fbpx

SeraiMas Herbs Sdn. Bhd. (1227131-D)
No. 20, Industri Ringan Teres 3 Tingkat Jalan Teguh 2, Taman Industrian Labis 85300 Segamat, Johor

+6012 784 8364
info@seraimas.my

Raja Segala Herba

Seraimas

Jika bicara soal hati, ramai yang memahami makna parut yang berbekas dihati. Ramai manusia yang sangat menitikberatkan ‘parut’ yang berperasaan ini. Namun, bagaimana pula dengan ‘parut’ yang berbekas pada tubuh badan kita? Sejenis parut yang meninggalkan kesan cela seperti hitam dan garisan yang telah merosakkan pemandangan kita sendiri saat melihatnya. Mesti rasa menjengkelkan dan rasa tidak selesa, bukan? Begitulah yang dirasai seorang testimoni berjaya pengguna SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen, Kak Zarinyan yang mengalami kesan parut dikaki dan tangan akibat daripada alergi semasa mengandung dan bisul yang telah mengganggu hidupnya. Sudah banyak cara digunakan untuk menghilankan parut gatal-gatal dan bisul yang kerap timbul dibadan Kak Zarinyan. Namun, semuanya kurang berhasil. Akhirnya.. berkat jamu kesihatan turun temurun daripada maknya sendiri, Kak Zarinyan memberanikan diri untuk mencuba SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen. Ternyata, SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen mampu menghilangkan parut-parut ditubuh badan Kak Zarinyan kerana kolagen yang terdapat didalamnya. Katanya, “kolagen yang terdapat didalam SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen langsung

Bila bercakap pasal tawakal, ramai yang faham konsep “usaha dulu, baru berdoa dan apa nak jadi, jadilah”. Tapi, macam mana pula dengan “habis akal, baru tawakal” ? Usaha dan akal bergerak seiring dalam membuat suatu pergerakan atau keputusan. Akal mendahului usaha dalam semua perkara. Ada juga yang melakukan sesuatu kerana bermula dari hati. Hendak menerangkan tentang isu akal dan hati ini memang agak rumit. Berbalik kepada topik “habis akal, baru tawakal” ini. Apa yang dimaksudkan dengan habis akal ialah apabila segala pemikiran yang terlintas telahpun dilakukan dan masih lagi tiada kesan yang kita mahukan. Seperti salah seorang testimoni berjaya SeraiMas yang menggunakan produk kesihatan Kurma Hidayah, dimana dia seorang surirumah yang sentiasa ceria dalam hidupnya. Sering berbual bersama rakan-rakan, bahagia disamping suami dan anak-anak tercinta serta mudah melaksanakan kerja rumah sebagai seorang suri. Namun, hendak dijadikan cerita. Allah itu mahu menguji keimanan seseorang hambaNya. Testimoni yang bernama Kak Didi ini disahkan menghidap penyakit ketumbuhan pada payudara. Sebuah

Rumah yang selesa, tenang dan teratur kebanyakannya pasti akan ada seseorang yang menguruskannya dari pagi sehinggalah kemalam. Jika pasangan suami isteri itu bekerja, sudah tentu amah yang dibayar untuk menguruskan rumah dan anak-anak. Jika pula suami sahaja yang bekerja, sudah tentu isteri mengambil tanggungjawab menjaga keamanan rumah, dan malam pula akan dibantu oleh suami tersayang. Namun, jika suaminya tiada.. bagaimanakah keadaan si isteri dengan anak-anak yang masih kecil untuk meneruskan kehidupan mereka? Sumber : Google Bayangkan.. ibu yang dulunya gagah dan sihat mampu menjaga anak-anak yang masih kecil sambil membuat pekerjaan sambilan, tiba-tiba ibu jatuh sakit.. bagaimanakah agaknya keadaan rumah ketika itu? Macam mana pula dengan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya daripada ibu mereka? Semestinya ibu yang tidak sihat itu terpaksa menggagahkan juga diri mereka untuk menguruskan anak-anak. Ibu tunggal tiada tempat mengadu. Semua perkara terpaksa ditanggung sendiri

Sejak-sejak ada #10yearschallenge ini, ramai yang mengambil peluang untuk meletakkan perbezaan diri mereka 10 tahun yang lalu dengan yang terkini. Ada yang dulunya hodoh kini sudah semakin cantik. Ada yang dulunya sebiji buah kereta kini telah ada lima keenam buah kereta. Dan ada juga yang dulunya sihat kini sudah jatuh sakit.. Pasti ada dikalangan kita lagi-lagi golongan pencen yang sudah berumur 50 tahun dan keatas, yang merindui zaman mereka muda-muda dulu kala bukan ? Apakah yang menyebabkan perubahan drastik dari segi kesihatan yang dulunya masih boleh membuat kerja berat dan beraktiviti seperti berjoging atau memanjat gunung, tetapi kini segala aktiviti tersebut terpaksa disekat kerana atas faktor-faktor kesihatan yang tertentu. SeraiMas Herbs Sdn Bhd faham akan keadaan ramai orang terutamanya daripada rakyat Malaysia sendiri dimana kebanyakan golongan pencen yang berumur 50 tahun dan keatas ini sudah mula menghidapi pelbagai penyakit. Antara penyakit biasa golongan pencen 50 tahun dan keatas ini hadapi tidak lain dan tidak bukan ialah tiga

Cuti lama bakal hadir lagi ! Tak sabar rasanya hati ini nak berjalan-jalan bersama keluarga dan rakan-rakan. Tetapi.. dalam kegembiraan dan keterujaan yang dirasai itu, sudahkah anda mempersiapkan segala keperluan diri dan kelengkapan bercuti ? Untuk keperluan penjagaan wajah semasa bercuti semestinya menjadi suatu kewajipan buat mereka yang sangat-sangat menjaga kecantikan diri. Tidak kira kemana sahaja mereka pergi.   Antara produk penjagaan wajah yang wajib dibawa semasa bercuti ialah, Sabun wajah/pencuci muka Wajah sentiasa terdedah dengan kotoran. Peranan sabun adalah untuk membuang sebum yang hadir dikulit muka supaya tidak menyebabkan kemunculan jerawat. Herbal Beauty Soap Ratna Skincare didatangkan dengan 4 jenis, Whitening & Moisturize, Acne & Oily Skin, Sensistive Skin & Sinus.   Sunblock/Sunscreen Sangat penting untuk mengelakkan muka daripada terkena sunburn. Wajah akan menjadi kusam dan menggelupas apabila terkena pancaran matahari yang terlalu lama. SeraiMas Perfection Cream Ratna Skincare hadir dengan dua jenis iaitu Natural untuk

Bagi yang ada anak-anak belajar jauh di asrama, para ibu bapa semua sudah yakinkah memberikan yang terbaik untuk bekalan mereka di sekolah atau universiti sana ? Kehidupan pelajar yang belajar jauh daripada keluarga dan menetap di asrama tidak sama seperti anak-anak yang menjadi pelajar sekolah harian. Semestinya, anak-anak yang menjadi pelajar asrama perlu menguruskan segala hal keperluan dirinya dengan sendiri. Kerana itu, pernah viral suatu ketika dahulu, disebuah sekolah berasrama penuh, dimana temuduga untuk kemasukan pelajar baharu perlu diuji dengan cara menggosok pakaian menggunakan peralatan elektronik iaitu sebuah sterika. Teknik menggosok itu perlu diasah dari awal supaya mereka tidak hadir ke sekolah dengan pakaian yang berkedut, kerana sebelum ini, segala keperluan pelajar diuruskan oleh ibu dirumah. Selain daripada teknik menggosok yang perlu ibu bapa terapkan kepada anak-anak, banyak lagi perkara penting yang perlu kita didik supaya anak-anak yang bakal belajar disekolah berasrama atau

Baru-baru ini tular di Facebook dan Harian Metro tentang seorang abah yang mendapat kejutan kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru, yang menetap di Felda Pahang. Pemberian tersebut telah dirancang oleh adik beradik keluarga tersebut semenjak November 2018 lagi. Tahun lepas sahaja, telah banyak video atau cerita yang tular di laman sosial atau mana-mana media penerbitan tentang anak-anak yang membalas jasa ibu dan abah dengan pemberian sebuah kereta. Tidak kira lah kereta berjenama apa sekalipun. Figure 1 Harian Metro 01.01.2019 Semua menggunakan dasar niat untuk membalas jasa ibu dan abah yang telah berjaya membesarkan mereka adik beradik sehingga besar, bekerjaya dan beranak pinak. Apalah sangat jika dibalas jasa ibu dan abah itu hanya dengan pemberian sebuah kereta baharu, sedangkan jasa ibu dan abah kita lebih besar pengorbanannya daripada apa yang mampu dibalas.. Adakah anda hanya mahu melihat sahaja orang lain dah berjaya membuatkan ibu dan

Tahun yang baru semestinya hadir dengan azam yang baru. Pengalaman manis atau pahit yang lama kita jadikan peringatan dan kenangan yang membuatkan kita semakin faham tentang erti kehidupan. Siapa disini yang masih mahu kenangan lama berulang lagi pada tahun baru 2019 ? Bayangkan, semasa tahun 2018 yang lalu kita sering jatuh sakit. Jika bukan kita sendiri pun yang terkena, lihat ibu atau orang terdekat yang seringkali sakit-sakit badan, stress, migrain, selsema, batuk, demam dan sebagainya sehingga menyebabkan mereka seringkali mengadu kesakitan, ulang alik ke klinik/hospital dan sentiasa mengeluh sepanjang masa.   Masihkah ada yang mahu ulangi lagi pengalaman itu ? Itulah apa yang dirasai seorang surirumah yang menjadi pengasuh anak-anak asuhan dirumahnya. Menjadi surirumah sahaja sudah mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dibereskan. Ditambah dengan kerja sambilan sebagai pengasuh anak-anak kecil, makin bertambah-tambah tanggungjawab dan tugasan yang hendak diselesaikan. Masa juga menjadi lebih banyak dihabiskan dengan

Kerana berniat untuk memberi kepada seseorang, alhamdulillah, diri sendiri turut merasa sebuah pemberian daripada orang lain. Apakah pemberian yang dirasakan itu ? Sesungguhnya, niat atau doa yang dihulurkan kepada seseorang pastinya akan sampai kepada diri sendiri juga. Mengapa? Pernahkah anda mendengar kata-kata ini, “sekiranya kita mendoakan seseorang yang baik-baik, kita juga akan dapat perkara yang baik-baik.” #KeretaUntukAbah diikhtiarkan daripada kisah seorang anak yang teringin menghadiahkan abahnya sebuah kereta demi membalas jasa dan pengorbanan yang telah banyak dilakukan demi keselesaan hidup anaknya. Dengan kerjasama bersama #ToyotaMalaysia, akhirnya pengasas kempen Kereta Untuk Abah (KUA) ini telah berjalan sejak September 2018 sehinggalah Februari 2019. Berkat daripada niat yang baik, ramai yang telah mengikuti kempen Kereta Untuk Abah dengan membuat pembelian bersama produk penjagaan wajah Ratna Skincare dengan nilai RM50 sahaja dengan harapan mereka mampu memberikan hadiah utama sebuah kereta berjenama hebat iaitu Toyota C-HR yang bernilai RM 148,000.00 ! Selain

Sudahkah anak-anak yang duduk di bandar atau duduk berjauhan daripada mak ayah menelefon mak ayah bertanyakan khabar mak ayah di kampung ? Bukan sahaja setakat bertanyakan khabar, tetapi mengambil tahu akan bagaimana mak ayah kita menjalani aktiviti seharian ? Adakah mak ayah kita sihat-sihat sahaja atau ada terjatuh sehingga terluka dimana-mana bahagian tubuh badan merekan pada hari itu ? [caption id="attachment_10634" align="aligncenter" width="300"] Sumber : Internet[/caption] Kebanyakan mak dirumah menjadi surirumah sepenuh masa. Ada juga sesetengah mak sekarang yang mengambil keputusan untuk mengisi masa lapang dengan membuat kerja sambilan seperti membuat tempahan kuih muih (catering). Ayah kita pula mungkin sudah lama berpencen dan mengisi masa lapang mereka dengan mengemas kebun dibelakang rumah atau membuat kerja sambilan seperti memandu teksi. Pada zaman kini, kerja sambilan itu tidak mustahil dilakukan sama ada yang menetap di bandar ataupun dikampung.   [caption id="attachment_10636" align="aligncenter" width="300"] Sumber : Internet[/caption] Betapa tabahnya hati