Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung: Kepentingan Vitamin dan Suplemen Kesihatan

Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung

Table of Contents

Ibu mengandung haruslah mengamalkan pemakanan yang sihat tidak kira selepas mahupun sebelum bersalin. 

Terdapat beberapa makanan tambahan ibu mengandung yang boleh diamalkan.

Tahukah anda, vitamin mahupun suplemen sangat membantu kepada sistem badan ibu mengandung?

Suplemen atau vitamin ini merupakan ubatan kecil yang mengandungi nutrisi mikro.

Ibu yang disahkan mengandung haruslah mula mementingkan pengambilan makanan mahupun ubat-ubatan. Penyediaan makanan yang sihat dan baik harus menjadi keutamaan.

Ini kerana pemakanan ibu mengandung ini akan memberi kesan kepada janin atau kandungan dan juga kepada diri sendiri.

Suplemen atau vitamin yang mengandungi magnesium contohnya, sangat membantu dalam fungsi sel anak dalam kandungan. 

Kandungan dalam suplemen mahupun vitamin juga harus diteliti.

Diingatkan, tidak semua suplemen dan vitamin kerana terdapat suplemen yang tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kepentingan Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung

Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung

Ramai ibu mengandung akan mula mempersoalkan, adakah penting untuk mereka mengambil suplemen mahupun vitamin semasa dalam keadaan hamil?

Persoalan ini timbul adalah kerana mereka menginginkan yang terbaik kepada kandungan dan juga diri mereka.

Antara tindakan yang boleh diambil oleh ibu mengandung adalah mengamalkan diet yang seimbang. Diet ini bukan bermaksud mengawal pemakanan dengan ketat seperti mahu kurus.

Diet yang seimbang ini adalah memilih makanan yang dapat memberikan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan juga kandungan.

Ibu mengandung boleh mengambil pemakanan yang mengandungi pelbagai sumber untuk memastikan vitamin dan mineral yang hendak disalurkan mencukupi.

Pengambilan suplemen mahupun vitamin ini mula menjadi salah satu makanan tambahan ibu mengandung adalah kerana ada ibu mengandung yang mengalami alahan terhadap makanan.

Ada ibu mengandung yang akan muntah, pening, tidak berdaya setelah mengambil pemakanan tertentu.

Jadi, penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan mengambil suplemen dan juga vitamin. Ini adalah untuk memastikan ibu dan kandungan berada dalam keadaan baik.

Ini adalah kepentingan mengambil makanan tambahan ibu mengandung yang boleh diamalkan.

Jenis Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung

Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung

Sekiranya terdapat ibu mengandung yang mempunyai masalah dalam mengambil pemakanan tambahan, mereka digalakkan untuk mengambil suplemen dan vitamin.

Pengambilan ini bukan sahaja untuk kesihatan ibu, malah untuk proses tumbesaran kandungan. Pengambilan vitamin dan suplemen ini juga dapat mengurangkan risiko kecacatan.

Berikut merupakan nutrien dan vitamin yang boleh ditekankan:

  • Vitamin D

Vitamin D ini adalah berfungsi sebagai penguat kepada tulang. Malah vitamin D ini juga dapat berfungsi untuk menguatkan sistem pertahanan badan.

Vitamin D ini akan membantu bayi untuk menguatkan tulang dan juga gigi bayi. 

Ibu mengandung akan menghadapi masalah sekiranya kurang pengambilan vitamin ini. Antaranya ialah kelahiran pramatang, diabetes gestasi dan risiko pembedahan cesarean.

  • Kalsium 

Kalsium ini tidak asing lagi kepada ibu mengandung untuk mendapatkan tulang yang kuat. Kalsium ini bukan sahaja penting kepada ibu mengandung, malah kepada individu lain juga.

Kebaikan kalsium yang mungkin tidak ketahui orang ramai ialah kalsium penting sepanjang kehamilan untuk mengelakkan kekejangan otot kaki ibu mengandung.

  • Asid Folik

Asid folik ini turut dikenali sebagai vitamin B9. Vitamin atau asid ini juga berfungsi untuk membantu penghasilan DNA, sel darah merah dan tumbesaran bayi.

Asid folik ini juga dapat mengelakkan daripada berlakunya kecacatan bayi. Kecacatan ini lebih kepada saluran, otak dan tulang belakang bayi.

  • Zat Besi

Zat besi amatlah penting kepada ibu mengandung. Zay besi juga dapat memberi kepada ibu mengandung.

Antara kebaikannya ialah dapat mengelakkan daripada risiko kelahiran pramatang. 

Tips Pengambilan

  • Baca terlebih dahulu kandungan yang terdapat dalam suplemen yang hendak dibeli atau diambil. Seterusnya baca arahan terlebih dahulu.

Ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang perlu dilakukan ataupun apa yang ada dalam suplemen yang akan diambil.

  • Berbincang dahulu dengan doktor pakar atau ahli farmasi. Perbincangan ini adalah untuk mengetahui keperluan yang betul kepada ibu mengandung dan kandungan.
  • Elakkan daripada mengambil vitamin atau suplemen yang bukan dicadangkan oleh doktor pakar atau ahli farmasi.
  • Pastikan vitamin dan suplemen mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kesimpulannya, makanan tambahan ibu mengandung ini sememangnya dapat sedikit sebanyak membantu para ibu mengandung untuk menjalani kshiudpan seharian mereka.

Jangan pernah mengambil mudah dengan kesihatan ibu mahupun kandungan. Sentiasa pastikan dua insan ini mendapat kesihatan yang bagus.

Seraimas Kurma Hidayah Plus juga boleh dijadikan sebagai makanan tambahan ibu mengandung untuk memastikan kesihatan ibu dan kandungan.

Seraimas Kurma Hidayah Plus ini juga boleh membantu menjana perkembangan minda anak-anak dan juga bayi yang masih dalam kandungan.

Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung

Anda boleh jadikan Seraimas Kurma Hidayah Plus sebagai agen untuk memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.

Anda tidak perlu risau dengan kandungan dalam Seraimas Kurma Hidayah Plus. Kandungannya dijamin halal dan bagus untuk tubuh badan.

Antaranya:

  • Delima
  • Goji
  • Kismis
  • Buah Tin
  • Kurma
  • Madu

More Posts

ms_MYMS