fbpx

SeraiMas Herbs Sdn. Bhd. (1227131-D)
No. 20, Industri Ringan Teres 3 Tingkat Jalan Teguh 2, Taman Industrian Labis 85300 Segamat, Johor

+6012 784 8364
info@seraimas.my

Raja Segala Herba

Seraimas

Assalamualaikum wbt Dibulan Ramadhan yang mulia ini, Allah masih mengizinkan kita untuk meneruskan kehidupan kita didunia milik-Nya. Tiada apa boleh melawan, sekiranya, Allah SWT menyebut "Kun fayakun". Minggu ini, admin SeraiMas ingin menceritakan tentang topik "Cukup Ke Tenaga?". Nampak sangat telus dan terus tajuk kali ini. Sebelum itu, jom kita saksikan perkongsian daripada Pengurus Besar SeraiMas Herbs Sdn Bhd, Pn. Marlinda Jasrizal, yang telah bersiaran di siaran televisyen Selamat Pagi Malaysia pada Jumaat yang lalu. https://www.youtube.com/watch?v=61FEKHDRQtc&t=1s Cukup ke tenaga? Lagi-lagi dihujung bulan puasa yang mulia ini, yang bakal menjelang waktu perayaan umat Islam iaitu Aidilfitri. Semakin banyak pekerjaan yang perlu disiapkan dan makin banyaklah tenaga yang perlu dikeluarkan. Tidak lupa juga kita yang mengejar barokah 10 malam terakhir. Pastinya, waktu untuk kita rehat & tidur itu semakin berkurangan kerana bertenaga saat beribadat kepada Allah SWT. Namun, dikala siang hari, mampukah kita bertenaga sama seperti tenaga kita diwaktu malam

Hidup didunia hanya sekali. Hidup diakhirat selamanya. Tetapi, untuk keadaan sebenar, adalah kita sedang menjalani kehidupan di alam dunia. Ia sebuah realiti dalam kehidupan kita. Dan, apa sahaja yang telah anda semua lakukan sepanjang bernafas dimuka bumi ini? Dalam banyak hal yang kita lakukan sepanjang kehidupan kita ini, sering kali kita terlepas pandang tentang kesihatan kita sendiri. Kebanyakan orang akan sedar akan pentingnya sebuah kesihatan diri apabila mereka ditimpa sakit. Makna ‘KUALITIKAN HIDUP ANDA’ ini sebenarnya melambangkan tentang hidup itu bukan sekadar hidup. Hidup haruslah berkualiti dan dipenuhi dengan pelbagai manfaat sama ada untuk kita sendiri atau diberikan kepada orang lain. Sumber google Dari segi kesihatan, kehidupan yang berkualiti berlaku apabila tubuh badan anda sihat daripada sebarang penyakit. Bayangkan, jika anda mempunyai pelbagai kemewahan dari segi kewangan, sumber makanan dan keluarga yang besar dan menceriakan, namun, diri anda sendiri tidak berapa sihat. Adakah kehidupan anda ketika itu dianggap sebagai berkualiti? Oleh itu, admin mahu mengajak semua

“Mana boleh berserah. Mana boleh mengalah.” Sang Saka Biru. Siapa tak tengok lagi cerita Polis Evo 2, anda semua patut tengok. Kaitan “Jangan Terus Mengalah” ini ada maknanya dengan artikel kali ini. Diatas muka bumi ini, ramai yang kita lihat berjaya dalam kehidupan. Ramai ahli perniagaan yang dulunya berniaga kecil-kecilan, kini telah menjadi jutawan dan terkenal diseluruh Malaysia. Bagaimana orang-orang seperti mereka mampu untuk naik sehingga ketahap itu? Pastinya, dengan perkataan “Jangan Terus Mengalah” ini yang telah menghantui hidup mereka. Begitu juga dalam aspek kesihatan. Jika, ada yang sedang ditimpa kesakitan, jangan terus pasrah dengan penyakit itu. Kita, perlu berlawan dengan diri kita sendiri agar “sihat” yang kita impikan akan menjadi hak milik kita. Admin kali ini ingin bercerita tentang seorang ahli perniagaan yang telah membuka pusat cepat membaca untuk kanak-kanak yang menetap di Kuala Lumpur. Beliau yang berusia 38 tahun ini sudah menghidapi penyakit kencing manis semenjak kecil

Jarang kan kita dengar orang sakit sehari, kemudian esok dah sihat, bukan? Bayangkan, kita ada seorang ayah yang kuat bekerja. Kerjanya pula kerja berat dibawah panas terik matahari. Masa bekerja pulak tidak menentu. Asal ada panggilan, wajib pergi kerana sedang bekerja ebagai pemandu lori. Semua kerana untuk mendapatkan sumber matawang untuk meneruskan kehidupan keluarganya. Tetapi, pernah tak kita ambil berat pasal ayah kita? Bertanya tentang aktiviti mereka seharian bagaimana? Ada cedera ke, makan apa, sempat makan tengahari ke? Sekali sekala, kita kena cuba untuk bertanya khabar ayah kita. Cukup sekadar, “tengahari tadi makan apa?” pun sudah mampu membuatkan ayah kita rasa disayangi dan ada orang ambil berat. Seorang ayah ini egonya tinggi untuk menunjukkan apa yang dia rasa. Kali ini, admin nak bercerita tentang seorang pemandu lori yang telah lama menanggung luka ditelapak kakinya sehingga lubang luka itu kini berisi dan terkeluar. Luka itu tidak dapat tertutup walau sudah kering dan pelbagai cara digunakan. Akhirnya, dia mengabaikan

Banyak-banyak perkara, apa benda yang hadir tanpa diduga? Sakit. Ya. Sakit datangnya tidak diduga. Begitu juga dengan kematian. Tiba-tiba kesakitan itu datang dan menyerang sistem tubuh badan dan membuatkan kita seorang manusia yang berbeza seperti sediakala.. Namun, kesakitan sebenarnya mampu diubati untuk kembali sihat. Ramai kita lihat diluar sana yang telah berjaya terselamat daripada penyakit yang merbahaya seperti kanser, sakit jantung dan strok. Bagaimana mereka boleh berjaya? Disini terdapat beberapa faktor yang dapat kita kupas daripada koleksi testimoni yang kita lakukan sebelum ini yang telah berjaya kembali pulih daripada derita kesakitan yang mereka hidapi. 1.Rindukan sihat Mereka yang ditimpa kesakitan, sangat merindukan kesihatan. Mereka rindu untuk berjalan normal, melakukan segala aktiviti harian seperti memakai baju, makan dan mandi seperti sediakala. Atas KEINGINAN yang besar itu, mereka mencari pelbagai cara dan alternatif untuk menyusutkan derita yang mereka alami. 2. Sokongan orang tersayang Allah menciptkan hambaNya manusia secara ramai ada pelbagai sebab. Selain ingin menjadikan manusia sebagai

Masyarakat sekarang, selagi tak kenyang selagi tu la tak berhenti makan. Bak kata pepatah, sedap di tekak bila makan, tapi seksanya di perut. Kalau boleh semua makanan nak di sumbatnya dalam satu masa. Kunci Allah yang perlu pegang adalah Allah tidak suka orang berlebih-lebihan dalam buat sesuatu perkara. Selain itu, kesihatan adalah sesuatu yang anda mampu menahan daripada makan dan minum saat perut ketika kenyang. Bila makan secara berlebihan, terdapat dua tempat anggota badan yang merosakkan diri seseorang iaitu otak dan perut, di mana kalau tidak di jaga dengan baik boleh meraih penyakit seseorang daripada otak dan perut sehingga tidak berfungsi. Nabi SAW dalam hadisnya berkata, berhentilah makan sebelum kenyang dan janganlah berlebihan ketika makan sehingga kenyang dan membuat diri seseorang berasa malas serta merosakkan kesihatan pada diri sendiri semata-mata mengikut hawa nafsu. Jika ia harus mengisinya, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga lagi

SeraiMasHerbs turun padang lagi dan berkampung di SDSI nak jumpa dengan anda-anda semua terutama pengguna setia produk SeraiMas Herbs yang pelbagai lapisan masyarakat. Program SDSI ini akan berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, selama tiga hari bermula pada tarikh 26 sehingga 28 April dan akan bermula pada pukul 10 pagi sampai pukul 10 malam. Program SDSI ini turut di bawa khas oleh Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. Booth SeraiMas Herbs yang berlangsung sepanjang tiga hari ini bertempat di Hall A, bernombor 97. Terdapat pelbagai promosi hebat daripada rangkaian produk SeraiMas Herbs dan produk penjagaan wajah Ratna Skincare yang tak masuk dekk akal antaranya set kombo, potongan harga yang kaw kaw yang menanti anda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana anda berpeluang memenangi hadiah yang menarik daripada aktiviti yang kami jalankan di booth SeraiMas Herbs.

Betul. Sekarang ini semua benda boleh buat. Cuma kena tawakal sahaja. Seperti penyakit-penyakit yang merbahaya seperti penyakit tiga serangkai, sakit lutut dan sakit sendi dimana perubatannya memerlukan satu keinginan yang kuat dan konsisten semasa proses penyembuhan sedang dilakukan.. Yang penting, kita kena tawakal. Apa yang admin nak ceritakan kali ini, bagaimana keadaan wanita-wanita yang mempunyai kuasa semangat yang hebat kerana mereka mampu melakukan pelbagai pekerjaan dalam masa sehari terutamanya wanita yang bekerja disiang hari dan menjadi surirumah dimalam hari. Apa yang mereka amalkan? Antara amalan yang boleh meningkatkan tenaga seseorang ialah kena bangun awal pagi sebelum Subuh. Admin yakin, apabila kita bangun awal pagi dan sudah membersihkan diri dan bersedia untuk menjalani hari yang mencabar ini, pastinya mood kita akan jadi lebih bersemangat. Pastikan, semua orang cukup tidur yang berkualiti. Jom kita ikuti amalan-amalan yang boleh mencergaskan badan kita yang sering lesu sepanjang hari ini. Semoga ada yang berhasil. 1. JANGAN SEDAP DITEKAK,

Meluangkan masa bersama ibu bapa adalah kenangan yang terindah buat anak-anak. Tapi kesilapan anak - anak pada hari ini, ramai yang terlepas pandang dan leka dengan kehidupan masing-masing. Era yang moden dengan kecanggihan dunia hari ini telah membuatkan anak -anak terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sampikan lupa tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa. Amanah seorang anak umpama memikul bahu kanan kepada ibu bapa mereka. Amanah dan silaturahim berhubung dan berkait rapat diantara satu sama lain. Sebelah kanan amanah, sebelah kiri silaturahim. Umpama seorang amanah kepada ibu ayah mereka. Hargai setiap detik waktu yang ada bersama ibu bapa kita, agar suatu hari nanti tidak terkilan atas perlakuan yang kita telah buat. Walaupun sesibuk mana, sebagai anak luangkan masa sedikit bersama mereka seperti perkongsian dari Da’i Wan dalam Live Hidayah Talk yang bertajuk “Melawat Bukan Sekadar Sakit” mengenai adab ketika menziarahi ibu bapa ketika

Biasa sangat kita tujukan perkataan ‘degil’ ini kepada kanak-kanak, bukan? Kerana kanak-kanak sukar untuk dididik dan mereka ada akal dan gerakan mereka sendiri. Kita sebagai orang dewasa, akan lebih fokus dalam memerhati dan mengawal tindak tanduk anak-anak kecil kita tidak kira sama ada anak sendiri, ataupun adik beradik kecil. Namun, bagaimana dengan ‘degil’ untuk orang dewasa? Orang dewasa memang sudah mempunyai akal dan mampu berfikir mana yang baik dan mana yang buruk dalam kehidupan. Tetapi, sikap orang dewasa tentang ‘degil’nya untuk sihat ini, memang banyak berlaku dan tidak dapat dinafikan lagi. Seperti testimoni berjaya kita yang mempunyai masalah sakit saraf kaki sehingga menyebabkan dia tidak boleh lagi memakai kasut tumit tinggi ke majlis-majlis perkahwinan. Perasaannya ketika itu, sangatlah sedih dan rasa tidak seronok langsung untuk menghadiri majlis perkahwinan, kerana dia terpaksa memakai kasut biasa disebabkan kakinya yang sudah sakit. Disebabkan rasa sedih dan tidak puas menghadiri majlis perkahwinan dengan hanya memakai kasut biasa menyebabkan testimoni yang dikenali