AWAS DENGAN BARANG TIRUAN! NAMPAK SERUPA TAPI TAK SAMA.

Table of Contents

Lambakan produk tiruan di Malaysia bukanlah sesuatu isu yang baru dibangkitkan, malah ia telah berlarutan sejak bertahun-tahun lamanya. Walaupun pihak berkuasa telah melaksanakan undang-undang dan pelbagai operasi dijalankan, namun masih terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab terus aktif menjalankan aktiviti penjualan barangan tiruan.

Di sini terdapat beberapa cara dan panduan yang anda boleh ikuti untuk mengenalpasti sesuatu produk itu adalah asli seperti pemerhatian kepada bungkusan luar seperti hologram security, hologram KKM, dan logo syarikat pada kotak produk.

Kebiasanya kualiti pada cetakan, bahan kotak, rupa bentuk dan sebagainya pada poduk tiruan adalah pada tahap rendah. Belilah produk dari pengedar yang sah dan boleh dipercayai.

Namun, untuk memastikan produk itu berdaftar dan asli, perhatikan label pembungkusan pada kotak atau pembalut produk dan pastikan ia mempunyai maklumat lengkap seperti nama pengeluar, pengilang, tarikh pembungkusan, tarikh luput, dan paling utama nombor pendaftaran serta hologram meditag KKM.

Di sini terdapat 3 langkah yang boleh anda mengenalpasti sesuatu produk tersebut original atau tiruan. Sila rujuk gambar di bawah untuk lebih lanjut.

CARA IMBAS HOLOGRAM SECURITY

CARA IMBAS HOLOGRAM KKM

KENALPASTI LOGO SYARIKAT PADA KOTAK PRODUK

Kita sebagai pengguna haruslah bijak dalam mengenalpasti barangan yang asli ataupun tiruan. Ketelitian membaca label sebelum adalah sangat penting bagi mengelakkan kesan buruk yang boleh berlaku terhadap kesihatan.

Apabila kita sebagai pelanggan mendapati peniaga yang menjual barangan tiruan lebih-lebih lagi barangan yang boleh memudaratkan kesihatan, pengguna hendaklah segera membuat aduan kepada pihak berkuasa dan jangan ambil tindakan tidak ambil peduli

Kecenderungan pelanggan membeli barangan tiruan mendatangkan impak negatif kepada ekonomi negara. Menjadi pengguna yang bijak dan lestari adalah untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat yang lain.

Sebarang aduan dan cadangan boleh terus menghubungi kami atau whatsapp di nombor 0137825282.  PASTIKAN TULEN BARU BELI.

‘Pastikan original, scan dulu baru beli’

SeraiMas, Raja Segala Herba

More Posts

ms_MYMS