Mendapatkan makanan untuk ibu mengandung yang sihat adalah penting untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi terpelihara.
Terdapat banyak pilihan makanan serta supplemen ibu mengandung yang boleh diambil semasa tempoh kehamilan. Namun, setiap ibu hamil perlu bijak merancang pelan pemakanan untuk setiap peringkat kehamilan.
Secara umum, rancangan pemakanan semasa kehamilan perlu mengandungi nutrien-nutrien seperti:
– Karbohidrat
– Protein
– Vitamin dan mineral
– Lemak sihat
– Serat
– Air mencukupi
Berikut adalah cadangan 19 makanan berkhasiat yang enak untuk dimakan ketika anda hamil mengikut 3 peringkat kehamilan (trimester).
Anda juga akan mengetahui cadangan makanan tambahan khusus untuk ibu hamil.
13 Makanan Untuk Ibu Mengandung Mengikut Peringkat Kehamilan
Fasa Trimester Pertama (minggu ke-4 hingga 13)
Dalam fasa ini, para ibu perlu mengambil makanan yang kaya dengan khasiat seperti vitamin A, folat dan beta karotena untuk menyokong pembentukan sel dan perkembangan organ bayi yang berlaku secara cepat.
1. Lobak Merah dan Beras Perang
Nasi membekalkan karbohidrat untuk tenaga, namun dengan bertukar kepada beras perang, anda juga boleh mendapatkan khasiat folat, serat dan zat besi. Jamah bersama lobak merah untuk mendapatkan beta karoten.
2. Asparagus atau Brokoli
Pelbagaikan sajian hijau seperti asparagus atau brokoli di dalam menu anda. Makan bersama yogurt.
3. Sup Sayur Bayam atau Kacang Pis
Sayur-sayuran hijau seperti bayam dan kacang pis kaya dengan folat. Jadikannya sup kurang garam dengan menambah jus lemon sebagai juadah tengahari.
4. Limau
Buah-buahan sitrus seperti limau memang kaya dengan zat folat dan beta karoten. Jadikannya sebagai minuman jus yang menyegarkan.
5. Bijirin bran
Bijirin bran diperkaya mengandungi asid folik dan zat besi dan merupakan snek yang mudah disediakan. Makan bersama beberapa potong pisang untuk mendapatkan khasiat folat.
5. Ubi Keledek
Ubi keledek kaya dengan beta-karotin dan vitamin A yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat. Boleh dimakan sebagai snek yang dicampur dengan yogurt.
7. Roti Mil Penuh
Selepas membakar roti, sapukan sedikit marjerin untuk juadah petang.
Fasa Trimester Kedua (minggu ke-14 hingga 27)
Pada trimester kedua, anda boleh mempelbagaikan pemilihan makanan seharian. Pilih makanan kaya protein, zat besi, omega dan DHA yang baik untuk perkembangan otak bayi. Khasiat seperti kalsium dan vitamin D adalah penting semasa fasa ini.
Khasiat-khasiat lain yang penting adalah:
– Magnesium untuk perkembangan tulang dan membantu badan anda untuk menukarkan makanan kepada tenaga.
– Zat besi membantu untuk menghasilkan sel-sel darah merah untuk bayi.
8. Susu
Pengambilan susu untuk ibu hamil amatlah penting kerana ianya kaya dengan kalsium dan magnesium untuk membantu perkembangan tulang dan gigi bayi anda. Jika anda alah produk tenusu, pilih soya seperti dadih soya, taufu dan tempeh.
9. Kentang bakar dengan kacang panggang
Kentang bakar dengan kacang panggang merupakan hidangan yang kaya dengan magnesium, zat besi dan serat.
10. Buah-buahan kering
Buah-buahan kering seperti aprikot, kurma dan buah tin mengandungi kalsium dan zat besi, dan merupakan makanan untuk ibu mengandung yang boleh dimakan pada bila-bila masa.
Anda juga boleh mendapatkan khasiat ini di dalam satu produk makanan tambahan.
Ketahui bagaimana anda boleh mendapatkan khasiat dengan 6 herba terbaik
11. Sardin atau Tuna
Sardin mengandungi kalsium dan juga omega 3 yang baik untuk perkembangan otak bayi. Sediakan sebagai menu makan tengahari yang boleh dimakan bersama roti atau nasi.
12. Buah Delima
Buah delima kaya dengan zat besi, kalsium protein dan serat. Ia bukan sahaja bagus untuk ibu malah buah delima sering digelar sebagai salah satu makanan sunnah.
13. Ayam
Ayam mengandungi sumber protein yang tinggi terutamanya bahagian dada. Kurangkan pengambilan bahagian ayam yang mempunyai banyak lemak.
14. Yogurt
Yogurt adalah snek yang kaya dengan kalsium. Makan bersama buah-buahan seperti beri hitam untuk dijadikan sebagai snek.
15. Madu
Madu adalah makanan yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Ibu mengandung harus pandai membezakan madu asli dan tiruan yang ditambah gula.
16. Mentega Kacang
Kacang mentega atau mentega dari mana-mana kacang mengandungi lemak sihat dan merupakan sumber baik magnesium dan zat besi. Sapukan pada roti bijirin penuh untuk dijadikan snek petang.
Fasa Trimester Ketiga (minggu ke-28 hingga kelahiran)
Pada trimester ketiga, vitamin C, serat, vitamin K dan tiamina (vitamin B1) adalah sangat penting. Pastikan hidangan mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin yang lengkap kerana ia sangat penting untuk pertumbuhan bayi.
17. Buah-buahan Segar
Nikmati buah-buahan segar yang penuh dengan vitamin C serta serat. Sediakan buah-buahan seperti buah kiwi, strawberi, tembikai dan betik sebagai snek.
Vitamin C membantu badan anda menyerap zat besi daripada makanan dan menjaga kesihatan sistem imun anda. Ia juga memainkan peranan dalam membantu plasenta berkembang dan berfungsi dengan baik.
18. Salad avokado
Avokado mengandungi vitamin C, vitamin E dan serat. Hiris dan campur dengan kacang walnut yang kaya dengan vitamin K beserta hirisan limau. Tambah kuah salad jika anda mahu.
19. Air kosong
Walaupun air kosong tidak mempunyai nilai nutrisi, namun ia memiliki fungsi yang amat penting untuk melancarkan keseluruhan sistem tubuh.
Malah, ia mengembalikan kesegaran tubuh dan ‘menahan’ rasa lapar yang sering berlaku ketika hamil. Para ibu disarankan untuk minum sekurang-kurangnya dua liter air kosong sehari.
Kesimpulan
Terdapat banyak pilihan makanan sihat untuk ibu mengandung yang boleh dinikmati menikmati. Apa yang penting adalah para ibu mendapatkan khasiat yang secukupnya untuk melahirkan bayi yang sihat, comel dan sempurna tubuh badan.
Sekiranya anda sedang mencari makanan tambahan untuk ibu mengandung, kami syorkan Seraimas Kurma Hidayah Plus keluaran Serai Mas. Ia menggabungkan pelbagai makanan terbaik seperti:
– Madu
– Kurma
– Buah tin
– Kismis
– Goji
– Delima
Seraimas Kurma Hidayah Plus sangat sesuai untuk ibu-ibu mengandung, selepas bersalin dan membantu meningkatkan kecerdasan kanak-kanak. Ia juga bagus diamalkan secara berterusan dan dinikmati bersama seisi keluarga.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kebaikan Seraimas Kurma Hidayah Plus ini, klik sini.