SeraiMas Herbs Sdn. Bhd. (1227131-D)
No. 20, Industri Ringan Teres 3 Tingkat Jalan Teguh 2, Taman Industrian Labis 85300 Segamat, Johor

+6012 784 8364
info@seraimas.my

Raja Segala Herba

April 2021

Biasanya nak dekat-dekat puasa ni rajin kita nampak iklan dan dengar radio sana sini tentang Kurma, dan dah menjadi kebiasaan setiap isi rumah. Rugi betul siapa yang tak suka makan kurma ni. Sekarang macam-macam jenis kurma ada kat pasaran. Dari harga rendah sehingga harga mampu milik. Banyak khasiat kurma ni lagi-lagi dalam kesihatan. 3 sebab Kurma tak baik jika tak ambil. Kurma saja cukup saat berbuka puasa dari tak ambil langsung. #Melancarkanpembuangan Kurma merupakan sumber serat yang baik untuk tubuh kita terutama bagi saluran pencernaan dan mencegah masalah sembelit. Kajian mendapati, individu yang makan tujuh biji kurma setiap hari akan membuang air besar secara teratur. #KayaSerat Serat yang terdapat pada kurma bermanfaat mengontrol kadar gula dalam darah. Selain itu kurma juga mengandung indeks glikemik rendah sehingga kadar gula tak melonjak drastis saat dikonsumsi. #MenambahkanTenaga Buah kurma dipercayai mampu membekalkan tenaga dengan cepat untuk tubuh. Ia mempunyai

Walaupun penyakit jantung ini lebih kerap menyerang lelaki daripada wanita, sesiapa sahaja tidak mengira jantina mahupun umur boleh mengalami sakit jantung.  Penyakit jantung atau penyakit kardiovaskular merupakan salah satu penyebab utama kematian di seluruh dunia. Penyakit ini ada pelbagai jenis dan penyebabnya. Seperti semua penyakit, sakit jantung juga ada cara merawat dan mencegahnya.  Teruskan membaca kalau nak tahu dengan lebih lanjut! Sakit Jantung dan Gejalanya Penyakit jantung merupakan suatu kondisi yang mempengaruhi fungsi jantung dan menghalangnya daripada bekerja dengan efisien.  Jantung adalah organ otot yang kompleks yang mengepam darah ke seluruh tubuh mengikut ritma yang tetap.  Mengenali tanda dan gejala penyakit jantung dapat membantu anda untuk mengambil langkah awal sebelum penyakit ini menjadi lebih berbahaya.  Antara gejala sakit jantung yang perlu anda awasi ialah: Sesak nafasSakit pada bahagian dada - selalunya di bahagian tengah dada atau ke sebelah kiriRasa cemas, gelisah, tertekan - dada berasa sempit seperti dihimpitSakit di bahagian

Hampir setiap orang pernah mengalami masalah sembelit yang mengganggu keselesaan perut dan aktiviti harian. Ini biasanya terjadi disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak sihat. Oleh itu, teruskan membaca artikel ini untuk mengenal pasti punca-punca lain sembelit dan cara-cara yang boleh diambil untuk merawatnya. Apa itu Sembelit? Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi, ia merupakan satu masalah pencernaan yang mengganggu kekerapan seseorang untuk membuang air besar. Gejala ini juga menyebabkan mereka berasa sukar untuk membuang najis kerana, najis di dalam badan menjadi keras.  Kebiasaanya, gejala-gejalanya adalah seperti berikut, namun ia mungkin berlainan mengikut individu.  Tidak membuang air besar lebih daripada 2 kali Najis yang dibuang adalah keras, kering dan berketul-ketulPerut berasa kembung, kejang, tidak selesa atau sakitSelera makan yang berkurangan.Perlu meneran dengan kuat untuk mengeluarkan najisSaluran duburnya seolah-olah terasa tersumbatMerasakan tidak puas selepas buang air besar Punca Sembelit Antara punca utama berlakunya masalah sembelit adalah tabiat yang sering menahan pembuangan najis.

Di Malaysia, seramai 6.4 juta orang menghidap penyakit darah tinggi. Apa yang lagi mengejutkan adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan dalam 6.4 juta orang itu, 3 juta orang tidak tahu yang mereka menghidapi penyakit ini.  Itu hanya mereka yang dapat dikesan KKM, belum lagi yang tidak dikesan kerana tidak melakukan pemeriksaan di hospital.  Jadi, anda dah periksa belum sama ada anda ada darah tinggi atau tidak? Jangan risau, artikel ini akan berkongsikan petanda-petanda dan antara inisiatif yang anda boleh lakukan untuk mengawal darah tinggi anda.  Definisi Darah Tinggi Penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan penyakit kronik yang boleh membawa komplikasi.  Penyakit ini tiada penyebab khusus. Tetapi kebiasaannya, individu yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit darah tinggi, obesiti, stress dan diabetes berpotensi mendapat hipertensi. Tekanan darah tinggi akan menyebabkan organ seperti jantung, otak dan ginjal terdedah dengan tekanan tinggi yang kronik.  Kesannya, komplikasi saluran darah sempit di otak