“Aduh, sakitnya kepala ni berdenyut-denyut datang tiba-tiba. Tengah seronok makan juadah raya itu ini migrain datang menyerang. Terus hilang mood nak makan sedap-sedap kan?”
Bila migrain dah datang, boleh makan masa hingga berhari-hari. Punca migrain sebenarnya tidak diketahui secara tepat. Namun, ia boleh dicetus dalam beberapa sebab antaranya
- Perubahan hormon.
- Pengambilan sesetengah jenis ubat-ubatan.
- Kekurangan tidur dan sebenarnya, diet seseorang juga boleh menjadi pemicu migrain.
Untuk elak terkena migrain lagi? Jom tengok jenis-jenis makanan atau punca yang boleh menyebab migrain. Jaga-jaga dengan 5 jenis makanan ni yang boleh jadi semakin teruk.
- Pemanis tiruan : Pemanis tiruan atau artificial sweetener banyak digunakan sebagai alternatif bagi mereka yang mengalami diabetes atau yang ingin berhasrat menguruskan badan.
2. Coklat : Siapa jer tak suka coklat? Bukan wanita dan kanak-kanak jer suka coklat, hampir semua antara kita suka makan coklat. Biskut raya pun kebanyakkan semua ada coklat2 kan.
3. Makanan jenis bermasin: Makanan yang ditabur banyak garam seperti makanan bergoreng atau kerepek boleh menjadi punca migraine sesetengah orang. Garam atau sodium ni boleh menaikkan tekanan dalam darah lalu menyebabkan migrain.
4. Makanan yang berunsurkan daging: Orang kata kambinglah punca utama rasa pening kepala. Sebenarnya, pesakit darah tinggi yang selalu merasakannya kerana ia merupakan tindak balas daging akibat peningkatan isi padu darah apabila memakan daging kambing.
5. Kopi: Seperti yang kita tahu, kopi juga mengandungi kafein yang boleh menjadi punca sakit kepala.
TABIAT PEMAKANAN YANG BAIK JUGA PENTING
Jadi jika anda sering diserang migrain, cuba senaraikan semua jenis makanan yang anda makan supaya anda dapat mengenalpasti makanan yang menjadi puncanya. Elakkan makanan yang menjadi suspek dan lihat kesannya setelah anda menghindarkan makanan tersebut daripada diet harian anda.
Selain makanan-makanan di atas, sebenarnya pakar kesihatan mempercayai bahawa tabiat makan anda sehari-hari juga boleh mencetuskan migrain at. Anda mudah diserang sakit kepala jika anda:
- Makan tak tentu masa
- Tak minum air secukupnya
- Selalu skip makan
Namun seandainya anda masih sering diserang sakit kepala dengan kerap, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.
SIMPTOM DAN TANDA TANDA MIGRAIN YANG MUNGKIN ANDA TERLEPAS PANDANG
1. Sakit bahagian kepala yang berdenyut-denyut. Ia menjadi lebih teruk apabila seseorang itu melakukan sebarang aktiviti lain
2. Ia melibatkan sebelah bahagian kepala sahaja, sama ada kiri ataupun kanan. Ia berlaku dibahagian dahi berdekatan dengan kawasan mata. Tetapi ia juga boleh melibatkan kawasan kepala yang lain
3. Sakit tersebut mungkin boleh berlaku sehingga 3 hari
4. Mempunyai simptom rasa loya dan muntah-muntah
5. Selalunya pesakit sensitif terhadap cahaya dan bunyi yang kuat
6. Ada sesetengah pesakit yang mempunyai kelumpuhan tangan atau/dan kaki ketika mana migrain berlaku.
Bila dah dapat tahu punca dan simptom mesti nak tahu cara macam mana nak hilangkan migrain dengan urutan pulak kan?
Antara cara paling berkesan untuk menghilangkan migrain adalah dengan melakukan urutan. Mulakan dengan bahagian bahu, leher, tengkok dan belakang telinga dan seterusnya kepala. Urutan mampu membantu memperbaiki perjalanan darah di kepala selain membuat pesakit migrain rasa lebih selesa dan relaks yang mampu menghilangkan tekanan.
Musim-musim raya ni bukan Migrain je boleh kena serang, penyakit lain pun tengah mengintai tunggu nak masuk line kalau kita jenis yang tak ada pantang makan.
Awas membeli produk tiruan, scan dulu baru beli..Jadilah pengguna yg bijak dlm membeli barang. Dapatkan rangkaian produk SeraiMas secara sah di Rx Farmasi, Caring pharmarcy dan toko-toko jamu di seluruh Malaysia dan di website.
Pastikan original, scan dulu baru beli’
SeraiMas,
Raja Segala Herba