HAYATI PERJALANAN PENGGUNA BERSAMA #CERITASERAIMAS ~

Table of Contents

Kekal hidup sihat adalah merupakan kunci asas yang perlu ada bagi sebuah keluarga. Penjagaan kesihatan yang rapi mampu mempengaruhi minda serta emosi manusia, secara tidak langsung ia akan menjadikan kehidupan kita lebih bahagia. Berikutan itu, kami di SeraiMas tampil dengan edisi Siri #CeritaSeraiMas sebagai salah satu platform untuk pengguna berkongsi ceritera kehidupan mereka bersama masyarakat tentang apa yang dilalui.
Siri #CeritaSeraiMas ini adalah satu rangkaian episod ringkas yang memaparkan realiti kehidupan pengguna sebelum dan selepas menggunakan produk keluaran SeraiMas. Siri ini bukan sekadar memberikan penerangan berkenaan dengan kualiti produk, namun turut melihat sisi kepercayaan pengguna yang menjadikan produk kami sebagai salah satu alternatif untuk membantu mereka dalam rawatan susulan.
Perkongsian siri #CeritaSeraiMas ini telah bermula sejak awal bulan Ramadhan lagi. Perkongsian realiti kehidupan ini turut memaparkan kesusahan kehidupan pengguna berikutan penyakit yang di alaminya. Antara pemaparan produk yang ditunjukkan dalam siri ini adalah terdiri daripada Jus Hidayah Gold, Jus Kurma Hidayah dan Losyen Terapi Anggun. Jangan lupa saksikan siri episod #CeritaSeraiMas pada setiap hari Jumaat, jam 9:00 malam ini di laman Facebook SeraiMas HQ kami.
KLIK SINI —->  Episode #CeritaSeraiMas

More Posts

ms_MYMS