fbpx

SeraiMas Herbs Sdn. Bhd. (1227131-D)
No. 20, Industri Ringan Teres 3 Tingkat Jalan Teguh 2, Taman Industrian Labis 85300 Segamat, Johor

+6012 784 8364
info@seraimas.my

Raja Segala Herba

Blog

KENAPA ANTIOKSIDAN PENTING UNTUK TUBUH BADAN

Semua orang sedia maklum, apabila kita meningkat dewasa, akan ada sel-sel badan yang mula kurang memberikan zat sehingga menyebabkan aktiviti harian kita mula terganggu. Seperti kisah Pengasas SeraiMas Herbs Sdn Bhd, Pn. Sunita Bibi Bt Ali Akhbar, yang merupakan tulang belakang sebenar syarikat SeraiMas Herbs, dimana beliau telah mengamalkan herba semenjak muda sehingga kini. Mengapa herba menjadi pilihannya ? Ini kerana, beliau mempercayai bahawasanya khasiat herba itu sendiri mempunyai antioksidan dimana telah berjaya membantunya dalam melaksanakan aktiviti harian dengan lebih cekap. Dulu, Pn. Sunita sering mengalami sakit kaki kebas dan kaki kejang. Beliau ketika itu tidak menjumpai mana-mana suplemen ataupun produk yang boleh membantunya. Daripada situ, beliau mula mencari bahan herba untuk membantu dirinya sendiri. Alhamdulillah, hasil daripada titik peluh beliau, terciptalah Losyen Terapi Anggun yang diperbuat daripada pati serai wangi. Dengan terhasilnya losyen tersebut, masalah kesihatan beliau semakin berkurangan dan telah menjadikan tubuh badan beliau sentiasa segar dan sihat. Apakah yang menyebabkan tubuh badan mula kurang aktif ketika seseorang menginjak dewasa ?
  1. Diet yang tidak sihat
  2. Tekanan stress yang meningkat terutama untuk orang yang bekerja
  3. Usia semakin meningkat
  4. Jangkitan kuman
  5. Keadaan cuaca dan udara yang tidak sihat
Kesan daripada punca diatas, ia telah menyebabkan sel-sel badan mula menyerap radikal bebas. Oleh sebab itu, antioksidan penting dalam melawan kembali radikal bebas. Antioksidan boleh didapati daripada bahan semulajadi seperti herba. Anda boleh lihat dengan lebih lanjut kenapa antioksidan penting untuk tubuh badan dalam segmen video Selamat Pagi Malaysia bersama Pengasas dan Pengurus Besar SeraiMas Herbs Sdn Bhd. Secara kesimpulannya, semua produk kesihatan SeraiMas mempunyai agen antioksidan yang boleh membantu mencegah pelbagai masalah kesihatan terutama penyakit 3 serangkai yang membelenggu rakyat Malaysia. SeraiMas, Raja Segala Herba.

Sorry, the comment form is closed at this time.