Adakah anda berasa kurang bertenaga dan lesu sepanjang masa?
Kadang-kadang ia berlarutan berhari-hari dan berminggu-minggu sehinggakan fokus anda terganggu?
Perkara ini merupakan fenomena yang biasa dalam kalangan mereka yang penat bekerja ataupun yang masih sedang belajar.
Jom kita baca artikel ini untuk tahu jenis-jenis makanan tambah tenaga yang anda dapat amalkan supaya lepas ini anda lebih bertenaga!
11 Makanan Tambah Tenaga Yang Anda Mesti Cuba
Makanan tambah tenaga ini tidaklah susah untuk didapati. Anda boleh dapatkannya di mana-mana pasaraya yang berdekatan.
Berikut merupakan makanan tambah tenaga yang anda perlu cuba:
- Oat
Oat merupakan makanan yang kaya dengan serat dan pelbagai nutrien dalam bentuk vitamin dan mineral.
Makanan berkabohidrat kompleks ini dapat membantu badan kita mengeluarkan tenaga dengan lebih lancar.
Ia juga mengandungi serat larut (beta-glucan) yang membentuk gel tebal apabila dicampurkan dengan air.
Oat dicerna secara perlahan-lahan, jadi, tenaga yang dibekalkan untuk badan anda akan bertahan untuk jangka masa yang agak lama.
- Mentega kacang
Mentega kacang sangat enak jika disapukan keatas roti kan?
Meskipun mentega kacang adalah kategori makanan berkalori tinggi, ia dapat membantu menambahkan tenaga.
Protein, lemak dan serat yang diambil dalam kadar yang bersesuaian dapat membantu mencegah rasa lapar.
Malah, ia dapat mengekalkan tahap gula dalam darah kita.
- Ubi keledek
Ubi keledek merupakan sumber tenaga berkhasiat yang kaya dengan serat dan karbohidrat kompleks.
Selain keenakan rasanya, ia juga merupakan sumber tenaga yang dapat bertahan lama.
Hal ini adalah kerana serat yang terkandung dalam ubi keledek dicerna secara perlahan-lahan.
Disamping itu, ubi keledek mengandungi vitamin A dan C untuk bantu meningkatkan tahap imunisasi badan.
- Pisang
Pisang adalah antara makanan yang dapat membekalkan tenaga secara pantas untuk badan anda.
Hal ini kerana ia mengandungi tiga jenis gula iaitu glukosa, fruktosa dan juga sukrosa yang diserap kedalam darah secara pantas.
Ini juga bermaksud tahap darah anda adalah stabil kerana anda tidak akan mengalami penurunan sukrosa.
Pisang yang kaya dengan potasium, vitamin B6 dan karbohidrat ini juga mudah dibawa kemana-mana.
- Ikan berlemak
Ikan berlemak merupakan sumber asid lemak, protein dan vitamin B yang baik untuk diet anda.
Contoh ikan berlemak seperti tuna dan salmon mengandungi asid lemak omega-3 yang penting untuk membantu mengatur emosi anda.
Kandungan vitamin B12 dan D dapat membantu mengawal keletihan dan membantu meningkatkan tenaga secara semula jadi.
Ikan berlemak juga baik untuk jantung dari segi penghindaran kolesterol buruk dan dapat menurunkan tekanan darah.
- Telur
Ramai yang gemar memilih telur sebagai pembekal tenaga dipagi hari sebelum memulakan hari yang panjang.
Telur yang direbus boleh dijadikan sebagai makanan ringan yang dapat dijadikan alas perut ketika kurang bertenaga.
Dalam sebiji telur mengandungi 6 gram protein dan 70 kalori dapat membantu memastikan kadar gula dalam darah adalah stabil.
- Ayam
Ayam merupakan makanan yang sangat enak, lagi-lagi jika digoreng secara rangup!
Namun, kategori ayam yang sihat untuk dimakan adalah ayam tanpa kulit kerana sumber proteinnya adalah lebih berkhasiat.
Sekeping ayam panggang beserta sayur-mayur yang dikukus yang dimakan sewaktu makan tengah hari dapat memberi kekenyangan yang agak berpanjangan.
- Coklat gelap
Coklat merupakan manisan enak yang dapat merangsang hormon dan fungsi otak serta mengatur emosi.
Namun, coklat yang lebih berkhasiat adalah coklat gelap kerana kandungan gulanya adalah lebih rendah berbanding coklat susu.
Coklat gelap mengandungi lemak rendah dan antioksidan yang melindungi sel dan memastikan tekanan darah adalah pada tahap normal.
- Air
Air merupakan sumber yang amat penting untuk kelangsungan hidup semua makhluk.
Dehidrasi atau kekurangan air boleh menjadi punca anda keletihan dan kelesuan.
Hal ini kerana 60% berat tubuh badan kita mengandungi air dan terlibat dalam pelbagai fungsi termasuklah penghasilan tenaga.
Pastikan anda minum air yang secukupnya sepanjang hari okay?
Terutamanya apabila selepas melakukan senaman ataupun aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak.
- Kopi
Kopi merupakan antara sumber tenaga yang terpantas untuk mendapatkan tenaga.
Kebanyakan daripada kita gemar minum kopi pada waktu pagi ataupun waktu malam ketika mengejar tarikh akhir projek.
Kafein yang terkandung dalam kopi amat berkesan dari segi memperkuatkan fokus dan juga dari segi peningkatan tenaga.
Namun, hati-hati untuk tidak mengambil kopi secara berlebihan kerana ia dapat menyebabkan anda sukar untuk mendapatkan tidur yang cukup!
- Tembikai
Selain daripada air, tembikai dan melon dapat membantu mengatasi dehidrasi atau kekurangan air.
Hal ini kerana tembikai memiliki kandungan air sekitar 90%, agak tinggi kan?
Sebab itulah kita akan berasa sangat segar ketika makan tembikai terutamanya ketika musim panas.
Jadi dapat disimpulkan disini bahawa terdapat banyak betul kan makanan tambah tenaga yang dapat kita ambil?
Makanan tambah tenaga yang telah kami senaraikan diatas bukan sahaja kaya dengan nutrien, malah, enak dan juga berkhasiat.
Menariknya, antara makanan tambah tenaga yang lain juga turut terkandung dalam SeraiMas Kurma Hidayah Plus.
Bahan yang terkandung dalam SeraiMas Kurma Hidayah bebas daripada gula sintetik, tekstur dan rasa jus ini adalah dari manisan bahan semulajadi.
Di samping membantu menjana perkembangan minda pelajar dan kanak-kanak, bayi dalam kandungan turut dapat menikmati khasiatnya.
Anda boleh dapatkan Seraimas Hidayah Gold untuk dijadikan sebagai pembantu anda dalam mengekalkan badan yang sihat.
Seraimas Kurma Hidayah ini mengandungi pelbagai makanan
yang terbaik seperti:
- Delima
- Goji
- Kismis
- Buah Tin
- Kurma
- Madu