IBU TAK SIHAT, SEMUA BENDA TAK JADI
Rumah yang selesa, tenang dan teratur kebanyakannya pasti akan ada seseorang yang menguruskannya dari pagi sehinggalah kemalam. Jika pasangan suami isteri itu bekerja, sudah tentu amah yang dibayar untuk menguruskan rumah dan anak-anak. Jika pula suami sahaja yang bekerja, sudah tentu isteri mengambil tanggungjawab menjaga keamanan rumah, dan malam pula akan dibantu oleh suami tersayang. Namun, jika suaminya tiada.. bagaimanakah keadaan si isteri dengan anak-anak yang masih kecil untuk meneruskan kehidupan mereka? Sumber : Google Bayangkan.. ibu yang dulunya gagah dan sihat mampu menjaga anak-anak yang masih kecil sambil membuat pekerjaan sambilan, tiba-tiba ibu jatuh sakit.. bagaimanakah agaknya keadaan rumah ketika itu? Macam mana pula dengan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya daripada ibu mereka? Semestinya ibu yang tidak sihat itu terpaksa menggagahkan juga diri mereka untuk menguruskan anak-anak. Ibu tunggal tiada tempat mengadu. Semua perkara terpaksa ditanggung sendiri
Read More