Merkuri Musuh Utama Wanita!

Table of Contents

Seperti yang kita ketahui sahabat baik wanita sememangnya adalah kosmetik. Pelbagai jenis kosmetik yang mengandungi pelbagai bahan kimia. Namun, bahan terlarang seperti Merkuri sering mengaburi mata wanita untuk terus kekal cantik.
Berikutan itu terdapat kajian yang mendapati bahawa merkuri jenis elemental seperti quicksilver, ia mampu untuk meruap dan menyebabkan pencemaran pada udara persekitaran rumah sehingga lapan kali ganda lebih tinggi.
Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Hasni Jaafar  bahan ini berpotensi untuk menjejaskan sistem pernafasan kepada individu yang lain kerana kadar penyerapan ke dalam sistem darah adalah amat tinggi sebanyak 80%. Ia juga secara tidak langsung mampu menganggu sistem penghadaman, kesan dari pencemaran tersebut. Walaupun kadar penyerapan merkuri ke sistem edaran darah melalui kulit hanya sekadar sekitar 1% sahaja, namun penggunaan krim yang banyak dan keadaan kulit yang kering boleh meningkatkan kadar tersebut.
Sejujurnya, merkuri tidak organik ini juga sukar untuk melepasi selaput otak. Tetapi kesan yang berterusan ini boleh menyebabkan gangguan pada sistem saraf. Inilah antara sebab utama mengapa merkuri tidak dibenarkan untuk ramuan asas barangan kosmetik atas faktor mengakibatkan penyakit yang lebih berbahaya.
Tak takut lagi ke ?!!
Sebagai contoh :
Bayangkan korang sapu produk yang mengandungi bahan-bahan ini ke kulit, selepas itu korang mendukung atau bermain dengan anak. Tangan anak memegang-megang pipi yang telah sapukan produk. Selepas itu tangan dimasukkan ke mulut. Bahan-bahan yang terkandung dalam produk turut diserap ke dalam tubuh mereka.
Korang mungkin tak kisah tentang kesihatan sendiri. Tapi kadangkala kedegilan tersebut boleh menyebabkan mereka yang tidak bersalah mendapat bahana.
Jadilah pengguna yang bijak.

More Posts

en_USEN