AWAS! Masalah Kurang Tidur Boleh Menyebabkan Peningkatan Risiko Penyakit 3 Serangkai Dalam Kalangan Warga Emas

Table of Contents

Seiring dengan bertambahnya usia, sindrom fasa tidur yang tertangguh semakin meningkat menyebabkan jam dalaman badan menyesuaikan diri dengan waktu tidur dan bangun lebih awal. 

Tetapi kebanyakan warga emas ada masalah susah tidur malam disebabkan badan mereka sudah terbiasa tidur lewat ketika umur yang lebih muda. Dan ia berlarutan sehingga menjejaskan pola tidur mereka sewaktu umur mencecah 60 tahun ke atas. 

Terdapat 1 organisasi klinik kesihatan di US menyatakan bahawa purata jam tidur yang diperlukan oleh golongan berumur 65 ke atas ialah sekitar 7-8 jam sehari. 

Untuk mengekalkan kesihatan badan pada tahap yang optimum, sekurang-kurangnya 7 jam tidur diperlukan sehari.

Namun, jika masalah kurang tidur oleh warga tua tidak dirawat secepatnya, ia akan mengakibatkan atau meningkatkan risiko penyakit kronik lain seperti:

  • Tekanan darah tinggi.
    Semasa waktu tidur normal, tekanan darah menurun. Mengalami masalah tidur bermaksud tekanan darah anda tetap tinggi untuk jangka masa yang lebih lama.
    Tekanan darah tinggi adalah salah satu risiko utama penyakit jantung dan strok. Kira-kira 75 juta orang Amerika setiap 1 dari 3 orang dewasa mempunyai tekanan darah tinggi.

  • Diabetes Jenis 2.
    Diabetes adalah penyakit yang menyebabkan gula berkumpul dan merosakkan dalam salur darah.
    Beberapa kajian menunjukkan bahawa tidur yang cukup dapat membantu meningkatkan kawalan gula dalam darah. 

  • Sakit jantung.
    Kajian di Amerika Syarikat juga mendapati bahawa kurang tidur menyumbang kepada penyakit aterosklerosis iaitu plak didalam salur darah utama jantung (arteri).
    Tidur yang tidak cukup boleh mencetuskan keradangan jantung yang kronik, menyumbang kepada pembentukan plak dan pengerasan arteri. Kegagalan jantung juga boleh terjadi akibat jantung tidak mengepam darah yang cukup termasuk bekalan oksigen ke seluruh tubuh badan.

  • Obesiti.
    Kurang tidur juga boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang tidak sihat.
    Hal ini berlaku terutamanya untuk kanak-kanak dan remaja, yang memerlukan lebih banyak tidur daripada orang dewasa.
    Tidak cukup tidur boleh mempengaruhi bahagian otak yang mengawal rasa lapar.  

 

Akibatnya, kurang tidur kronik dikaitkan dengan banyak masalah jantung termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, serangan jantung, kegemukan, diabetes, dan strok.

Tidur yang cukup dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik tersebut. Dalam proses mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti untuk warga emas, mereka perlukan khasiat makanan yang kaya dengan Magnesium. 

Magnesium adalah mineral yang terlibat dalam ratusan proses dalam tubuh manusia, dan penting untuk fungsi otak dan kesihatan jantung.

Di samping itu, magnesium juga dapat menenangkan fikiran dan badan, menjadikan mereka yang makan makanan yang tinggi khasiat Magnesium akan lebih mudah untuk tidur.

Kajian menunjukkan bahawa kesan relaks yang dibawa oleh magnesium disebabkan oleh kemampuannya untuk mengatur pengeluaran melatonin. Magnesium juga dikenali sebagai bahan untuk mengendurkan otot dan memudahkan tidur. 

Satu kajian mendapati bahawa gabungan magnesium, melatonin, dan vitamin B berkesan dalam merawat insomnia tanpa mengira penyebabnya.

Dengan meningkatkan pengambilan magnesium dengan mengambil makanan tambahan dalam bentuk kapsul atau tablet, contohnya Blackmores mahupun cecair seperti Jus Kurma Hidayah Gold juga dapat membantu mengoptimumkan kualiti dan kuantiti tidur ibu bapa anda.

Ramai yang mengalami kesulitan untuk tidur terutama warga tua, sering bangun tidur, atau gagal bangun dengan rasa tenang. Ini menjadikan mereka sukar untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan pada tahap optimum.

Makanan tambahan seperti yang disebut tadi juga adalah salah satu cara untuk mencapai tahap tidur lena yang maksimum.

Jus Kurma Hidayah Gold dari Seraimas mengandungi khasiat Magnesium di dalam Kurma, buah tin, kismis dan mengkudu, yang boleh membantu menenangkan otak untuk mendapatkan tidur lebih lena. Jus Kurma Hidayah Gold boleh didapati melalui website Seraimas.my, stokis dan agen berdekatan.

Oleh itu, untuk mendapatkan polar tidur lena yang berkesan ialah menggunakan kombinasi amalan makanan tambahan dan tabiat tidur yang baik.

More Posts

en_USEN