4 Petanda Kencing Manis Yang Anda Mesti Tahu

kencing manis

Table of Contents

Seperti yang anda tahu, kencing manis merupakan satu penyakit yang sangat berbahaya. Penyakit ini sememangnya antara penyakit yang tinggi dihidap oleh rakyat Malaysia.

Penyakit ini terjadi akibat kekurangan insulin ataupun badan tidak dapat menghasilkan insulin kepada badan.

Insulin berfungsi untuk mengawal para gula dalam darah. Kekurangan hormone insulin ini boleh mendorong kepada penyakit ini.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui tanda-tanda kencing manis yang patut diketahui.

4 Petanda Kencing Manis

Tanda-tanda kencing manis ini boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat awal dan peringkat akhir. 

Artikel ini akan memberitahu anda tanda-tanda peringkat awal agar anda dapat mengetahui lebih awal atau sebagai langkah berjaga-jaga sebelum terkena penyakit ini.

Antara tanda awal ialah:

  1. Penurunan Berat Badan
kencing manis

Setiap individu sememangnya menginginkan penurunan beat badan. Tetapi percayakah anda bahawa penurunan berat badan secara tiba-tiba ini merupakan salah satu tanda seseorang itu menghidap kencing manis?

Hal ini kerana badan tidak dapat membakar lemak atau otot untuk dijadikan gantian sumber tenaga ini.

Ini disebabkan oleh insulin yang sepatutnya berkerja untuk mencerna gula untuk digunakan oleh sel badan tidak dapat dihasilkan.

  1. Cepat Haus Dan Kerap Buang Air Kecil

Kerap haus juga merupakan salah satu tanda awal dimana seseorang individu itu menghidap diabetes atau kencing manis. 

Hal ini adalah kerana badan akan bertindak terhadap gula yang tinggi di dalam darah dan akan mengurangkan kepekatan gula melalui air kencing.

Kehilangan air yang banyak secara langsung akan menyebabkan pesakit senang berasa haus

  1. Cepat Berasa Lapar

Selain daripada berasa haus, lapar juga boleh menjadi tanda awal kencing manis.

Kandungan gula dalam badan pesakit yang tinggi boleh menyebabkan badan menjadi lesu dan tidak bertenaga.

Hal ini kerana kandungan insulin yang mengawal kandungan gula tidak dapat mengawal gula dengan betul yang menukarkan gula ke bentuk tenaga.

Ini akan membuatkan badan pesakit lesu dan tidak bermaya. Pesakit secara berterusan akan makan untuk mencari sumber tenaga.

  1. Mengalami Masalah Kulit

Masalah atau jangkitan kulit juga menjadi tanda awal penyakit penyakit ini. Hal ini kerana imuniti pesakit untuk melawan bakteria atau penyakit sudah berkurang.

Kekebalan kulit untuk menahan penyakit kurang memuaskan.

Ingat, tidak semua penyakit kulit ada kaitan dengan kencing manis.

Tips Mencegah Kencing Manis

kencing manis
  1. Jaga Pengambilan Makanan

Cara pemakanan yang tidak sihat ini menjadi punca utama hadirnya penyakit kencing manis ini. Pemakanan yang tidak teratur dan juga tidak terkawal ini sememangnya tidak boleh diamalkan.

Dalam pemakanan, perkara atau bahan yang selalu anda perlu lihat adalah kandungan gula. Gula dalam makanan sangat memainkan peranan dalam mencegah penyakit ini.

Seterusnya, pengambilan serat juga dapat membantu mengurangkan risiko seseorang itu daripada menghidapi penyakit ini.

Hal ini dikatakan demikian kerana serat ini dapat membantu anda untuk cepat berasa kenyang.  

Untuk minuman pula, pengambilan air mineral atau air kosong amatlah penting. Air kosong ini dapat menambahkan cecair dalam badan. 

Air kosong ini dapat mengelakkan paras gula meningkat. Ini akan membuatkan badan anda selamat. Anda digalakkan untuk mengambil minuman manis pada masa yang tertentu sahaja.

  1. Bersukan Dan Bersenam

Bersukan dan bersenam ini merupakan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Aktiviti ini dapat membantu mengurangkan risiko daripada menghidap penyakit ini.

Aktiviti bersukan dan bersenam ini dapat membuatkan badan atau sel dalam badan menjadi lebih sensitif kepada insulin. 

Semakin tinggi intensiti bersukan atau bersenam anda, semakin tinggi peratusan sensitif sel tubuh terhadap insulin. Ini akan membuatkan badan anda lebih peka kepada kandungan gula.

  1. Kawalan Berat Badan

Kebanyakan mempunyai masalah berat badan berisiko tinggi untuk menghidap kencing manis. 

Terdapat lemak viseral yang boleh menyebabkan keradangan dan kerintangan kepada insulin seterusnya mendorong untuk menghidap penyakit ini. 

Ini bermaksud, semakin banyak lemak yang anda kurangkan, semakin kurang risiko untuk menghidap penyakit ini. 

  1. Berhenti Merokok

Seperti yang anda tahu, merokok sememangnya dapat memberi kesan negatif kepada mana-mana individu sekalipun. 

Aktiviti merokok ini boleh menyebabkan meningkatnya risiko penghisap rokok itu untuk menghidap penyakit ini. 

Kandungan yang ada dalam rokok boleh menyebabkan sel-sel menjadi rosak seterusnya akan mengganggu kerja atau tugasan setiap sel. Ini membuatkan sel tidak mendapat manfaat daripada badan.

Kawal Kencing Manis Dengan Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen

kencing manis

Setiap penyakit akan ada ubatnya. Ubat yang anda boleh ikhtiarkan adalah dengan Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen. 

Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen ini diperkuatkan dengan formula 23 raja herba khusus kepada pesakit penyakit 3 serangkai iaitu darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.

Antara herba yang digunakan ialah madu, delima, rumpai laut, habbatus sauda, mengkudu, kismis, aprikot, senduduk putih dan banyak lagi.

Jika dilihat kepada bahan herba yang digunakan sememangnya bagus kepada tubuh badan. Perkara bagus sebegini hendaklah diamalkan.

Seseuai kepada pesakit diabetes yang perlu mengawal pemakanan. Kandungan dalam Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen sememangnya bagus. 

Untuk mendapatkan kebaikan maksimum dari Hidayah Gold, disarankan untuk anda mengambil 1 jam sebelum makan atau ketika perut kosong.

Anda boleh mengambil Seraimas Hidayah Gold ketika perut kosong. Ini akan membantu anda untuk terus rasa bertenaga dalam hari-hari anda.

Kesimpulannya, penyakit kencing manis ini tidak boleh dipandang rendah kepada mana-mana individu. Hal ini kerana penyakit dapat memudaratkan kehidupan anda.

Sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat agar badan sentiasa berada dalam kedaan yang baik dan bagus untuk melakukan aktiviti harian.

Anda boleh dapatkan Seraimas Hidayah Gold untuk dijadikan sebagai pembantu anda dalam mengekalkan badan yang sihat.

Seraimas ini menjaminkan produk yang halal dan juga diolah daripada herba dan makanan Sunnah. Produk Seraimas ini adalah sesuai untuk keguaan seisi keluarga.

Dapatkan Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen sekarang juga!         

More Posts

ms_MYMS