan fizikal dan produktiviti yang semakin menyusut menyebabkan pergerakan mereka terbatas lalu menyukarkan mereka daripada menunaikan ibadah dan menjalankan aktiviti keagamaan dengan selesa.
Di saat mereka meniti usia tua, perhatian dan kasih sayang daripada insan bernama anak adalah satu nikmat besar yang cukup menggembirakan. Walaupun berada jauh di perantauan, ia bukan penghalang untuk memastikan keperluan dan kebajikan keluarga tersayang di kampung halaman lengkap sempurna. Kebahagiaan anak di perantauan adalah apabila dapat membahagiakan orang tua walaupun dari jauh.
Jadi apa yang kita boleh buat untuk membahagiakan mereka di kala pergerakan di seluruh negara dihadkan?
- Selalu bertanya khabar
Sekerap mana kita menghubungi ibu bapa kita? Setiap hari? Seminggu sekali? Jika sebelum ini kita jarang-jarang bertanya khabar, inilah peluang kita untuk membina dan mengeratkan semula kekuatan perhubungan atau bonding kita dengan ibu bapa.
Gunakanlah kemudahan teknologi yang ada. Jadikan bertanya khabar sebagai rutin harian. Selalulah menelefon ibu bapa. Bagi yang mempunyai telefon pintar (smartphone), buatlah panggilan video (video call). Kita juga boleh menghantar mesej suara (voice message) atau video pendek. - Tempah perkhidmatan membersih dan membaiki rumah
Tahukah anda, kita kini boleh menempah perkhidmatan membersih dan membaiki rumah melalui aplikasi smartphone seperti Kaodim, ServisHero, Maideasy dan banyak lagi?
Kita hanya perlu muat turun aplikasi ke dalam smartphone, daftar dan pilih servis yang kita nak tempah untuk ibu bapa kita. Pastikan kita isi alamat rumah ibu bapa di kampung dan maklumkan kepada mereka yang kita ada menempah slot untuk membersih dan membaiki rumah pada sekian tarikh.
Jika alamat tempat tinggal ibu bapa tidak termasuk dalam kawasan perkhidmatan aplikasi berkenaan, kita boleh cuba mencari penyedia perkhidmatan luar talian (offline) di kawasan setempat ataupun mengupah orang-orang yang tinggal berdekatan dengan ibu bapa kita.
- Belikan barang keperluan rumah
Sama seperti poin 2 di atas, kita boleh belikan barang keperluan rumah seperti peralatan memasak, TV, sofa, katil dan sebagainya untuk ibu bapa kita melalui aplikasi yang sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, Shopee dan Lazada.
Terdapat juga kedai-kedai setempat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah. Pembelian boleh dibuat di laman sesawang kedai berkenaan atau melalui aplikasi WhatsApp. - Belikan barang dapur basah
Bagi memastikan kesihatan ibu bapa tersayang terus terjaga, amalan pemakanan sihat perlu dititikberatkan bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan dan mencegah penyakit-penyakit kronik. Melalui makanan sihat yang dimasak sendiri di rumah, kita dapat mengawal jenis dan kuantiti bahan-bahan yang digunakan.
Dan, amalan makan secara sihat bermula dari bahan mentah yang kita beli. Jadi, apa salahnya kita belikan barang dapur basah untuk ibu bapa kita. Amalkan konsep halalan toyyiban semasa memilih sayur-sayuran, buah-buahan, daging, ayam, dan ikan. Selidik dan periksa dengan teliti sebelum membuat pembelian atas talian. - Hadiahkan suplemen kesihatan
Seiring bertambahnya usia, keperluan nutrien individu juga berubah. Ini adalah kerana penuaan mempengaruhi proses penyerapan, penggunaan dan perkumuhan. Maka kombinasi makronutrien, vitamin, mineral, serat dan air adalah sangat penting untuk membekalkan nutrien yang mencukupi.
Selain daripada menyediakan bahan dapur basah yang segar lagi menyihatkan, kita boleh membantu ibu bapa kita melengkapkan keperluan nutrien mereka dengan menghadiahkan suplemen kesihatan seperti Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen. Raja segala herba ini yang diperkaya dengan 23 herba terpilih, antaranya seperti madu, buah tiín, kismis, kurma merah, apricot, delima, lada pintal, cengkih, kunyit, buah pala, senduduk putih, mahkota dewa, habbatus sauda, mengkudu, teja lawang dan herba terpilih lain adalah pembantu kesihatan terbaik kepada ibu bapa kita. InsyaAllah.
- Kirimkan doa
Berbakti kepada orang tua adalah perintah agama setelah berbakti kepada Allah SWT. Begitu tinggi kedudukannya orang tua dalam ajaran Islam.
Daripada Abu ‘Abdirrahman Abdullah bin Mas’ud RA, dia bercerita:
Aku pernah bertanya kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Amal apakah yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala?” Rasulullah menjawab, “Shalat pada waktunya.”
“Lalu apa lagi?” tanyaku. Rasulullah pun menjawab, ‘Berbakti kepada orang tua.”
“Kemudian apa lagi?” tanyaku lebih lanjut. Maka Rasullullah menjawab: “Jihad di jalan Allah.”
Anak yang soleh tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya di dunia dan akhirat. Sentiasalah sedekahkan al-fatihah, surah yasin dan kirimkan doa kepada ibu bapa kita.
Jarak bukan penghalang jalinan kasih antara ahli keluarga yang berjauhan. Jadi usah jadikan jarak sebagai alasan untuk kita tidak berhubungan langsung dengan ibu bapa di kampung dan membiarkan mereka bersendirian sehingga mereka rasa terabai.
Asbab pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, kini pepatah jauh di mata bukan saja dekat di hati, malah dekat di jari. Norma baharu ini telah membuka mata lebih ramai orang tentang banyaknya perkara yang kita boleh laksanakan secara atas talian hanya dengan menggunakan smartphone.
Kita haruslah memahamkan ibu bapa kita akan situasi semasa yang tidak mengizinkan kita pulang beraya di kampung. Semoga mereka faham dan tidak timbul isu marah atau sedih pada anak-anak yang tidak balik. Santuni mereka biarpun semuanya terpaksa dibuat atas talian.
Jauh atau dekat, tanggungjawab kepada ibu bapa tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan dua individu paling berharga dalam kehidupan kita.
Anda juga boleh dapatkan SeraiMas Hidayah Gold di jamu-jamu berdekatan anda. Untuk memudahkan urusan anda, kami juga telah senaraikan kedai berdekatan di link di bawah.
Semak lokasi kedai terdekat dengan anda & dapatkan Seraimas Hidayah Gold sekarang!