PENJAGAAN WAJAH YANG MESRA WUDUK – RATNA SKINCARE
Siapa disini yang masih keliru dengan maksud produk mesra wuduk ? Apa yang diperkatakan sebagai produk mesra wuduk ? Bagaimana pula jenis produk mesra wuduk ini ? Saya akan terangkan satu persatu apakah ia produk ‘Mesra Wuduk’ kepada semua pembaca tegar artikel SeraiMas Herbs. Kebiasaannya, produk mesra wuduk ini tertuju kepada produk penjagaan wajah (skincare) dan kecantikan wajah (cosmetic). Maksud ‘mesra’ disini adalah senang, mudah dan menyerap. Manakala ‘wuduk’ pula ialah suci daripada hadas kecil. Suci yang diperkatakan dalam Islam adalah bersih daripada segala jenis kekotoran yang boleh menyebabkan batalnya solat seseorang mukmin itu. Kebanyakan produk penjagaan & kecantikan wajah yang sedang meluas di Malaysia ini menyatakan mereka adalah produk mesra wuduk dimana bahan yang mereka gunakan dalam setiap produk penjagaan & kecantikan wajah mudah ditanggalkan dan sah dalam solat. Namun, setinggi mana pula kepercayaan rakyat Malaysia tentang produk yang dilabelkan sebagai mesra wuduk ini
Read More