Memiliki zuriat pastinya idaman setiap pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga bagi melengkapkan mahligai yang dibina. Lebih seri lagi rumah tangga dengan kehadiran zuriat sendiri hasil daripada perkahwinan yang dibina.
Namun,yang berkahwin pada usia 30-an, berita kehamilan biasanya dinanti sebaik saja melangkah ke alam rumah tangga. Ketika ini, ramai wanita mula membuat
persediaan dari sudut mental dan fizikal.
Realitinya, peluang untuk hamil adalah berbeza bagi setiap wanita. Ia mungkin mudah untuk sesetengah orang, namun boleh jadi sukar atau hampir mustahil bagi sebilangan wanita lain.
Ada juga sekarang yang tengah strunggle bertahun-tahun untuk dapatkan zuriat tapi masih gagal sehingga sekarang. Ini tidak bermakna wanita yang tidak
berpeluang untuk hamil, selamanya tidak akan hamil selagi ada usaha dan ikhtiar. Selain itu, pada masa yang sama terdapat pelbagai soalan berunsur
sensitif yang sering diajukan daripada orang luar kepada pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan zuriat. Antaranya seperti:
- dah berapa lama kahwin?
- bila nak bertiga?
- tak pergi berubat ke?
Ingin tahu rahsia untuk hamil? Nampak mudah tapi sebenarnya tidak. Ramai pasangan berkahwin masih bergelut untuk menimang cahaya mata berbanding dengan pasangan muda, mungkin kehamilan tidak menjadi fokus pada tahun pertama bergelar suami isteri.
5 CARA UNTUK HAMIL DENGAN MUDAH, CUBALAH!
Pelbagai cara cepat hamil telah anda cuba tetapi keputusan masih negatif? Jom baca ni
1. Tahu waktu subur anda
Salah satu cara untuk meningkatkan peluang kehamilan adalah dengan mengetahui dan mencatat bila waktu anda paling subur.
2. Mengira kitaran haid
Penting ke mengira kitaran haid? Jawapannya ya. Terdapat segelintir wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur dan hal ini amat membantu wanita untuk menganggar waktu kesuburan dengan lebih tepat. Kitaran haid wanita boleh berubah daripada 28 hingga 35 hari. Bagaimanakah cara untuk mengira tempoh kitaran haid anda? Kiraan bermula daripada hari pertama datang haid sehingga hari sebelum haid seterusnya berlaku.
3.Tidak mengamalkan gaya hidup aktif yang berlebihan
Gaya hidup aktif sangat bagus diamalkan, tapi tidak dilakukan secara berlebihan kerana boleh mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri. Hentikan sebarang tabiat yang tidak sihat seperti pengambilan minuman beralkohol, merokok, minuman tinggi kafein dan yang mengandungi banyak gula. Dalam erti kata mudah, mulakan gaya pemakanan seimbang.
4. Jaga berat badan
Berlebihan atau kekurangan berat badan boleh mempengaruhi kesuburan anda. Bagi wanita, kandungan lemak dalam badan boleh mempengaruhi kitaran haid. Wanita berlebihan atau kekurangan berat badan mungkin mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan kurang berovulasi, sekaligus merendahkan peluang mereka untuk hamil. Lelaki berlebihan atau kekurangan berat badan cenderung mempunyai kepekatan sperma rendah, manakala lelaki obes pula dikaitkan dengan mati pucuk. Amalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan bersenam selalu.
5. Elakkan stress
Setelah beberapa kali mencuba untuk mengandung tetapi menemui kegagalan pasti akan menyebabkan wujudnya tekanan. Elakkan daripada memberikan tekanan dan desakan kepada pasangan.
Untuk mendapatkan hubungan intim yang berjaya, ia memerlukan kerjasama dua hala. Siapa tahu kali ini anda berdua akan mendapat perkhabaran gembira.
Bagi pasangan yang dah lama berkahwin dan masih menunggu berita gembira ini, janganlah berputus asa dalam mencuba untuk hamil.
Walaubagaimanapun, wanita yang sukar hamil dan sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat, wajar merancang proses kehamilan sekurang-kurngnya dalam tempoh enam bulan pertama.
Sebagai seorang wanita, mesti terdetik rasa risau walaupun sedikit kan? Namun, kalau anda ingin ikhtiar secara tradisional boleh cuba amalkan makanan yang membantu melancarkan peredaran darah seperti Kunyit, Halia, dan Akar serapat.
Tapi sebelum tu, nak kongsikan sedikit kelebihan minuman Siedaara yang menjadi rahsia kesihatan wanita seperti:
- Menstabilkan hormon
- Mencegah kemurungan
- Merawat rahim selepas bersalin
- Melancarkan peredaran darah
- Membantu kitaran haid dengan lebih teratur
Amalan minum jamu dan herba dari zaman nenek moyang lagi kini telah diformulasikan khas pelengkap untuk wanita moden masa kini yang ingin kekalkan tradisional dalam merawat kesihatan dalaman mereka termasuk ikhitiar dan persediaan untuk hamil.
Buat pasangan pejuang dua garis yang masih berharap berita baik tentang kedatangan orang baru dalam rumah tangga mereka anda masih belum terlambat untuk bertindak.
Kini, anda boleh dapatkan SeraiMas Siedaara di atas talian Facebook rasmi SeraiMas https://www.facebook.com/seraimasHQ dan website https://seraimas.my/backup
atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 013-7825282.