fbpx

SeraiMas Herbs Sdn. Bhd. (1227131-D)
No. 20, Industri Ringan Teres 3 Tingkat Jalan Teguh 2, Taman Industrian Labis 85300 Segamat, Johor

+6012 784 8364
info@seraimas.my

Raja Segala Herba

Seraimas

Sejak-sejak ada #10yearschallenge ini, ramai yang mengambil peluang untuk meletakkan perbezaan diri mereka 10 tahun yang lalu dengan yang terkini. Ada yang dulunya hodoh kini sudah semakin cantik. Ada yang dulunya sebiji buah kereta kini telah ada lima keenam buah kereta. Dan ada juga yang dulunya sihat kini sudah jatuh sakit.. Pasti ada dikalangan kita lagi-lagi golongan pencen yang sudah berumur 50 tahun dan keatas, yang merindui zaman mereka muda-muda dulu kala bukan ? Apakah yang menyebabkan perubahan drastik dari segi kesihatan yang dulunya masih boleh membuat kerja berat dan beraktiviti seperti berjoging atau memanjat gunung, tetapi kini segala aktiviti tersebut terpaksa disekat kerana atas faktor-faktor kesihatan yang tertentu. SeraiMas Herbs Sdn Bhd faham akan keadaan ramai orang terutamanya daripada rakyat Malaysia sendiri dimana kebanyakan golongan pencen yang berumur 50 tahun dan keatas ini sudah mula menghidapi pelbagai penyakit. Antara penyakit biasa golongan pencen 50 tahun dan keatas ini hadapi tidak lain dan tidak bukan ialah tiga

Cuti lama bakal hadir lagi ! Tak sabar rasanya hati ini nak berjalan-jalan bersama keluarga dan rakan-rakan. Tetapi.. dalam kegembiraan dan keterujaan yang dirasai itu, sudahkah anda mempersiapkan segala keperluan diri dan kelengkapan bercuti ? Untuk keperluan penjagaan wajah semasa bercuti semestinya menjadi suatu kewajipan buat mereka yang sangat-sangat menjaga kecantikan diri. Tidak kira kemana sahaja mereka pergi.   Antara produk penjagaan wajah yang wajib dibawa semasa bercuti ialah, Sabun wajah/pencuci muka Wajah sentiasa terdedah dengan kotoran. Peranan sabun adalah untuk membuang sebum yang hadir dikulit muka supaya tidak menyebabkan kemunculan jerawat. Herbal Beauty Soap Ratna Skincare didatangkan dengan 4 jenis, Whitening & Moisturize, Acne & Oily Skin, Sensistive Skin & Sinus.   Sunblock/Sunscreen Sangat penting untuk mengelakkan muka daripada terkena sunburn. Wajah akan menjadi kusam dan menggelupas apabila terkena pancaran matahari yang terlalu lama. SeraiMas Perfection Cream Ratna Skincare hadir dengan dua jenis iaitu Natural untuk

Bagi yang ada anak-anak belajar jauh di asrama, para ibu bapa semua sudah yakinkah memberikan yang terbaik untuk bekalan mereka di sekolah atau universiti sana ? Kehidupan pelajar yang belajar jauh daripada keluarga dan menetap di asrama tidak sama seperti anak-anak yang menjadi pelajar sekolah harian. Semestinya, anak-anak yang menjadi pelajar asrama perlu menguruskan segala hal keperluan dirinya dengan sendiri. Kerana itu, pernah viral suatu ketika dahulu, disebuah sekolah berasrama penuh, dimana temuduga untuk kemasukan pelajar baharu perlu diuji dengan cara menggosok pakaian menggunakan peralatan elektronik iaitu sebuah sterika. Teknik menggosok itu perlu diasah dari awal supaya mereka tidak hadir ke sekolah dengan pakaian yang berkedut, kerana sebelum ini, segala keperluan pelajar diuruskan oleh ibu dirumah. Selain daripada teknik menggosok yang perlu ibu bapa terapkan kepada anak-anak, banyak lagi perkara penting yang perlu kita didik supaya anak-anak yang bakal belajar disekolah berasrama atau

Baru-baru ini tular di Facebook dan Harian Metro tentang seorang abah yang mendapat kejutan kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru, yang menetap di Felda Pahang. Pemberian tersebut telah dirancang oleh adik beradik keluarga tersebut semenjak November 2018 lagi. Tahun lepas sahaja, telah banyak video atau cerita yang tular di laman sosial atau mana-mana media penerbitan tentang anak-anak yang membalas jasa ibu dan abah dengan pemberian sebuah kereta. Tidak kira lah kereta berjenama apa sekalipun. Figure 1 Harian Metro 01.01.2019 Semua menggunakan dasar niat untuk membalas jasa ibu dan abah yang telah berjaya membesarkan mereka adik beradik sehingga besar, bekerjaya dan beranak pinak. Apalah sangat jika dibalas jasa ibu dan abah itu hanya dengan pemberian sebuah kereta baharu, sedangkan jasa ibu dan abah kita lebih besar pengorbanannya daripada apa yang mampu dibalas.. Adakah anda hanya mahu melihat sahaja orang lain dah berjaya membuatkan ibu dan

Tahun yang baru semestinya hadir dengan azam yang baru. Pengalaman manis atau pahit yang lama kita jadikan peringatan dan kenangan yang membuatkan kita semakin faham tentang erti kehidupan. Siapa disini yang masih mahu kenangan lama berulang lagi pada tahun baru 2019 ? Bayangkan, semasa tahun 2018 yang lalu kita sering jatuh sakit. Jika bukan kita sendiri pun yang terkena, lihat ibu atau orang terdekat yang seringkali sakit-sakit badan, stress, migrain, selsema, batuk, demam dan sebagainya sehingga menyebabkan mereka seringkali mengadu kesakitan, ulang alik ke klinik/hospital dan sentiasa mengeluh sepanjang masa.   Masihkah ada yang mahu ulangi lagi pengalaman itu ? Itulah apa yang dirasai seorang surirumah yang menjadi pengasuh anak-anak asuhan dirumahnya. Menjadi surirumah sahaja sudah mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dibereskan. Ditambah dengan kerja sambilan sebagai pengasuh anak-anak kecil, makin bertambah-tambah tanggungjawab dan tugasan yang hendak diselesaikan. Masa juga menjadi lebih banyak dihabiskan dengan

Kerana berniat untuk memberi kepada seseorang, alhamdulillah, diri sendiri turut merasa sebuah pemberian daripada orang lain. Apakah pemberian yang dirasakan itu ? Sesungguhnya, niat atau doa yang dihulurkan kepada seseorang pastinya akan sampai kepada diri sendiri juga. Mengapa? Pernahkah anda mendengar kata-kata ini, “sekiranya kita mendoakan seseorang yang baik-baik, kita juga akan dapat perkara yang baik-baik.” #KeretaUntukAbah diikhtiarkan daripada kisah seorang anak yang teringin menghadiahkan abahnya sebuah kereta demi membalas jasa dan pengorbanan yang telah banyak dilakukan demi keselesaan hidup anaknya. Dengan kerjasama bersama #ToyotaMalaysia, akhirnya pengasas kempen Kereta Untuk Abah (KUA) ini telah berjalan sejak September 2018 sehinggalah Februari 2019. Berkat daripada niat yang baik, ramai yang telah mengikuti kempen Kereta Untuk Abah dengan membuat pembelian bersama produk penjagaan wajah Ratna Skincare dengan nilai RM50 sahaja dengan harapan mereka mampu memberikan hadiah utama sebuah kereta berjenama hebat iaitu Toyota C-HR yang bernilai RM 148,000.00 ! Selain

Sudahkah anak-anak yang duduk di bandar atau duduk berjauhan daripada mak ayah menelefon mak ayah bertanyakan khabar mak ayah di kampung ? Bukan sahaja setakat bertanyakan khabar, tetapi mengambil tahu akan bagaimana mak ayah kita menjalani aktiviti seharian ? Adakah mak ayah kita sihat-sihat sahaja atau ada terjatuh sehingga terluka dimana-mana bahagian tubuh badan merekan pada hari itu ? [caption id="attachment_10634" align="aligncenter" width="300"] Sumber : Internet[/caption] Kebanyakan mak dirumah menjadi surirumah sepenuh masa. Ada juga sesetengah mak sekarang yang mengambil keputusan untuk mengisi masa lapang dengan membuat kerja sambilan seperti membuat tempahan kuih muih (catering). Ayah kita pula mungkin sudah lama berpencen dan mengisi masa lapang mereka dengan mengemas kebun dibelakang rumah atau membuat kerja sambilan seperti memandu teksi. Pada zaman kini, kerja sambilan itu tidak mustahil dilakukan sama ada yang menetap di bandar ataupun dikampung.   [caption id="attachment_10636" align="aligncenter" width="300"] Sumber : Internet[/caption] Betapa tabahnya hati

Buat anak-anak yang sudah bekerja atau berkeluarga yang masih lagi ada ayah ! Sudahkah kamu membalas budi dan bakti ayah yang telah menjadi tulang belakang kejayaanmu selama kini ?? ‘Ayah’, adalah sejenis jawatan yang disandang seumur hidup oleh seorang lelaki. Saat lahirnya kamu ke muka bumi, ayah sudah berubah pemikiran dan bersedia memikul satu tanggungjawab yang besar untuk membesarkan kamu. [caption id="attachment_10617" align="aligncenter" width="230"] Sumber : google[/caption] Kini, sudah 25 tahun kamu hidup dan menjadi seorang yang bekerjaya dan mempunyai harta daripada hasil titik peluhmu sendiri. Namun, sudahkah separuh daripada hartamu itu diberikan kepada ayah sebagai tanda menghargai segala pengorbannya ? Ini adalah masa yang sesuai untuk kita melakukan sesuatu kepada ayah yang masih lagi ada disisi kita. Berikan kepada ayah sesuatu sebagai tanda menghargai akan penat lelahnya yang tidak pernah gagal untuk membesarkan kita. Berikan ayah sesuatu yang mungkin semasa ayah muda, ayah

Kepada suami-suami yang romantik dan bekerja keras diluar sana, sudahkah anda bertanyakan isteri anda tentang kesihatan mereka dirumah yang menjadi surirumah sepanjang hari ini? Isteri kita bertungkus-lumus daripada sebelum azan Subuh dalam menyiapkan makanan, gosok baju kerja suami, menyiapkan sarapan, mengutip dan memasukkan pakaian kotor kedalam mesin basuh dan menyapu seluruh rumah untuk keselesaan suami dan anak-anak bersedia untuk memulakan hari. Rumah bersih, suami dan anak-anak gembira, maka isteri yang menjadi surirumah turut berasa senang hati. Namun, ada masa, isteri kita penat, letih, lesu kerana melayan perangai suami dan anak-anak 24 jam sehari terutamanya jika ada anak yang masih kecil. Kadang kala, isteri kita ada yang sampai terlupa nak makan untuk diri sendiri. Terutama ketika musim cuti persekolahan, anak-anak semestinya menjadi jagaan utama para ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa. Sifat seorang ibu yang merangkap isteri dan surirumah ini sememangnya mereka akan sentiasa

Surirumah zaman kini tidak lagi hanya duduk dirumah dan menjaga anak. Kebanyakan surirumah sudah mula merancang aktiviti-aktiviti yang ingin diisi ketika dirumah, antaranya membuat kerja tambahan seperti membuat bisnes online. Sekiranya, jika anda seorang surirumah, atau sememangnya anda memang seorang surirumah, adakah benar ketika mana bermula sahaja empat pagi, anda akan mula bangun, mempersiapkan diri, memasak, dan mengemas rumah sebelum mengejut suami dan anak-anak untuk mereka memulakan pagi mereka hari itu ? Jika ya, anda patut baca artikel ini sehingga habis. Ada sesetengah surirumah yang sibuk mengurus rumahtangga sehingga tidak sempat makan. Ada juga sesetengah surirumah yang mempunyai anak kecil dan anak-anak yang masih bersekolah yang perlu diuruskan segala pakai minum mereka sehingga surirumah itu sendiri tidak sempat menjamah nasi. Keadaan seperti ini akan menyebabkan rumah tersebut agak berterabur dan tidak terurus, bukan ? Apabila seseorang surirumah itu tidak cukup makan, maka bermulalah episod perut