SeraiMas Herbs Sdn. Bhd. (1227131-D)
No. 20, Industri Ringan Teres 3 Tingkat Jalan Teguh 2, Taman Industrian Labis 85300 Segamat, Johor

+6012 784 8364
info@seraimas.my

Raja Segala Herba

Blog

BP rendah punca wanita berkerjaya lesu

Anda sering lesu dan pening kepala macam nak pitam ketika di tempat kerja?

Jika anda pernah mengalami simptom tersebut ketika sedang bekerja dalam pejabat atau ketika sedang mesyuarat dengan client, anda mungkin mengalami gejala tekanan darah terlalu rendah yang menyebabkan kepala anda terasa ringan dan seperti berpusing-pusing.

Apa Itu Tekanan Darah Rendah?

Tekanan darah adalah keupayaan darah bergerak dalam salur arteri dan diukur mengikut kadar denyutan jantung. Tekanan darah rendah juga dikenali sebagai Hipotensi apabila bacaan menunjukkan lebih rendah dari 90/60 mmHg.

Menurut kementerian kesihatan, tekanan darah yang normal untuk individu dewasa yang sihat adalah 120/80mmHg

(mmHg adalah milimeter raksa – unit yang digunakan untuk mengukur tekanan darah)

Secara fitrah, badan anda akan merendahkan tekanan darah ketika anda tidur bagi tujuan memperlahankan pergerakan darah dalam badan supaya anda mendapat rehat secukupnya dan akan meningkat apabila anda bangun pada keesokan paginya untuk melakukan aktiviti harian.

women are the backbone of man's success

Tekanan darah juga boleh meningkat tinggi ketika anda dalam situasi teruja, takut atau aktif.

Menurut laman web KKM, individu yang mengalami tekanan darah rendah boleh dibahagi kepada 2 kumpulan:

  • Individu yang mengalami tekanan darah rendah sepanjang masa. Kumpulan ini tidak menunjukkan sebarang gejala kerana bacaan darah yang rendah adalah normal bagi mereka
  • Individu yang menunjukkan bacaan darah terlalu rendah kerana faktor luaran seperti pening kepala, pengsan, atau sawan
body needs fat and salt at certain values

Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah:

  • Tekanan Darah Rendah Orthostatic

Berlaku bila anda berubah posisi, bangun dari tidur atau duduk secara tiba-tiba. Hal ini menyebabkan anda rasa pening kepala atau hampir pengsan. Keadaan ini biasanya hanya berlaku beberapa saat ke beberapa minit selepas anda berdiri

  • Tekanan Darah Rendah Neurally Mediated (NMH)

Berlaku apabila otak dan jantung tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Contohnya, semasa anda berdiri untuk tempoh yang lama, darah mulai berkumpul di bahagian bawah badan anda dan menyebabkan tekanan darah berkurang. 

Sebagai tindak balas, otak anda memberikan mesej untuk melambatkan kadar denyutan jantung bagi mengelakkan penurunan tekanan darah secara drastik, menyebabkan pening-pening lesu dan nak pitam

  • Tekanan Darah Rendah Mengakibatkan Serangan Hypotensive shock

Keadaan ini boleh mengancam nyawa di mana tekanan darah terlalu rendah sehingga organ badan anda tak dapat berfungsi dengan baik kerana tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi

Menurut data dari Kementerian Kesihatan, orang dewasa terutamanya wanita yang berkerja di pejabat lebih cenderung untuk mendapat hipotensi ortostatik. 

Namun, sekiranya anda tidak mempunyai simptom tekanan darah rendah, anda tidak memerlukan rawatan lanjut.

Simptom Tekanan Darah Rendah 

  • Pening atau merasa pusing
  • Penglihatan kabur
  • Kekeliruan
  • Kelemahan
  • Loya (perasaan sakit perut)

Punca Tekanan Darah Rendah

Menurut laman web KKM, tekanan darah rendah tidak dianggap berbahaya kerana semakin rendah paras darah anda, semakin kurang risiko anda untuk mendapat strok atau komplikasi jantung.

Namun anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut sekiranya simptom-simptom mula kelihatan atau tekanan darah terlalu rendah dibawah bacaan 90/160mmHg.

Terutamanya jika anda sering berasa keletihan dan kelesuan walaupun tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal yang berat di tempat kerja, anda perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut.

Antara punca tekanan darah anda menjadi rendah kerana:

  • Kurang minum air
  • Cuaca panas terik
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat untuk darah tinggi, komplikasi jantung, Parkinson dan sakit saraf
  • Menyilang kaki semasa duduk
  • Berdiri untuk tempoh yang lama di satu tempat tanpa gerakan
  • Pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi

Bagaimana Nak Rawat Atau Cegah Tekanan Darah Rendah?

Pihak kementerian kesihatan ada menyediakan panduan berkenaan cara pengurusan tekanan darah rendah terutamanya untuk golongan wanita bekerjaya.

Anda boleh klik link ini untuk bacaan penuh dari laman KKM.

a glass of water can reduce your blood pressure to normal level
  • Minum lebih banyak air

Kadar pengambilan air yang kerap juga membantu tingkatkan bacaan tekanan darah dan mengelakkan anda daripada pening kepala.

Pengambilan air kosong atau mineral water secara konsisten dalam rutin harian anda boleh mengawal bacaan tekanan darah anda supaya tidak jatuh mendadak sehingga membahayakan nyawa.

  • Rancang diet yang sihat

Di samping itu, anda boleh merancang pemakanan anda dengan pelbagai pilihan makanan yang sihat seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, ayam tanpa lemak, dan ikan. 

Untuk mengelakkan tekanan darah anda daripada turun mendadak selepas makan, anda perlu berdisiplin dalam mengawal kadar pengambilan makanan mengikut kadar tertentu sahaja. 

Perkara penting dalam menentukan kadar pengambilan makanan adalah mengamalkan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan dalam pemakanan.

healthy mix veggies

Pada mulanya anda mungkin akan merasa tak puas makan atau tak kenyang dengan kuantiti pemakanan yang kecil tetapi sekiranya anda mengamalkan kekerapan pengambilan makanan yang ditetapkan pasti akan membantu selera anda. 

  • Tingkatkan pengambilan garam mengikut nasihat doktor

Dengan pengambilan bahagian nutrisi yang berbeza secara seimbang dan mengikut saranan doktor dalam sehari dapat mengekalkan paras garam yang normal dalam badan anda.

healthy food such as avocado with eggs on toast

Sebagai penutup di sini, penulis akan ringkaskan kepentingan menjaga pemakanan bagi menjamin kesihatan kita terpelihara dan menjamin kesejahteraan hidup keluarga kita. 

Pepatah English ada berbunyi, “We are what we read, and what we eat”.

Ini menunjukkan setiap bangsa amat pentingkan penjagaan pemakanan yang sihat dan betul serta menjamin kesejahteraan hidup kita dan generasi kemudian.

SeraiMas juga tidak ketinggalan membekalkan makanan semulajadi kepada semua rangkaian toko-toko jamu dan farmasi di seluruh negara.

SeraiMas Kurma Hidayah menggabungkan 6 Formulasi lengkap nutrisi bahan semulajadi Iaitu Madu, Kurma, Buah Tiín, Kismis, Goji dan Delima.

Formulasi terbaik bagi membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk tenaga. Bahan yang terkandung dalam SeraiMas Kurma Hidayah bebas daripada gula sintetik,tekstur dan rasa jus ini adalah dari manisan bahan semulajadi.

Layari laman web kami di https://kurma.seraimas.my/ untuk menyemak lokasi toko jamu dan farmasi terdekat anda.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada semua terutama kepada wanita berkerjaya yang sedang memahat nama di seluruh dunia.

SeraiMas,

Raja Segala Herba

Sorry, the comment form is closed at this time.