Jika kita lihat masyarakat sekarang mula menunjukkan minat untuk melibatkan diri dengan aktiviti bersukan dan ianya merupakan salah satu gejala yang sangat baik dan sihat untuk kita semua. Tapi tanpa kita semua sedar terdapat juga masalah yang boleh wujud berikutan daripada aktiviti yang kita lakukan ketika bersukan iaitu Kekejangan Otot.
Menurut Portal Hello Doctors, Kekejangan otot merupakan sebuah fenomena di mana otot pada tubuh badan kita mengalami pengecutan (“contractions”) secara tidak terkawal dan langsung tidak relaks. Apabila berlaku kekejangan otot, individu yang terlibat akan berasa otot mereka kecut lalu berasa sakit yang terlampau.
Otot yang selalunya mengalami masalah kekejangan ini ialah otot pada betis, paha, punggung, dada serta tangan. Ini kerana otot-otot inilah yang sering kali digunakan secara berlebihan oleh orang tetapi gagal melakukan sedikit aktiviti renggangan ”stretching” otot sebelum digunakan.
PUNCA – PUNCA BERLAKUNYA KEKEJANGAN OTOT
Terdapat banyak punca yang boleh berlakunya kekejangan otot antaranya ialah:
Otot Keletihan : Kekejangan otot boleh berlaku sekiranya otot mengalami keletihan yang mana otot mengalami tindakan pressure yang berlebihan yang menyebabkan kesukaran untuk mengecut dengan berterusan kerana tidak dapat menyingkirkan bahan toksik yang terkumpul di dalam otot.
Tidak “warm-up” : Bagi anda yang suka bersukan amat penting untuk anda melakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti. Ianya membantu otot anda lebih bersedia untuk proses mengembang dan mengecut dengan sempurna.
Apabila anda tidak melakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu, anda akan lebih mudah mengalami masalah kekejangan otot serta merasakan sakit yang sangat melampau terutamanya di bahagian peha dan betis.
Otot Yang Kurang Aktif : Salah satu punca lagi yang boleh mengakibat kekejangan otot ialah apabila anda kurang menggunakan otot – otot di anggota badan anda. Hal ini boleh dikaitkan dengan ibu-ibu yang sedang hamil dan warga emas.
Kami percaya ibu hamil kerap mengalami kekejangan otot ketika fasa kehamilan ini kerana mereka memikul beban kandungan yang berat dan berasa susah untuk sering bergerak apabila kandungan sudah semakin matang.
Bagi golongan warga emas pula, kebanyakkan daripada mereka akan mula berasa sakit dan menghadkan aktiviti harian mereka dan situasi ini menyebabkan saiz otot mengalami kecutan. usteru ini akan mengundang masalah kekejangan pada otot tersebut kerana tidak mempunyai pergerakan yang aktif dalam tempoh masa yang lama.
RAWATAN BERSESUAIAN BAGI KEKEJANGAN OTOT
Antara rawatan dan pencegahan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini :
-
- Sekiranya ia berlaku adalah dengan merenggangkan otot yang terlibat. Panjangkan kaki serta bengkok jari ke arah badan dan berikan sedikit tekanan ke atasnya sekiranya kekejangan berlaku di bahagian betis. Mungkin ianya akan berasa sedikit sakit pada awalnya tapi ianya dapat melegakan kesakitan selepas beberapa saat anda aplikasikan teknik ini.
- Pastikan badan anda mendapat bekalan air yang mencukupi kerana air adalah sumber utama oksigen otot bagi melancarkan proses pengembangan dan pengecutan otot dengan sempurna.
- Selain dari bekalan air mencukupi, pengambilan sayur-sayuran dan buah – buahan juga penting kerana ini akan membantu anda meningkatkan kuantiti bahan mineral dalam badan anda.
Jom kita saksikan pengalaman sebenar testimoni Seraimas Herb yang pernah mengalami masalah kekejangan otot :
Amacam? Dahulu sebelum mengamalkan Seraimas Losyen Terapi Anggun, badan selalu cramp, urat sering tersimpul, kadang kala bila duduk terlalu lama juga akan mengalami masalah kejang otot apabila hendak bangun. Ini antara permasalahan yang dikongsikan menerusi video pengalaman testimoni di atas.
Namun setelah menggunakan produk Seraimas Losyen Terapi Anggun, tindak balas untuk mengurangkan rasa kesakitan itu sangat cepat bahkan menurut pengalaman testimoni di atas sapu-sapu je alhamdulillah boleh terus bangun walaupun duduk dengan terlalu lama. Jadi untuk anda yang mengalami masalah yang sama jangan lupa untuk dapatkan produk Seraimas Losyen Terapi Anggun ini sekarang.
KEMPEN TERIMA KASIH SERAIMAS DAN PERADUAN KONGSI & MENANG
Istimewa untuk anda Kempen Terima Kasih SeraiMas yang bermula pada 25 Januari 2022 ini dilanjutkan hingga 28 Februari 2022, jadi jangan terlepas peluang untuk memenangi hadiah istimewa dengan menyertai “Peraduan Kongsi & Menang”.
Caranya sangat mudah, anda perlu selfie bersama produk-produk SeraiMas yang pernah anda gunakan sebelum ini dan kongsikan detik-detik indah itu beserta caption penghargaan dan #TerimaKasihSeraiMas di dalam Facebook atau Instagram anda. Pemenang bertuah akan dipilih dan hadiah Istimewa menanti anda.
Untuk anda yang ingin dapatkan SeraiMas Losyen Terapi Anggun. Anda boleh dapatkan produk di atas talian Facebook rasmi SeraiMas https://www.facebook.com/seraimasHQ dan website www.seraimas.my atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 013-7825282.
Jom dapatkan SeraiMas Losyen Terapi Anggun sekarang!